Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT, kaki ini melangkah ke sebuah perjuangan baru yang mulanya seakan mustahil untuk di jejaki, apabila terpilih sebagai salah seorang penerima BYDPA, yang dulunya impian telah menjadi realiti. Saya sekarang tengah menyambung pengajian dalam bidang ‘Cardiovascular Imaging’ di University College London, United Kingdom.
Saya mendapat tahu tentang biasiswa ini daripada senior saya yang menjadi salah seorang penerima biasiswa tersebut sekitar tahun 2012. Biasiswa ini di buka untuk permohonan pada setiap tahun sekitar bulan Feb/Mac.
Syarat-syarat permohonan dan kelayakan sila follow garis panduan terkini di laman web JPA.
Antara persiapan yang perlu bagi calon PhD:
(Untuk calon Master, saya pernah juga mohon sebagai calon master sesi 2014/2015, short-listed tapi xde rezeki masa tu..hehe..boleh tanya sahabat baik saya Afifah Mohamed, saya boleh tolong kenalkan)
Hmm.. Bagi saya tips yang utama adalah percaya pada diri, usaha dan doa. Sejujurnya, sewaktu saya mengisi borang permohonan online, terasa agak mustahil untuk terpilih kerana biasiswa ini hanya untuk 12 orang penerima, 6 calon master dan 6 calon PhD. Apa yang saya buat, saya berhubung dengan penerima BYDPA tahun-tahun lepas dan menerima nasihat daripada mereka. Perbincangan dengan mereka sangat banyak membantu. Apa yang penting, kena percaya pada diri, usaha sehabis baik, dan berfikir positif dan tawakal pada Allah SWT.
Sewaktu temuduga, pasti kita akan sedikit gelabah apatah lagi bila bertemu calon lain yang latar belakangnya lebih hebat dari kita. Tapi, jangan cepat putus asa, cuba tanamkan dalam diri untuk berfikir ‘apa kualiti yang ada pada aku yang aku boleh ketengahkan?’. Setiap insan ada kelebihan masing-masing.
Niat dan matlamat kita untuk menyambung pengajian perlu jelas. In shaa Allah segalanya akan berjalan lancar bila ‘state of mind’ kita jelas. Semua ini akan terpancar di wajah anda sewaktu temu duga nanti. Panel akan turut merasai semangat dan keazaman anda untuk menyambung pengajian. Jadi, pastikan sebelum masuk bilik temu duga, fikiran jelas akan matlamat anda, jangan serabut dengan persoalan ‘bolehkah aku dapat ni? layakkah aku? bagaimana kalau aku xdapat jawab soalan?’. Buang semua fikiran itu jauh-jauh dan langkah masuk dengan sepenuh hati, jawapan semua ada dalam minda kita. Mulakan dengan Bismillah..InshaaAllah.
Good luck!
Gambar-gambar penerima BYDPA 2016 untuk menjadi pendorong anak cucu saya nanti :)
6 penerima calon PhD dan 5 penerima calon master.
Keratan akbar :) Sebeum ianya hilang dimamh usia, kita simpan kt cni :)
Nur Hayati Binti Jasmin
PhD Student
Centre for Advanced Biomedical Imaging
University College London, UK
nurhayati.jasmin@yahoo.com

- Proposal
- Bagi calon PhD, pada pendapat saya, proposal sangat penting. Perlu jelas dan mempunyai significant benefit kepada Malaysia apabila selesai pengajian kelak, ataupun projek hendaklah merupakan sesuatu yang masih kurang (niche area) di Malaysia.
- Surat tawaran dari universiti untuk melanjutkan pengajian
- Bagi calon luar Negara, seeloknya pilih universiti dalam top ranking THE
- Bagi calon dalam Negara, mesti menyambung pengajian di Research University sahaja.
- Sijil-sijil akademik dan kokurikulum
- Kemahiran bertutur dalam Bahasa asing adalah ‘added value’ untuk anda.
- Online application di website JPA. Borang permohonan yang telah lengkap di isi perlu di cetak dan hantar ke JPA berserta proposal, surat tawaran, sijil-sijil serta dokumen-dokumen berkaitan.
- Dalam tempoh 2 hingga 3 minggu dari tarikh tutup permohonan, anda akan mendapat emel tarikh temuduga di jalan bagi ‘short listed candidate’.
Temuduga:
- Temuduga akan berlangsung selama sejam. Setengah jam pertama adalah berkaitan kajian anda. Anda akan di minta menyediakan PPT dan di minta membentangkan proposal kajian anda. Setengah jam berikutnya adalah soalan berkaitan isu semasa dan Negara
- Tips temuduga – matlamat dan kepentingan kajian perlu jelas. Tunjukkan anda faham kajian anda dan kajian tersebut ada kepentingan kepada Malaysia. Untuk sesi kedua, banyakkan baca berita semasa di Malaysia (Contoh: Beri tiga berita dalam tempoh tiga hari lepas? Sejarah telah jadi subjek wajib SPM, apa pandangan anda? Senaraikan 5 prinsip rukun Negara dll). Panel temuduga terdiri daripada 3 orang yang pakar dalam bidang anda.
