Indahnya Saat Menerima Tarbiyyah Dari Tuhan
Assalamualaikum WBT..
I would like to start with this beautiful quote:
"Reading is like breathing in and writing is like breathing out"
And now I need to breathe out to breathe more air in...my mind need some air. Hence, here I am writing lessons learnt from my teacher - life.
Ok sudah lama hati ini ingin menulis meluahkan isi hati. Aku kena tulis juga hari ini, sebelum aku menyesal kemudian hari. Bila mana Allah SWT telah bukakan hati untuk melihat dan memahami hikmah pada setiap ujianNya, aku kena rekod semoga menjadi panduan buatku untuk masa-masa mendatang.
Semoga aku dipelihara dari sifat riak, niatku menulis ini hanya untuk menjadi pedoman buat diri ini di masa akan datang. Andai suatu masa aku tergelincir, semoga nukilan hari ini yang akan menarik aku bangkit semula.
Selepas aku menulis entri yang lepas, bertajuk 'Hijrah Menjadi Insan Bertuhan', yang ditulis pada Ogos 2018, aku dapati banyak perubahan baik dalam diri, semoga aku kekal istiqamah, InshaaAllah. Alhamdulillah, satu ketenangan hadir dalam jiwa dan aku boleh fokus semula belajar setelah beberapa episod sukar yang sedikit sebanyak mencuri fokus ku pada pelajaran PhD ini.
Namun episod sukar itu jugalah yang menarik hati ini untuk sepenuhnya hijrah menjadi insan bertuhan, membina iman di hati. Kemudian ombak episod sukar yang lain pula hadir selepas itu. Namun ombak kali ini hadir untuk memperkukuhkan lagi iman di hati. Bukankah Allah SWT telah berfirman:
Ianya tidak mudah dan tidak sukar. Alhamdulillah, bila Allah SWT hadirkan rasa syukur dalam diri, aku bersyukur dapat merasai nikmat dalam ujian, sungguh ia satu nikmat yang penuh dengan hikmah. Sungguh hebat iman ini diuji, tapi syukur alhmadulillah Allah SWT bukakan mata hati dan ilhamkan aku ke jalan-jalan yang lebih mendekatkan diri padaNya.
Aku ringkaskan serba sedikit apa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2018, tahun aku di tarbiyyah, indahnya saat menerima tarbiyyah dari Tuhan.
Tarbiyyah berasal daripada perkataan bahasa Arab bererti pendidikan atau pengasuhan. Manakala dari segi istilah, perkataan tarbiyyah bermaksud cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.
...
Ujian 1 (Mac)
Awal tahun ini nenek aku telah dijemput Ilahi semasa aku tengah dalam fasa yang sukar dalam perjalanan PhD ku. Suatu kehilangan yang besar, arwah adalah nenek belah mak, juga yang terakhir. Aku sedikit terkilan kerana aku tidak sempat menziarahinya, aku xdapat kotakan janjiku padanya. Sedalam mana hati ini bersedih, ada insan yang lebih berduka. Mak pasti rasa sangat sedih. Lalu aku buat keputusan untuk balik Malaysia. Cek tiket London-Twu, alhamdulillah murah, bismirahirramanirrahim, aku beli tiket, dan dua hari selepas itu aku tiba di Malaysia. Semoga kepulangan ini sedikit sebanyak merawat kesedihan mak dan luka di hati. Kemudian alhamdulillah, Allah SWT jemput aku ke rumahNya, ke Mekah Al Mukarramah dan ke kota bercahaya Madinah Al Munawwarah. Alhamdulillah terubat luka dan terarah semula hati ini. Diri rasa sentiasa dipelihara.
Di sana hadir ketenangan yang luar biasa.
Di sana hadir kekuatan yang yang luar biasa.
Di sana hadir kemanisan hidup ber-Tuhan.
