Jalan Mujahadah
السلام عليكم Masa terus berlalu sama ada kita membangun seiring peredaran masa atau kita tertinggal di masa lalu, atau terperangkap di masa hadapan. Kebelakangan ini banyak membaca dan mendengar ilmu dari guru, Ustaz Pahrol, mencari pencerahan kepada persoalan-persoalan yang terbuku di hati. Antara intipati yang menarik, Ustaz bertanya, "Adakah di dunia ini, setiap hari kita bangun, menjalani kehidupan, kita benar hidup atau hidup-hidupan?". Hidup-hidupan tu contohnya tumbuhan, haiwan, dll. Hidup-hidupan ini hidup memenuhi keperluan asas makan minum untuk hidup, tidak mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas. Menjalani hidup yang sebenar bermakna kita ada matlamat yang jelas yang dituju. Setiap pagi bangun, setiap langkah diatur untuk mencapai misi dan visi hidup yang jelas. Minda telah tahu misi dan visi yang tepat dan jelas, cuma perlu usaha jadikan hati sepenuhnya mahu ke arah itu dan istiqamah. Selamat memulakan langkah mujahadah dalam landasan ini.