This is My Unique Story
Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di ruangan ini, akhirnya, jari-jari ini kembali merungkaikan rasa yang tersimpan. Alhamdulillah sudah tahun ke-7 menulis di ruangan ini. Sejak akhir-akhir ni masa ada, namun payahnya melorongkan hati untuk menulis rasa dan meneroka ruang minda. Beberapa perkara besar terjadi sejak beberapa bulan yg lepas. Antaranya hujung bln Mac (24.03.2020) aku balik Malaysia for good, satu keputusan sukar yang aku harus buat selepas mengambil kira bnyk faktor. Ya Rabbi, sungguh x terhitung nikmat Mu pada diri yang kerdil ini. Aku yakin dan percaya apapun jalan dan takdir yang telah tertulis buatku pastinya yang terbaik. Tidak ada sesuatu yang menimpa melainkan hadir bersamanya hikmah dan kebaikan. Namun Ya Allah adakalanya diri ini terasa x berdaya memikul, izinkan hamba yang lemah mengadu padaMu, bukan kerana tidak syukur akan nikmat-nikmat Mu, tapi kerana aku cuma hamba yang xberdaya dan perlukan pinjaman kekuatan dari Pe...