AKU MAHU
Assalamualaikum WBT..
Apa khabar iman?
Apa khabar jasad?
Alhamdulillah
Aku masih bernyawa
Aku masih punya tempat berteduh
Aku masih ada nikmat rezeki dan kesihatan
Sudah 14 bulan aku di sini
Kita sering tertanya apakah yang aku mahu?
Kenapa aku pilih ini?
Kenapa aku di sini dan bukan di sana?
Inikah yang aku mahu?
Pantaskah aku memilih apa yang aku mahu?
Pilih apa yang aku mahu atau apa yang aku harus buat?
Saat kita memulakan perjuangan baru
Adakala kita rasa jasad dan hati tidak sehaluan
Yang dirasakan hanya jasad yang mengorak langkah
Tapi hati tertutup enggan menerima realiti
Seolah hilang kunci untuk membuka pintu hati itu
Jiwa kering dan lelah untuk kembali berjuang
Seolah hilang punca untuk menyuburkan kembali semangat juang itu
Fikiran bagai anak burung terpisah dari ibunya
Hilang arah dan punca, terus terbang kesana kemari
Semangat diri pudar
Seolah hilang kekuatan untuk teruskan semuanya
Kenapa wujud persoalan2 itu?
Kenapa tidak sehaluan jasad hati jiwa fikiran?
Mungkin kerana kemahuan dan keperluan tidak seiring?
Bila jiwa berhadapan dengan konflik ini,
Tanyalah diri,
DARI MANA AKU DATANG
KENAPA AKU DISINI
KEMANA SELEPAS INI
Lahirnya kita sebagai hambaNya
Sebagai khalifah di muka bumi
Hadirnya kita di jalan ini
Sebagai insan yang hendak memperbaiki diri
Sebagai insan yang ingin menyempurnakan amanah
Walau di lorong mana kita berjalan
Pastinya lorong itu yang terbaik
Pasti lorong itu menuju ke tempat Ilahi
Pasti lorong itu penghubung kepada Pencipta
Daripada kita fikir 'bukan ini yang aku minat'
Cuba kita fikir 'mesti ada benda yang aku minat'
Daripada kita fikir 'aku mahu seperti di sana'
Cuba fikir 'mesti ada sesuatu yang menarik di sini'
Setiap yang hadir dalam hidup
Tidak lain datangnya dengan seribu kebaikan
Cuma bagaimana kita menonjolkan kebaikan itu
Dan menerima setiap cabaran dengan lebih terbuka
Setelah kita berusaha berdoa dan istikharah
Siapa kita untuk mempersoalkan
Sedang ilmu kita cuma sedikit
Sedang kita cuma hamba yang jahil tamak
Allah juga Yang Maha Menegtahui
Apa yang terbaik untuk setiap hambaNya
Kena selalu ingat
DARI MANA AKU DATANG
KENAPA AKU DISINI
KEMANA SELEPAS INI
Sudah terlaksanakah tugas kita diturunkan ke bumi?
Bersyukurlah dengan setiap yang digenggaman
Bersyukurlah dengan setaip yang ada di sekeliling
Kerana janji Allah
Jika kamu bersyukur
Maka akan Aku tambah lagi nikmatKU
Maka nikmat tuhan mu yang mana yang kamu dustakan?

31/10/2017
East Finchley

Comments
Post a Comment