Menyuntik Semangat Merdeka Pada Permulaan Kembara PhD (Tahun 1)
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum. Apa maksud merdeka bagi aku tahun ini? Apa yang aku mahu merdekakan diri aku tahun ini? Esok aku akan mulakan pengajian PhD aku officially di bumi London, UCL. Perasaan? Sedikit gentar namun masih bersemangat. Alhamdulillah, setelah dua minggu mencari hati yang hilang, aku rasa telahmendapatkannya kembali. 1 September 2016 bakal menjadi titik permulaan kepada suatu perjalanan yang penuh warna warni dan pastinya indah dan penuh makna. In syaa Allah, aku mahu cuba yang terbaik, menjadi seorang yang lebih optimist dan akan sentiasa semangat. Saya akan belajar banyak benda, not just about research, it also about life. Teringat semasa menghadiri BTN BYDPA yang lalu, Dr Zaini cakap, be prepared and be ready untuk jadi orang hebat. Dalam maksudnya. Bersediakah aku? Ada satu masa terlintas dalam fikiran, semasa awal2 dapat biasiswa ni, bersukur sangat, tpi macam xtertanggung tanggugjawab yang harus di pikul. Serabut juga saat i...