Alhamdulillah,sekemblinya aku ke London, aku sudah boleh fokus sepenuh hati pada pengajian ku. Terasa kerja-kerja lebih produktif dari sebelumnya. Kerja ynag memakan masa panjang sebelum ini, sekarang mampu disiapkan dengan cepat. Aku berjaya sempurnakan upgrade viva PhD ku yang tertangguh, dapat pergi ke beberapa conference (London - France - Manchester) dan alhamdulillah being awarded as 2nd best 3Min oral presentation. Inilah hikmahnya, keberkatan masa yang Allah SWT berikan. Terima Kasih Ya Rabbi.
...
Ujian 2 (Julai)
Beberapa bulan selepas itu, kakak tercinta terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Sekali lagi hati diragut hiba. Aku cuba gagahkan diri. Sungguh sedih saat ini, bila diri xmampu hadir disisinya dan membantunya menghadapi saat-saat sukarnya. Saat inilah, aku rasa peritnya dalam hati yang xpernah aku rasa sebelum ni tapi aku harus tetap kuat demi keluarga, setia mendengar dan memberi kata-kata semangat, meski jauh dalam hati ini, aku sungguh xberdaya sendiri di bumi London ini menghadapi kejadian ini. Aku rindukan family, aku ingin bersama-sama mereka di saat-saat seperti ini. Aku menangis dalam hati, merintih dan merayu padaNya.
Betullah pepatah, kita akan lihat sifat sebenar orang di sekeliling kita saat kita diuji. Siapa yang datang dekat dengan kita dan sebaliknya. Lihat bagaimana respon insan-insan di sekiling kita, akan engkau pelajari sesuatu saat itu. Meskipun hati sedih, namun ia juga ujian buat ku, bagaimana aku harus respon dalam situasi ini? Daripada menilai respon insan lain, aku memilih untuk fokus pada memperbaiki respon ku saat diuji. Kerana respon kita saat diuji adalah cerminan iman dan akhlak kita.
Alhamdulillah, Allah SWT hadirkan rakan-rakan yang banyak membantu aku di sisi. Aku kembali fokus dengan pelajaran, penghujung tahun hampir menjelma, aku harus siapkan kerja-kerja pengumpulan data, tahun depan aku kena fokus pada penulisan. Namun, ujian lain datang menyapa. Benarlah FirmanNya:
...
Ujian 3 (September)
Aku harus kembali ke Malaysia untuk bersama abang ku. Dia hampir kehilangan anaknya di saat-saat hari raya menjelang. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usianya. Mereka sekeluarga menyambut pagi raya di hospital. Sayunya hati ini. Mulanya aku xberhajat untuk pulang melihatkan komitmen kerja, tapi hati ini terpanggil-panggil untuk balik, semoga serba sedikit dapat membantu mereka sekeluarga. Sekali lagi terpaksa buat keputusan mengejut, cek tiket, 'click' tiket London-Kul selamat aku beli. Emel 'short notice' kepada supervisor tentang plan ku, alhamdulillah dia sangat memahami. Di hari merdeka, aku tiba di Kuala Lumpur.
Jika di timbang kudrat dan masa, jujur ku katakan aku xmampu dan dari segi fizikal dan komitmen kerja menjadikan masa ini agak kritikal untuk aku bercuti. Aku berdoa semoga Allah SWT kurniakan aku keberkatan masa dan rezeki. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui. Dan yakinlah:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Al-Baqarah:Ayat 286)
Pasti ada sesuatu yang menanti dipenghujung sana. Aku tanamkan fikrah itu dalam diri. Aku yakin, aku sedang dalam tarbiyyahNYa, melalui ujian ini Allah SWT sedang mempersiapkan aku untuk sesuatu yang lebih besar dan InshaaAllah lebih baik di hadapan.
