Rasa Ini
Assalamualaikum WBT...
Setelah sekian lama berhenti dari menulis di ruangan ini, alhamdulillah hari ni dihadirkan hati untuk audit dan rekod rasa yang tersimpan dalam hati. Lama aku mencari makna dan solusi pada konflik diri yang ku alami. Aku keliru dalam mentafsir adakah rasa ini rasa sebenar yang terbit dan perlukan solusi, atau adakah rasa ini rasa ciptaan sendiri di dunia separa sedar untuk mencuri fokus ku dari dunia realiti. Namun di penghujung kekeliruan itu, ku temui the 'collateral beauty'. Ku fahami pentingnya punya hati yang bersih agar sentiasa terpacu kejalan yang benar. Ku fahami pentingnya punya rutin dan amalan yang dilakukan dengan istiqamah. Kerana saat kita hilang dan keliru, dua inilah yang akan beri sinar dan tetapkan kita pada jalan yang benar. Adakalanya xsemua kekeliruan dan konflik ada jawapan, dan jika ada jawapan adakalanya ambil masa yang lama untuk dirungkaikan. Lalu dalam tempoh itu, bagaimana harus kita kekal 'grounded'? Hati yang bersihlah yang akan suluhkan cahaya, cahaya untuk kita tetap berserah pada Nya. Rutin dan amalan yang kita istiqamah selama ini yang akan jadi 'bodyguard' yang menyelematkan kita dari tergelincir jauh dari Nya.
Teringat doa dari ceramah Dr MAZA pagi tadi;
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُوْراً، وَفِي لِسَانِي نُورًا، وَفِي سَمْعِيْ نُوْرًا، وَفِي بَصَرِي نَوْرًا، وَمِنْ فَوْقِي نُوْرًا، وَمِنْ َتْحْتِي نُوْرًا، وَعَنْ يَمِيْنِي نُوْرًا، وَعَنْ شِمَالِي نُوْرًا، وَمِنْ أَمَامِي نُوْراً، وَمِنْ خَلْفِيْ نُوْراً، وَاجْعَلْ فيِ نَفْسِي نُوْراً، وَأَعْظِمْ لِي نُوْرًا، وَعَظِّمْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْراً، وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا، اللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ عَصَبِي نُوْرًا، وَفِي لَحْمِيْ نُوْرًا، وَفِي شَعْرِي نُوْرًا، وَفِي بَشَرِيْ نُوْرًا
“Ya Allah, jadikanlah cahaya dalam hatiku, cahaya pada lisanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di depanku, dan cahaya di belakangku. Jadikanlah pada diriku cahaya, besarkanlah untukku cahayanya, besarkanlah cahayaku, jadikanlah untukku cahaya, jadikanlah aku cahaya. Ya Allah, berikanlah aku cahaya, jadikanlah pada otakku cahaya, jadikanlah dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, dalam rambutku cahaya, dan dalam kulitku cahaya!” (HR. al-Bukhari 2/116 no. 6316 dan Muslim 1/526, 529, 530 no. 763)
Teringat doa dari ceramah Dr MAZA pagi tadi;
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُوْراً، وَفِي لِسَانِي نُورًا، وَفِي سَمْعِيْ نُوْرًا، وَفِي بَصَرِي نَوْرًا، وَمِنْ فَوْقِي نُوْرًا، وَمِنْ َتْحْتِي نُوْرًا، وَعَنْ يَمِيْنِي نُوْرًا، وَعَنْ شِمَالِي نُوْرًا، وَمِنْ أَمَامِي نُوْراً، وَمِنْ خَلْفِيْ نُوْراً، وَاجْعَلْ فيِ نَفْسِي نُوْراً، وَأَعْظِمْ لِي نُوْرًا، وَعَظِّمْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْراً، وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا، اللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ عَصَبِي نُوْرًا، وَفِي لَحْمِيْ نُوْرًا، وَفِي شَعْرِي نُوْرًا، وَفِي بَشَرِيْ نُوْرًا
“Ya Allah, jadikanlah cahaya dalam hatiku, cahaya pada lisanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di depanku, dan cahaya di belakangku. Jadikanlah pada diriku cahaya, besarkanlah untukku cahayanya, besarkanlah cahayaku, jadikanlah untukku cahaya, jadikanlah aku cahaya. Ya Allah, berikanlah aku cahaya, jadikanlah pada otakku cahaya, jadikanlah dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, dalam rambutku cahaya, dan dalam kulitku cahaya!” (HR. al-Bukhari 2/116 no. 6316 dan Muslim 1/526, 529, 530 no. 763)
..............................................................
