APA ERTINYA AKU BERIMAN PADA HARI AKHIRAT

APA ERTINYA AKU BERIMAN PADA HARI AKHIRAT

Setiap pagi kita bangun kena tnya diri
DARI MANA AKU DATANG
KENAPA AKU DISINI
KEMANA SELEPAS INI



أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ [٢٣:١١٥]
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

(Al-Mu'minuun 23:115)

IMAN + AMAL = AKHLAK


Bagaimana nak cek IMAN? - Takwa
Percaya kepada Tuhan
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab
Percaya kepada Rasul
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada' dan Qadar

Bagaimana nak cek AMAL?
Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah
dan Nabi Muhammad pesuruh Allah
Solat 5 waktu
Puasa
Menunaikan zakat
Menunaikan Haji di Mekkah

Bagaimana cek AKHLAK?
Jika salah satu daripada rukun Iman kita tinggal maka runtuhlah akhlak
Jika salah satu daripada rukun Islam kita tinggal maka runtuhlah akhlak
Kita x boleh ambil cedok sikit2 daripada kriteria beriman dan beramal
Kena laksanakan kesemua rukun Iman dan Islam kerana itu adalah tiangnya
Hilang satu tiang maka goyah la AKHLAK, goyah lah semuanya.

Setiap hari kita solat kita baca 17 kali Surah Al Fatihah
Selepas ayat 3, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ayat 4, Yang menguasai Hari Pembalasan

Setiap nikmat yang kita kecapi akan di hisab di hari Akhirat nanti!

A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
(Al-Faatihah 1:4

Perlunya kita beriman pada Hari Akhirat

Antara tanda-tanda akhir zaman,
Kita saksikan banyak kerosakan dari segi sosial sahsiah dan bencana alam
Manusia bahkan umat islam sendiri sngt kurang yg berakhlak
Hal ini kerana ada kecampingan dalam Iman dan Amal kita
Bagaimana kita berinteraksi dengan tanda2 akhir zaman?


A011
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Walaupun kita tahu tu semua tanda akhir zaman dan kiamat dah dekat,
bukan bermakna kita harus duduk diam 'biarlah ni mmg tanda akhir zaman',
Sepatutnya kita harus respon dgn lebih positif 'ok tanda akhir zaman macam ni,
jadi mcm mana kita nk bina diri kita untuk x tergolong dlm kalangan tu dan mcm mana untuk kita tolong umat lain?'
Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki
Teruskan usaha senhingga Kiamat menjelama
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

Perlu diingat juga
bukan semua tanda akhir zaman negatif.
Ada yang positif.
'Berlakunya kiamat, dan Rom merupakan bangsa yang paling ramai' - Hadis Riwayat Muslim
Bangsa Rom adalah bangsa yang baik,
Maksudnya, bila hampir kiamat golongan2 yang baik akan ramai,
Tapi adakah kita akan tergolong dalam golongan yang baik nanti?

Masih banyak yg perlu dipelajari dan diperbaiki sebelum kiamat itu tiba

Nabi kita pesan, jika engkau tahu esok akan kiamat dan dalam tangan mu ada sebiji benih, tanamlah benih itu di bumi hari ini. Nak ckpnya walaupn kita tahu esok bumi akan hancur, kita tetap kena terus berusaha untuk menjaga bumi.


Pengajaran:

Bila kita berhadapan dengan kegelapan hidup, kusut, kecewa dgn dunia, kecewa dgn manusia,
kita saksikan kerosakan di hadapan kita, bagaimana respon kita?
1. Jangan elak/lari tapi hadapi dengan hati dan akal bukan bertunjangkan akal shj atau emosi
2. Jangan salahkan keadaan atau org sekeliling, hadirnya kita dlm kelompok ini ada dua sbb, sama ada kita sama seperti mereka atau kita hadir untuk sbg khalifah, keadaan ini sebagai platform untuk kita jalankan tanggungjawab yg dituntut yakni amar makruf nahi mungkar, kita mahu jadi individu yg mana?
3. Jangan salahkan diri kenapa aku? Sbb bila kita mula persoalkan, bererti kita sedang mula untuk menyerah dan mengalah. Tapi ingat ini takdir ini tarbiyah untuk kita jadi hambaNya yg lebih baik, ingat kembali soalan2 ini, dari mana kita datang kenapa aku disini dan kemana selepas ini?

Sbb Allah Yang Menciptakan kita dan seluruh alam. Allah Yang Maha Kuasa Yang Mengatur seluruh alam ini. Tidak Dia letakkan kita ditempat yg kita xmampu melebihi kemampuan kita dan tempat itu pasti yg terbaik untuk kita.

Dan ingatlah dalam apa jua pun, bila terasa sempit sesak didada, lihat ke cermin pada seraut wajah itu, renung ke langit dan pandanglah sekeliling alam, maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan? Telah banyak nikmatNya engkau kecapi. Walau perit saat ini, bersyukurlah, sbb janji Allah, jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan lagi nikmatKu. Dan janji Allah itu pasti dan benar.


27/10/2017
Malaysia Hall
London

Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013