- Keputusan temuduga akan keluar 2 hingga 3 minggu dari tarikh temuduga.
Hmm.. Bagi saya tips yang utama adalah percaya pada diri, usaha dan doa. Sejujurnya, sewaktu saya mengisi borang permohonan online, terasa agak mustahil untuk terpilih kerana biasiswa ini hanya untuk 12 orang penerima, 6 calon master dan 6 calon PhD. Apa yang saya buat, saya berhubung dengan penerima BYDPA tahun-tahun lepas dan menerima nasihat daripada mereka. Perbincangan dengan mereka sangat banyak membantu. Apa yang penting, kena percaya pada diri, usaha sehabis baik, dan berfikir positif dan tawakal pada Allah SWT.
Sewaktu temuduga, pasti kita akan sedikit gelabah apatah lagi bila bertemu calon lain yang latar belakangnya lebih hebat dari kita. Tapi, jangan cepat putus asa, cuba tanamkan dalam diri untuk berfikir ‘apa kualiti yang ada pada aku yang aku boleh ketengahkan?’. Setiap insan ada kelebihan masing-masing.
Niat dan matlamat kita untuk menyambung pengajian perlu jelas. In shaa Allah segalanya akan berjalan lancar bila ‘state of mind’ kita jelas. Semua ini akan terpancar di wajah anda sewaktu temu duga nanti. Panel akan turut merasai semangat dan keazaman anda untuk menyambung pengajian. Jadi, pastikan sebelum masuk bilik temu duga, fikiran jelas akan matlamat anda, jangan serabut dengan persoalan ‘bolehkah aku dapat ni? layakkah aku? bagaimana kalau aku xdapat jawab soalan?’. Buang semua fikiran itu jauh-jauh dan langkah masuk dengan sepenuh hati, jawapan semua ada dalam minda kita. Mulakan dengan Bismillah..InshaaAllah.
Good luck!
Gambar-gambar penerima BYDPA 2016 untuk menjadi pendorong anak cucu saya nanti :)
6 penerima calon PhD dan 5 penerima calon master.
![]() |
![]() |
| 26 May 2016: Upacara penyerahan biasiswa oleh TPM Datuk Zahid Hamidi di pejabat TPM, Putrajaya. |
![]() |
![]() |
| https://www.youtube.com/watch?v=Dwu817-_Cfs&sns=fb&fbclid=IwAR28pUDnrj0oV1q4NiqVqqPzPjYWZLAsD_5VWgAP25bMJJRt2SnnnfeySUI&app=desktop |
![]() |
| Singgah solat di Masjid Putrajaya sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu, berkhidmat sebagai felo UniSZA |
...
Sedikit nasihat dan selamat mencuba!
DON'T QUIT!
DON'T QUIT!
Bila menghadapi situasi paling sukar dalam hidup, sampai terasa xkuat lagi untuk teruskan langkah.. Teringat pesan seorang sahabat "It is the hardest time that you should not give up! Puncak itu cuma tinggal sejengkal, do not turn back now"
Bila merasakan hidup seakan hampir runtuh, dunia terasa sempit, impian seakan hancur, hidup bagai tiada sinar harapan... Teringat petikan dari sebuah drama korea "Hidup ini boleh bertambah baik dan akan bertambah baik! Just don't give up! Keep going! Fighting!!
Bila melihat semua impian mustahil untuk di gapai, laluan kelihatan suram x berpenghujung, dan semua orang seakan mengatakan ia mustahil... Peringatkan kembali hati ini akan kekuatan istikharah dan keajaiban tawakal pada Allah SWT. "Allah x akan letakkan aku pada jalan ini, melainkan hadir bersamanya kebaikan, pasti ada sesuatu yang menanti meski sekarang ianya kelihatan kosong dan kabur.
Kita cuma hamba, siapa kita untuk mengatakan sesuatu itu mustahil terjadi, sedangkan tiap sesuatu itu di bawah kekuasaan Allah SWT. Segalanya boleh dan tidak mustahil bagi Allah SWT.
Kita ini hamba Allah SWT, Kita ini ummat Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT. Mohon lah pada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Do not underestimate the power of positive mind and believe in yourself. If u can change your perception, u can change everything. In shaa Allah.
Yang paling utama, sentiasa doa dan mohon pertolongan dari Allah SWT, Dialah sebaik-baik tempat bergantung.
...
...
Keratan akbar :) Sebeum ianya hilang dimamh usia, kita simpan kt cni :)
![]() |
| Harian Metro - 27 May 2016 |
![]() |
| News Straits Times - 27 May 2016 |
![]() |
| Berita Harian - 27 May 2016 |
![]() |
| Sin Chew Daily - 27 May 2016 |
![]() |
| Utusan Malaysia - 27 May 2016 |
Nur Hayati Binti Jasmin
PhD Student
Centre for Advanced Biomedical Imaging
University College London, UK
nurhayati.jasmin@yahoo.com

Assalam Puan, saya bakal menghadiri temu BYDPA pada 18hb nnti, boleh kongsikan tips presentation dan tips persediaan bagi sesi individu?
ReplyDelete