Posts

Showing posts from 2018

Hijrah Menjadi Insan Ber Tuhan

Image
Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah hari ini, setelah sekian lama, hati ini dihadirkan rasa untuk mengarang lagi. Tajuk yang aku pilih hari ini adalah ‘Hijrah’. Sebenarnya perkataan ‘Hijrah’ ini telah lama bermain dalam fikiran. Setiap kali tahun baru aku berazam untuk hijrah menjadi insan yang lebih baik. Dan setiap kali itu jugalah aku melihat hijrah aku tahun ini masih lagi tidak mencapai tahap seperti yang aku inginkan. Aku rasakan aku sudah sepenuh hati berazam untuk hijrah sepenuhnya, dimanakah silapnya? Adakah dalam pelaksanaan aku kurang disiplin atau adakah aku salah dalam memahami konsep hijrah itu sendiri, lantas langkah pelaksanaan yang aku ambil menyimpang dan menyukarkan hijrah itu. Aku melihat bagaimana artis boleh hijrah dengan baik sekali dan sangat istiqamah. Aku mula follow satu-satu artis ini, contohnya yang paling suka tengok, Erma Hasmie, Heliza Helmi, Diana Amir, Yat Hamzah, dan ramai lagi. Mereka boleh hijrah dan istiqamah kenapa tidak aku? Tahu...

Tuhanku

Image
Aku megatakan aku beriman padaNya, dan aku katakan aku cinta padaNya, tapi adakah aku kenal Tuhanku, yang Menciptakan aku dan yang Maha Mendengar setiap rintihan ku. Hakikatnya pada setiap langkah ku, dimana sahaja aku berpijak, pasti ku temui bukti kewujudan dan kekuasaanNya. Surah AlBaqarah. Ayat 164 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fiki...

Tentang 'DOA'

Image
Berkata Saidina Umar ra: 'Aku tidak risau adakah doaku dimakbulkan, tapi aku lebih risau bila aku berhenti berdoa.' Dengan berdoa, kita menjadi seorang yang sentiasa ada ' hope ' dan dengan itu kita akan jadi lebih ' positive '; kerana setiap urusan dan setiap kerisauan, kita sentiasa bergantung dan berharap pada Yang Maha Kuasa. Dengan berdoa, kita menunjukkan kebergantungan kita pada Allah SWT; bukti kita mencari Dia dan menzahirkan betapa kerdilnya dan lemahnya kita sebagai hambaNya. Seorang tabiin berkata: 'Aku tahu bila doa aku akan dimakbulkan. Doa aku akan makbul saat aku berdoa dengan air mata ku mengalir dan aku faham apa yang aku minta. Bukan ketika aku berdoa dalam keadaan hati yang lalai.' Petikan kuliah Fatimah Syarha - Doamu bukti kau mencari Dia 26/06/2018 CABI, UCL

Bersyukurkah Kita?

Image
Assalamualaikum WBT Hari ini telah genap 10 tahun aku hidup diperantauan meninggalkan bumi di bawah bayu. Sepanjang permusafiran ini, aku bertemu dengan pelbagai ragam manusia, melalui pelbagai episod kehidupan. Telah jauh perjalanan dari satu daerah ke daerah yg lain, dari satu negeri ke negeri yg lain, dan dari satu negara ke negara yg lain. Terima kasih Ya Rabbi telah memberi aku peluang melihat dan meneroka pelbagai sisi dunia ciptaanMu ini. Perjalanan yang semestinya penuh warna warni dan tiadalah yang lebih memahami apa yang aku lalui melainkan Engkau. Yang pasti, alhamdulillah, aku sungguh bersyukur, dalam ' roller coaster' kembara 10 tahun ini, saat ini aku sampai ke penghidupan yang penuh dengan limpahan nikmat dan kasih sayang Mu. Antara nikmat yang paling besar adalah bila Engkau dekatkan aku denganMu dan Engkau hadirkan insan-insan baik menemani perjalanan ini, mendorong aku untuk lebih dekat denganMu.   July 2018 - Norway Terima Kasih Ya Allah, Terim...

CERTAINTY

Assalamualaikum. Its Wednesday, mid of second week in the New Year 2018. During Christmas and New Year's holiday, I was thinking about what exactly I am looking for in my life? Why I am here? How I end up here? What after this? I am in my 17th month in this journey. Yet, I am still can't live my day to day peacefully. Instead, I keep thinking what have I done since the last 17 months? Recently, I came to a conclusion that I am lacking certainty in my heart, in my mind and in my action. Certainty means a firm conviction that something is the case. Certainty is the mental state of being without doubt. Certainty is a general air of confidence. And most importantly and sadly, I am lacking of certainty in what Allah SWT has planned for me. All of us have faith in Allah, the Angels, the Day of Judgment, but we lack the certainty in Allah SWT. Life is about making choices on what we should do and what we should not. It's our choice to choose to do good or bad things. W...