Bersyukurkah Kita?
Assalamualaikum WBT
Kali ini aku ingin memulakan tulisan dengan mengajak untuk kita sama-sama berfikir dan renungkan,
Aku akhiri penulisan ini dengan syair Imam As Shafi’i:
Hari ini telah genap 10 tahun aku hidup diperantauan meninggalkan bumi di bawah bayu. Sepanjang permusafiran ini, aku bertemu dengan pelbagai ragam manusia, melalui pelbagai episod kehidupan. Telah jauh perjalanan dari satu daerah ke daerah yg lain, dari satu negeri ke negeri yg lain, dan dari satu negara ke negara yg lain. Terima kasih Ya Rabbi telah memberi aku peluang melihat dan meneroka pelbagai sisi dunia ciptaanMu ini. Perjalanan yang semestinya penuh warna warni dan tiadalah yang lebih memahami apa yang aku lalui melainkan Engkau. Yang pasti, alhamdulillah, aku sungguh bersyukur, dalam 'roller coaster' kembara 10 tahun ini, saat ini aku sampai ke penghidupan yang penuh dengan limpahan nikmat dan kasih sayang Mu. Antara nikmat yang paling besar adalah bila Engkau dekatkan aku denganMu dan Engkau hadirkan insan-insan baik menemani perjalanan ini, mendorong aku untuk lebih dekat denganMu.
![]() |
| July 2018 - Norway |
Terima Kasih Ya Allah, Terima Kasih Tuhanku :) Terima kasih sentiasa bersamaku sepanjang 10 tahun permusafiran ini. Sessungguhnya pada Mu sebaik-baik tempat untuk mengadu dan sebaik-baik tempat untuk bergantung harap.
Kali ini aku ingin memulakan tulisan dengan mengajak untuk kita sama-sama berfikir dan renungkan,
Monolog seorang hamba:
''Aku sangat takut andai keluhanku
melebihi syukurku pada semua nikmat-Mu.
Sesungguhnya sampai ke akhir hayatku,
aku tidak akan mampu berterima kasih
atas semua nikmat pinjaman-Mu
yang aku kecapi hingga saat ini.
Bagaimana dengan nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan
tapi aku tidak ada pengetahuan tentangnya,
malah aku menzahirkan keluhan
saat aku seharusnya bersyukur?
Bagaimana nanti saat aku di tanya,
adakah aku bersyukur pada semua nikmat-Mu?
Bagaimana harus aku jawab dihadapanMu nanti?
Bersyukurkah aku? Cukupkah syukurku?''
melebihi syukurku pada semua nikmat-Mu.
Sesungguhnya sampai ke akhir hayatku,
aku tidak akan mampu berterima kasih
atas semua nikmat pinjaman-Mu
yang aku kecapi hingga saat ini.
Bagaimana dengan nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan
tapi aku tidak ada pengetahuan tentangnya,
malah aku menzahirkan keluhan
saat aku seharusnya bersyukur?
Bagaimana nanti saat aku di tanya,
adakah aku bersyukur pada semua nikmat-Mu?
Bagaimana harus aku jawab dihadapanMu nanti?
Bersyukurkah aku? Cukupkah syukurku?''
Rasa takut menusuk ke dalam hati, terasa betapa kerdilnya diri kita, betapa sombongnya kita melangkah di bumi ciptaanNya. Banyak kali dalam episod kehidupan ini, kita merasakan mustahil untuk dapat, tetapi dengan izinNya, kita mampu kecapi, telah banyak cabaran dan rintangan dalam hidup ini, Dia hadirkan kekuatan dan pertolongan melalui jalan yang tidak kita sangka-sangka. Itu semua adalah nikmat kurnianNya, dan itu cuma apa yang kita nampak setakat pengetahuan kita.
Bagaimana pula dengan pelbagai nikmat lagi yg kita tidak nampak dan tidak tahu sedangkan Dia sentiasa pelihara kita pada setiap langkah kita dan sentiasa beri apa yang kita pinta dariNya, sedang kita sendiri telah lupa apa yang kita pernah minta dariNya.
Bagaimana pula dengan saat bila mana kita sibuk mempersoalkan takdir, membanding-bandingkan nikmat yang diterima insan lain, sedangkan saat itu juga pelbagai nikmat Allah SWT hadirkan buat kita, tapi kita tutup mata hati kita untuk melihat nikmat itu bahkan kita sambut pula dengan keluhan. Betapa sombongnya diri ini, Ya Rabbi. Ampunkanlah hambaMu yang lemah ini, yang sering khilaf dalam menilai antara kaca dan permata.
