Posts

Showing posts from February, 2019

Refleksi Tahun Ke-2 Kembara PhD

Image
August 16, 2017 (real date) Assalamulaikum WBT Nur Hayati Jasmin.. Seperti namanya, semoga dia terus bersinar menerangi hidupnya dan insan sekelilingnya. Sudah hampir setahun kita mulakan perjalanan PhD ini. Ingat lagi x dulu, susahnya nak habiskan master? Masa tu macam dah xnak sambung belajar dah. Rasa macam dah x boleh dah nak carry-on Cardiac MRI, way too difficult! But then ko istikharah berbulan-bulan lamanya, dan satu per satu peluang terbuka, meski pun saat itu hati masih belum sepenuh hati untuk sambung belajar lagi. Then, engkau teruskan usaha sampailah akhirnya engkau buat keputusan untuk sambung belajar di UCL, pre-clinical study. Jumpa Laurence, jumpa Tom, Daniel, Bernard, Jack & Mark, they are all good people. Walaupun masa tu ko xda scholarship lagi, tapi ko tetap yakin Allah SWT akan buka rezeki dan tunjukkan jalan ke arah itu. Akhirnya, sebelum ko tamat pengajian master, ko dah dapat offer dari UniSZA, full scholarship untuk sambung PhD 4 tahun dan dapat jadi...

Refleksi Tahun Ke-3 Kembara PhD

Image
Assalamualaikum WBT… Hari ni terpanggil untuk baca semula post2 blog lama, 6 tahun yang lepas. Aku suka baca tulisan2 lama, zaman muda mudi, lebih-lebih lagi bila hati dan fikiran tengah bercelaru atau tengah hilang arah seketika. Yang menariknya bila baca semula tulisan yang lalu, ketika aku berumur 23/24 tahun, terasa ‘ oh, is that me? Is that how I was? ’. Ia mengingatkan aku kembali siapa aku? apa impian ku, dan apa prinsip ku?  Sekarang alhamdulillah aku sudah pun melangkah ke tahun ketiga dalam perjalanan PhD ku, hanya berbaki 6 bulan dan genaplah 3 tahun aku di medan ini. Geli hati dan dalam masa yang sama kagum bila baca post semasa aku tengah membina semangat sebelum memulakan perjalanan PhD ini. Terserlah personaliti ku yang selalu ‘ overthingking ’ dan kompleks. Dulu sangat susah untuk aku atasi perangai ku yang satu ini. Namun, alhamdulillah, sekarang aku lebih berlapang dada dengan perangai ni. Aku memilih untuk memandangnya dari perspektif yang lebih positif dan m...

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013

Image
Dalam kenangan, 23 year old me, semoga sentiasa menjadi inspirasi buatku..  Teks biaodata dalam buku Majlis Konvokesyen UiTM ~Penerima Anugerah Pelajaran Di Raja (Pingat Jaya Cemerlang)~ Royal Education Award (Medal of Excellence) Majlis santapan bersama YDPA selepas Majlis KOnvokesyen Nur Hayati Binti Jasmin merupakan anak kelahiran Sabah yang dilahirkan pada 26 April 1990 di Lahad Datu. Beliau di besarkan di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah. Sejak kecil lagi beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan penyelidik dalam bidang yang beliau ceburi kelak. Kini, anak keempat daripada lima beradik kepada pasangan peneroka Felda, Haji Jasmin Bin Haji Jasman dan Hajah Aminah Bt Haji Sinring itu merupakan seorang pensyarah di Kolej MAHSA, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sahabat 16, Lahad Datu yang kemudian menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah. ...

Saat Fatwa Hati Bebisik dan Minda Ber Sangka-sangka

Image
Assalamualaikum WBT.. Alhamdulillah, Allah SWT beri keberkatan masa untuk duduk berfikir dan refleksi diri, semoga pada setiap hari yang baru, fikrah kita juga diperbaharui kearah yang lebih baik and wiser, InshaaAllah. Seorang insan hebat mengajak aku berfikir tentang soul and mind, hati dan minda, dua entiti yang sukar di fahami dan sukar di kawal, dan hingga ke saat ini masih tidak kita temui bukti secara saintifik atau penjelasan logik yang jelas apakah yang mengawal hati dan minda. And I also have been struggling to align my heart with my mind and use then to help shape my actions wiser each day.  Hence, the title: 'Saat Fatwa Hati Bebisik dan Minda ber Sangka-sangka' Hati mengawal Minda atau Minda mengawal Hati? Nak mulakan tulisan kali ni dengan sebuah lagu dari Nowseeheart 'Fatwa Hati' Fatwa Hati Di saat langkah kebingungan Semua berkabus kesangsian Tekad meraih keputusan Sehingga terhapus keraguan Hati kan berdetik Beri gamba...