Rasa Ini
Assalamualaikum WBT... Setelah sekian lama berhenti dari menulis di ruangan ini, alhamdulillah hari ni dihadirkan hati untuk audit dan rekod rasa yang tersimpan dalam hati. Lama aku mencari makna dan solusi pada konflik diri yang ku alami. Aku keliru dalam mentafsir adakah rasa ini rasa sebenar yang terbit dan perlukan solusi, atau adakah rasa ini rasa ciptaan sendiri di dunia separa sedar untuk mencuri fokus ku dari dunia realiti. Namun di penghujung kekeliruan itu, ku temui the 'collateral beauty' . Ku fahami pentingnya punya hati yang bersih agar sentiasa terpacu kejalan yang benar. Ku fahami pentingnya punya rutin dan amalan yang dilakukan dengan istiqamah . Kerana saat kita hilang dan keliru, dua inilah yang akan beri sinar dan tetapkan kita pada jalan yang benar. Adakalanya xsemua kekeliruan dan konflik ada jawapan, dan jika ada jawapan adakalanya ambil masa yang lama untuk dirungkaikan. Lalu dalam tempoh itu, bagaimana harus kita kekal 'grounded'? Hati yang...