Hadis tentang Hati:
Hadis ke-27
(Sumber: Hadis 40 Imam An-Nawawi)
ن النواس بن سمعان t عن النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك )) حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. [Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik].
Hadis berkaitan Istiqamah:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ
_*Dari Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: “Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit.” (HR Bukhari No: 5413) Status: Hadis Sahih.
Namun, aku x nafikan, mudah diunggkap dibibir, berat untuk dilaksakan. Bila kita tengah dalam proses itu, bila sedang diuji, hati entah ke mana, rutin dan amalan entah ke mana, susahnya untuk mengarahkan anggota ini untuk kembali pada Nya, apatah lagi hati ini, saat ia hilang, sukar sekali untuk tarik ia kembali menghadap Penciptanya. Saat mendapati diri hilang dan keliru adalah peringatan dan tarbiyyah dari Tuhan ku untuk aku terus perkuatankan lagi takwa ku padaNya, tambahkan lagi iman di dada, dan perbaiki lagi cara hidup agar lebih berpaksikan pada Nya yang Satu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Rasa keliru itu bertukar menjadi rasa ini; rasa ini hadir semula. Rasa syukur dengan nikmat hidup berTuhan; merasai Tuhanku sentiasa ada bersamaku.
Perkara yang paling ku takuti:
- Aku takut saat aku lalai dalam memelihara hidayah Allah padaku, lalu hidayah itu hilang dan x kembali lagi pada ku.
- Aku takut saat aku hilang minat untuk berubah.
- Aku takut saat aku berhenti untuk mahu menjadi hamba Nya yang lebih baik setiap hari.
- Aku takut saat aku yang lari dari hidayah Nya tanpa aku sedar.
Saat kesusahan melanda, saat melihat diri lari dari masalah dan realiti dunia, saat berduka, paksakanlah anggota kita untuk duduk membaca ayat-ayat suci Tuhan, teman terbaik kita. Saat kita rasa sendiri, sunyi, saat rasa ingin pelukan semangat dari insan yang kita sayangi namun jauh di mata, peluklah Quran erat-erat di dada, ambil kekuatan dari nya. Mintalah kekuatan dari Pemilik ayat-ayat suci ini. Ingatlah pesan Nabi SAW kita agar berpegang teguh pada Quran dan Sunnahnya. Jadi, saat kita hilang arah, kembalilah pada dua ini.
عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Duduk erat-erat dengan Quran dan letakkan ia semula di hati kita. Mulakan dengan lakukan secara fizikal dengan letakkan Quran di dada, kemudian cuba baca, semoga ia masuk ke dalam hati kita, sehinggalah Quran ini kekal di hati kita. Jika ingin mencari solusi pada masalah dan kekeliruan, contohilah Nabi SAW kita, bagaimana baginda lalui setiap rintangan dalam hidupnya. Bacalah kisahnya dan contohilah cara baginda. Ya, semua ini tidak mudah, namun pujuklah diri kita untuk cuba lakukan ini. Meski kita rasa xnak buat papa, nak tidur je, xlalu makan dan sebagainya, tetaplah pujuk diri at least pergilah pada Quran, kerana Quran itu 'shifa''; healing and mercy to those who believe. Ingatlah, orang yang beriman itu, they do not fear of the future and they do not grieve of the past.
Pujuk diri untuk sujud pada Nya di malam hari. Mengadulah pada Nya semua keresahan dalam hati mu. Luahkan lah semua kekeliruan mu pada Nya. Sesungguhnya Dia Maha Melihat Maha Mendengar. Allah Maha Melihat setiap yang engkau lalui, tiap penat lelah tiap titis air mata mu. Allah Maha Mengetahui isi hati mu yang engkau sedang alami. Allah Maha Melihat betapa engkau berkali-kali mencuba bangkit, tapi jatuh kembali, engkau bangkit lagi, lalu jatuh lagi. Allah Mengetahui, betapa semua itu sungguh berat buat mu. Tapi ingatlah, ini semua tarbiyyah buat mu, untuk menjadikan engkau hamba Nya yang lebih baik. Dan tidak pernah Allah hadirkan ujian buat kita melebihi kemampuan kita.
