Posts

Showing posts from October, 2017

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Image
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT, kaki ini melangkah ke sebuah perjuangan baru yang mulanya seakan mustahil untuk di jejaki, apabila terpilih sebagai salah seorang penerima BYDPA, yang dulunya impian telah menjadi realiti.  Saya sekarang tengah menyambung pengajian dalam bidang ‘Cardiovascular Imaging’ di University College London, United Kingdom. Saya mendapat tahu tentang biasiswa ini daripada senior saya yang menjadi salah seorang penerima biasiswa tersebut sekitar tahun 2012. Biasiswa ini di buka untuk permohonan pada setiap tahun sekitar bulan Feb/Mac. Syarat-syarat permohonan dan kelayakan sila follow garis panduan terkini di laman web JPA. Antara persiapan yang perlu bagi calon PhD: (Untuk calon Master, saya pernah juga mohon sebagai calon master sesi 2014/2015, short-listed tapi xde rezeki masa tu..hehe.. boleh tanya sahabat baik saya Afifah Mohamed, saya boleh tolong kenalkan ) Proposal Bagi calon PhD, pada pendapat saya, proposal san...

APA ERTINYA AKU BERIMAN PADA HARI AKHIRAT

Image
APA ERTINYA AKU BERIMAN PADA HARI AKHIRAT Setiap pagi kita bangun kena tnya diri DARI MANA AKU DATANG KENAPA AKU DISINI KEMANA SELEPAS INI أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ [٢٣:١١٥] "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mu'minuun 23:115) IMAN + AMAL = AKHLAK Bagaimana nak cek IMAN? - Takwa Percaya kepada Tuhan Percaya kepada Malaikat Percaya kepada Kitab Percaya kepada Rasul Percaya kepada Hari Akhirat Percaya kepada Qada' dan Qadar Bagaimana nak cek AMAL? Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah Solat 5 waktu Puasa Menunaikan zakat Menunaikan Haji di Mekkah Bagaimana cek AKHLAK? Jika salah satu daripada rukun Iman kita tinggal maka runtuhlah akhlak J...

AKU MAHU

Image
Assalamualaikum WBT.. Apa khabar iman? Apa khabar jasad? Alhamdulillah Aku masih bernyawa  Aku masih punya tempat berteduh Aku masih ada nikmat rezeki dan kesihatan Sudah 14 bulan aku di sini Kita sering tertanya apakah yang aku mahu? Kenapa aku pilih ini? Kenapa aku di sini dan bukan di sana? Inikah yang aku mahu? Pantaskah aku memilih apa yang aku mahu? Pilih apa yang aku mahu atau apa yang aku harus buat? Saat kita memulakan perjuangan baru Adakala kita rasa jasad dan hati tidak sehaluan  Yang dirasakan hanya jasad yang mengorak langkah Tapi hati tertutup enggan menerima realiti Seolah hilang kunci untuk membuka pintu hati itu Jiwa kering dan lelah untuk kembali berjuang Seolah hilang punca untuk menyuburkan kembali semangat juang itu Fikiran bagai anak burung terpisah dari ibunya Hilang arah dan punca, terus terbang kesana kemari Semangat diri pudar Seolah hilang kekuatan untuk teruskan semuanya Kenapa wujud persoalan2 itu? Kenapa tidak sehalu...

Ke Mana Tujuan Hidup Kita?

Image
Assalamulaikum WBT.. Alhamdulillah, terluang juga masa untuk menulis kembali dalam ruangan ini. Pantasnya masa berlalu, May 2017, bulan ke-9 di sini, ibarat pejam mata di malam hari, celik mata matahari terbit. Ada ketika dalam perjalanan hidup ini, kita hadapi saat yang sungguh indah, Alhamdulillah, syukur nikmat Nya, Raikan dengan lebih banyak memberi, Peringatkan hati ini semua milikNya. Ada ketika dalam perjuangan ini, kita lalui saat yang sangat mencabar, Sehingga kita terduduk, menitik air mata, sakitnya terasa dalam menyengat, Ingatlah kembali tujuan hidup kita dilahirkan ke dunia, Ke manakah arah tuju sebenar? Masih banyak tanggungjawab tergalas di bahu, Sungguh engkau tidak punya ruang untuk rasa putus asa dan hilang semangat, Keep going... Kehidupan itu ibarat bunga mawar Jika tidak pandai memetiknya Akan terkena durinya Nur