Aku bermalam beberapa hari di wad kanak-kanak menjaga anak sedara berumur 4 tahun. Mula-mula memang aku xyakin, tapi ntah dari mana datang kekuatan tu. Seronok juga bila fikir semula, dapat lalui pengalaman yg berharga tu meskipun bukan mudah. Mencabar juga jaga kanak2. Alhamdulillah, banyak sangat belajar semasa menjaga dan merawat anak kecil (InshaaAllah aku akan ceritakan dalam entri - Fitrah anak kecil tarbiyyah buat kita). Kagum dengan kaum ibu di luar sana. Anda sungguh hebat. Meskipun ada masa-masa yang sukar, namun aku hadapinya dengan bersangka baik dan yakin pada Allah SWT. Walau sesukar mana pun situasi yg dihadapi, Allah pasti akan ilhamkan jalan keluar dan kita akan tenang hadapi bila kita sentiasa bersangka baik dan bergantung padaNya. Alhamdulillah sangat-sangat membantu.
...
Ujian 4 (November)
Ujian hati. Kisah hati dan perasaan adalah sesuatu yang sukar di mengerti. Alhamdulillah saat ini mata hati ku terbuka untuk memahami satu lagi nikmat Allah SWT, 'cinta'. Opps, jangan salah tafsir dulu. Cinta dan hati berkait rapat. Cinta adalah fitrah setiap manusia, ia suatu yang suci. Tapi ia juga boleh bertukar menjadi fitnah mengikut keadaan hati kita. Sukar menilai sama ada hati dalam keadaan fitrah atau fitnah. Maka aku memilih untuk lebih berhati-hati dalam mengurus hati agar sentiasa dalam fitrah yang suci. Kerana sabda Nabi saw:
“Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati”
(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).
Alhamdulillah, Allah SWT ilhamkan jalan yang terbaik untuk menguruskan hati. Terlalu panjang jika hendak aku nukilkan lebih lanjut disini. (InshaaAllah aku akan huraikan dalam entri akan datang - Saat Fatwa Hati Berbisik).
Alhamdulillah aku sempat siapkan tugas-tugas terakhir sebelum aku pulang ke Malaysia, kali ini untuk bercuti memberi hati masa to relax and have fun and prepare for next adventure :)
...
Dari semua pengalaman dan episod kehidupan sepanjang setahun ini (2018), ia adalah tahun aku menerima tarbiyyah dari Allah SWT, terlalu banyak hikmahnya. Terima kasih Ya Allah. Pertama sekali, alhamdulillah aku dapat balik Malaysia banyak kali..hehe.
Aku menyaksikan bagaimana maut, dengan kuasa Allah SWT dengan mudah boleh datang bila-bila masa menjemput kita. Maka bersediakah kita menghadapi saat itu?
Aku meyaksikan bagaimana bila Allah SWT menjentik sedikit kehidupan kita, Allah SWT hantarkan teguran dan peringatan, itu tanda Allah SWT sayang dan ingin menarik kita balik ke jalanNya, maka berlapang dadalah dan insafi, bukan menafi kelemahan diri atau menyalahkan takdir dan ujian yang hadir.
Hikmah untuk keluargaku,
Aku memandang setiap ujian yang datang pada keluargaku ini sebagai satu bentuk tarbiyyah buat keluarga.
Allah SWT sedang menarik kami lebih dekat ke jalanNya.
Allah SWT sedang didik kami erti tawakal yang sebenarnya.
Allah SWT sedang perkuatkan ukhuwah kekeluargaan.
Doaku dan pintaku yang sungguh-sungguh, aku impikan seluruh ahli keluargaku dapat sama-sama dibangkitkan di padang mahsyar dalam keadaan kami kenal Nabi SAW dan Nabi SAW kenal kami dan beroleh syafaat dari Nabi SAW. Semoga kami sekeluarga dapat sama-sama tinggal di SyurgaNya. Maka Allah SWT hadirkan ujian buat ku sekeluarga untuk kami lebih dekat denganNya dan lebih cinta padaNya.
Aku melihat lebih banyak aura-aura positif tumbuh dalam keluarga ku asbab setiap ujian yg dilalui. Terima kasih Ya Allah. Peliharalah kami dan izinkan kami faham dan hidup dengan kalimah 'laailahaillalla muhammadur rasulullah' sebelum kami kembali kepadaMu.
