Tentang 'DOA'


Berkata Saidina Umar ra:

'Aku tidak risau adakah doaku dimakbulkan, tapi aku lebih risau bila aku berhenti berdoa.'


Dengan berdoa, kita menjadi seorang yang sentiasa ada 'hope' dan dengan itu kita akan jadi lebih 'positive'; kerana setiap urusan dan setiap kerisauan, kita sentiasa bergantung dan berharap pada Yang Maha Kuasa.

Dengan berdoa, kita menunjukkan kebergantungan kita pada Allah SWT; bukti kita mencari Dia dan menzahirkan betapa kerdilnya dan lemahnya kita sebagai hambaNya.

Seorang tabiin berkata:

'Aku tahu bila doa aku akan dimakbulkan. Doa aku akan makbul saat aku berdoa dengan air mata ku mengalir dan aku faham apa yang aku minta. Bukan ketika aku berdoa dalam keadaan hati yang lalai.'




Petikan kuliah Fatimah Syarha - Doamu bukti kau mencari Dia


26/06/2018
CABI, UCL

Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013