Andai kita memahami konsep hidup bertuhan, andai kita menjalani hidup sebagai insan yang bertuhan, andai kita cukup yakin dan percaya, nescaya hilanglah segala keluhan.
Ajarkan kami untuk menjadi hamba yang berjalan di muka bumi ini dengan penuh rendah diri dan sentiasa berusaha dengan sebaiknya, sedaya upaya kami dek kerana terlalu banyaknya nikmat-Mu ini.
Sehingga akhir hayat ini, nescaya kita tidak akan pernah cukup berterima kasih dengan semua rezeki pemberianNya. Terasa 'overwhelming', Ya Allah, terlalu banyak nikmatMu, Alhamdulillah, tapi masih sedikit syukur kami dan bagaimana bila rasa takut ini hilang, adakah kami akan kembali kufur lagi pada nikmatMu?
Ya Rabb, di mana harus kami mulakan? Bagaimana kami harus zahirkan rasa syukur ini dan kekalkannya hingga sebati dalam hidup kami? Bagaimana kami harus sediakan jawapan ketika di tanya nanti, apa yang telah kami lakukan dan bagaimana kami uruskan nikmat-nikmat Mu pada kami?
Malam itu, selepas maghrib baca tafsir, terpana dengan ayat-ayatNya. Dia beri jawapan 'on the spot' pada persoalan yang bermain dalam fikiran.
Dalam Surah Al-Ma'arij, ayat 19-35, Allah SWT jelaskan:
( 19 ) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
( 20 ) Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
( 21 ) Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
( 22 ) Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
( 23 ) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
( 24 ) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
( 25 ) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
( 26 ) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
( 27 ) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
( 28 ) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
( 29 ) Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
( 30 ) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
( 31 ) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
( 32 ) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
( 33 ) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
( 34 ) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
( 35 ) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Kita sebagai hamba, memang tidak akan pernah cukup berterima kasih, apa yang kita boleh buat adalah cuba sedaya upaya untuk mentaati perintahNya dan berusaha menjadi hambaNya yang terbaik;
- Tetap menjaga solat
- Membahagikan harta pada orang yang kurang bernasib baik
- Percaya pada hari pembalasan dengan mengerjakan amal soleh
- Merasa takut dengan azabNya
- Menjaga kehormatan
- Menjaga amanah dan janji
- Berkata benar dan adil
Ya Allah, izinkan kami untuk sentiasa berada dalam lidunganMu Ya Rabbi, kekalkanlah hidayah dalam hati kami, kerana kami takut andai kami terlalai, kami takut saat kami tidak lagi sedar yang kami telah jauh dariMu.
Kena sentiasa bersyukur pada setiap nikmatNya; kadang nikmat datang dalam bentuk kemudahan, kadang nikmat datang dalam bentuk ujian. Keduanya harus kita syukuri. Bagaimana nak syukur? Zahirkanlah rasa syukur melalui perkataan 'Alhamdulillah' dan melalui perbuatan 'berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik dan urusan nikmatNya dengan baik'.
Kena sentiasa bersyukur pada setiap nikmatNya; kadang nikmat datang dalam bentuk kemudahan, kadang nikmat datang dalam bentuk ujian. Keduanya harus kita syukuri. Bagaimana nak syukur? Zahirkanlah rasa syukur melalui perkataan 'Alhamdulillah' dan melalui perbuatan 'berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik dan urusan nikmatNya dengan baik'.
Aku akhiri penulisan ini dengan syair Imam As Shafi’i:
Tidak akan terus berehat hanya pada satu tempat bagi yang empunya akal dan adab. Maka tinggalkan watan dan berkelanalah.
Bermusafirlah, nescaya engkau akan mendapat ganti siapa yang engkau tinggalkan. Berpenatlah, kerana kelazatan hidup itu ada pada kepenatan.
Daku melihat bertakungnya air itu merosakkannya. Jika ia mengalir maka ia elok, jika tidak ia rosak.
Singa itu jika tidak meninggalkan tempatnya tidak akan buas. Anak panah pula jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengenai sasaran.
East Finchley, London
Tahun ke-10 di perantauan
01/08/2018
12:59

😍
ReplyDelete