Hikmah buat diri ku,
IMAN ku di uji, aku di upgrade dalam:
melahirkan rasa baik sangka pada setiap yang berlaku,
melahirkan rasa gigih mencari hikmah 1st dalam setiap ujian,
melahirkan rasa yakin setiap masalah ada jalan keluarnya,
melahirkan rasa sepenuh hati bergantung pada Allah SWT.
Kerana, respon-respon ini sukar untuk lahir dalam hati bila iman (faith) tidak utuh dan ia perlu sentiasa di asah dan di upgrade untuk jadi lebih bersih dan kuat.
AKHLAK ku di uji, aku di latih untuk:
tetap sabar dan tenang dalam melalui apa jua ujian,
tetap sabar dan tenang dalam mengendalikan emosi diri,
tetap sabar dan tenang dalam menghadapi emosi negatif insan lain.
Kerana, akhlak ini perlu dilatih agar sebati dalam diri.
Kerana, IMAN (faith) dan AKHLAK hanya akan tetap subur dan bertambah baik dengan ujian. Bersyukurlah saat diuji, kerana Allah SWT sedang tarbiyah kita, meng-upgrade iman (faith) dalam hati dan mencantikkan akhlak kita.
Setiap dari kita menerima ujian yang berbeza-beza. Mungkin ringan di mata kita, tetapi berat bagi dia dan sebaliknya. Ujian yang datang bersesuaian dengan penerimanya. Ujian datang sebagai tarbiyyah untuk memperbaiki sisi hidup kita yang perlu di upgrade.
Apa yang penting adalah:
bagaimana kita sambut ujian itu?
bagaimana kita persiapkan mental, fizikal dan rohani?
bagaimana IMAN kita mantafsir ujian itu?
adakah kita;
bagaimana AKHLAK kita respon pada ujian itu?
adakah kita tetap sabar dan tenang;
Bagaimana untuk merasai keindahan tarbiyyah?
Bagaimana bila ujian datang menyapa?
The most important thing is, open your heart to learn and prepare yourself to be better!!!

Nur
East Finchley, London.
28.01.2019
18.28

- baik sangka pada setiap yang berlaku,
- mencari hikmah 1st dalam setiap ujian,
- yakin setiap masalah ada jalan keluarnya,
- sepenuh hati bergantung pada Allah SWT,
bagaimana AKHLAK kita respon pada ujian itu?
adakah kita tetap sabar dan tenang;
- ketika melalui apa jua ujian,
- ketika mengendalikan emosi diri,
- ketika menghadapi emosi negatif insan lain,
Bagaimana untuk merasai keindahan tarbiyyah?
Bagaimana bila ujian datang menyapa?
The most important thing is, open your heart to learn and prepare yourself to be better!!!
Because you either learn and become better or you will only suffer from being ungrateful...
Dan aku memilih untuk berlapang dada dan belajar darinya..bila ujian datang menyapa...
- Ucaplah "selamat datang, jemput masuk". Raikan ia dan bergembiralah, kerana itu tandanya Allah SWT hendak upgrade iman ku, Allah SWT hendak percantikkan lagi akhlak ku.
- Betulkan mind set kita, "alhamdulillah, ujian hadir lagi bererti tarbiyyah dari Allah datang lagi, bermakna aku telah layak untuk naik ke satu tingkat lagi".
- Mari layan tetamu 'ujian' ini dengan sebaiknya dan sajikan hidangan yang terbaik. InshaaAllah, ganjaran yang sangat besar dan hikmah yang sungguh indah menantiku.
Maka akan engkau rasai nikmatnya.
'Indahnya saat menerima tarbiyyah dari Tuhan'
...
Tarbiyyah berasal daripada perkataan bahasa Arab bererti pendidikan atau pengasuhan. Manakala dari segi istilah, perkataan tarbiyyah bermaksud cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.
Nur
East Finchley, London.
28.01.2019
18.28

What a mature and insightful entry. The way you handle problems with religion is truly admirable; something we can all learn from and strive to practise in our own lives.
ReplyDeleteGod bless you and your PhD journey.
Thank you for your kind and nice comment. Really appreciate that. May God bless you too.
Delete