Ok lah, aku x punya banyak masa untuk teruskan tulisan ini. Harus kembali pada penulisan thesis. Tolong doakan ya. Aku terjumpa lagu by Areef (Jika Rasa dan Sakit), keduanya menyimpulkan konflik yang ku alami saat ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana hadirkan rasa ini; rasa syukur pada nikmat hidup berTuhan, merasai Tuhanku sentiasa ada bersamaku. Jom jaga hati kita dan jaga rutin harian kita. Semoga sentiasa cenderung pada kebaikan dan istiqamah dalam amalan baik kita. Peringatan untuk diri yang sering lupa ini.
Ok lah, aku x punya banyak masa untuk teruskan tulisan ini. Harus kembali pada penulisan thesis. Tolong doakan ya. Aku terjumpa lagu by Areef (Jika Rasa dan Sakit), keduanya menyimpulkan konflik yang ku alami saat ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana hadirkan rasa ini; rasa syukur pada nikmat hidup berTuhan, merasai Tuhanku sentiasa ada bersamaku. Jom jaga hati kita dan jaga rutin harian kita. Semoga sentiasa cenderung pada kebaikan dan istiqamah dalam amalan baik kita. Peringatan untuk diri yang sering lupa ini.
Jika Rasa – Areef
Di saat tuhan titipkan rasa cinta,
Seringkaliku di kaburi janji manusia,
Aku terleka, terleka mengejar cinta,
Aku terlupa, terlupa pemberi cinta..
Di saat hati, hati ini bersedia,
Untuk kembali berpaling kepadanya,
Aku terjatuh, terjatuh ke lembah tangisan,
Aku menghitung, menghitung dosaku bagai,
Tiada harapan…
KORUS:
Jika rasa terlalu banyak ujian,
Jika rasa bagai tiada pilihan,
Jika rasa bagai mahu putus asa,
Ingatlah teman,
Kau sedang di sayang,
Kembalilah…
Zikir sujudku menemani tiap malamku,
Tangisan di iringi debaran jiwa raga,
Aku yang lemah, berpaut hanya padaMu,
Aku yang hina, layakkah aku ke syurga?
Apa maksud cinta di hatimu?
Apa maksud ikhlas di hatimu?
KORUS:
Jika rasa terlalu banyak ujian,
Jika rasa bagai tiada pilihan,
Jika rasa bagai mahu putus asa,
Ingatlah teman,
Kau sedang di sayang,
BRIDGE:
Ku mengeluh terus mengeluh,
Hatiku hancur dan luluh,
Semakin lama semakin jauh,
Hatiku hitam tak tersuluh,
Namun ku sedari,
Harapan masih utuh!
Jika rasa bagai tiada pilihan,
Jika rasa bagai mahu putus asa,
Jika rasa terlalu banyak ujian,
Ingatlah teman,
Kau sedang di sayang,
Kembalilah.
Sakit – Areef
Ku terjatuh lagi
Sekali sekali lagi
Ku diuji
Bagai tiada penghujung
Ku sakit ku pedih
Hakikat akhirnya ku temu
Jawapan hanyaMu
Ku terleka menjauh
dari RahmatMu
aku sakit
Ku kini menyedari
Ku diuji Illahi
Kerna dosa
ku sendiri
Ku bertaubat padaMu
Kembali air mata ku
Jatuh lagi
Hakikat akhirnya ku temu
Jawapan hanyaMu
hanyaMu
hanyaMu
Ku terleka menjauh
dari RahmatMu
aku sakit
Ku kini menyedari
Ku diuji Illahi
Kerna dosa
ku sendiri
Allhumma musorrifal qulub
Sorrif qulubana
(Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami)
Ku terleka menjauh
dari RahmatMu
aku sakit
Ku kini menyedari
Ku diuji Illahi
Kerna dosa
ku sendiri
Nur
Wallington
15:43


Comments
Post a Comment