Tuhanku
Aku megatakan aku beriman padaNya, dan aku katakan aku cinta padaNya, tapi adakah aku kenal Tuhanku, yang Menciptakan aku dan yang Maha Mendengar setiap rintihan ku.
Hakikatnya pada setiap langkah ku, dimana sahaja aku berpijak, pasti ku temui bukti kewujudan dan kekuasaanNya.
Surah AlBaqarah. Ayat 164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
| Norway - July 2018 |
Suatu pagi, imam membaca ayat-ayat yg kedengaran begitu syahdu ketika solat Subuh. Saya tidak memahaminya, tetapi seorang jemaah kedengaran tersedu-sedu menahan sebak.
Selesai solat, saya bertanya, surah apa yg dibaca tadi?
“Tuhan yang menciptakan daku (daripada tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
“Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, dan apabila aku sakit, maka Dialah yg menyembuhkan penyakitku; dan (Dialah) mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; dan (Dialah) yg aku harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yg soleh; dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yg datang kemudian;
“Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yg mewarisi Syurga al-Naim; dan ampunkanlah bagi bapaku, sesungguhnya dia adalah daripada orang-orang yg sesat; dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula;
“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yg datang menghadap Allah dengan hati yg selamat sejahtera (drp syirik dan penyakit munafik);
“Dan pada hari itu didekatkan syurga bagi orang-orang yg bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata bagi orang-orang yg sesat.”
[Terjemahan Surah Asy-Syu’ara’ 26: 78-91]
Kisah Nabi Ibrahim menerangkan siapa Tuhan baginda kepada kaumnya.
~Petikan buku Bila Hati Berkata Biar Hati Terasa, Bonda Nor & MKI~
Comments
Post a Comment