Posts

Showing posts from January, 2019

Indahnya Saat Menerima Tarbiyyah Dari Tuhan

Image
Assalamualaikum WBT.. I would like to start with this beautiful quote: " Reading is like breathing in and writing is like breathing out" And now I need to breathe out to breathe more air in...my mind need some air. Hence, here I am writing lessons learnt from my teacher - life.  Ok sudah lama hati ini ingin menulis meluahkan isi hati. Aku kena tulis juga hari ini, sebelum aku menyesal kemudian hari. Bila mana Allah SWT telah bukakan hati untuk melihat dan memahami hikmah pada setiap ujianNya, aku kena rekod semoga menjadi panduan buatku untuk masa-masa mendatang.  Semoga aku dipelihara dari sifat riak, niatku menulis ini hanya untuk menjadi pedoman buat diri ini di masa akan datang. Andai suatu masa aku tergelincir, semoga nukilan hari ini yang akan menarik aku bangkit semula. Selepas aku menulis entri yang lepas, bertajuk ' Hijrah Menjadi Insan Bertuhan ',  yang ditulis pada Ogos 2018,  a ku dapati banyak perubahan baik dalam diri, semoga aku kekal istiqam...