Refleksi Tahun Ke-2 Kembara PhD

August 16, 2017 (real date)

Assalamulaikum WBT Nur Hayati Jasmin.. Seperti namanya, semoga dia terus bersinar menerangi hidupnya dan insan sekelilingnya. Sudah hampir setahun kita mulakan perjalanan PhD ini. Ingat lagi x dulu, susahnya nak habiskan master? Masa tu macam dah xnak sambung belajar dah. Rasa macam dah x boleh dah nak carry-on Cardiac MRI, way too difficult! But then ko istikharah berbulan-bulan lamanya, dan satu per satu peluang terbuka, meski pun saat itu hati masih belum sepenuh hati untuk sambung belajar lagi.

Then, engkau teruskan usaha sampailah akhirnya engkau buat keputusan untuk sambung belajar di UCL, pre-clinical study. Jumpa Laurence, jumpa Tom, Daniel, Bernard, Jack & Mark, they are all good people. Walaupun masa tu ko xda scholarship lagi, tapi ko tetap yakin Allah SWT akan buka rezeki dan tunjukkan jalan ke arah itu.

Akhirnya, sebelum ko tamat pengajian master, ko dah dapat offer dari UniSZA, full scholarship untuk sambung PhD 4 tahun dan dapat jadi felo UniSZA. Masa in bulan Ogos 2015. Maka nikmat Tuhan mu yang mana kau dustakan?


Snowdonia, Wales, UK - July 2017

Masa tu ko mula kenal dengan future SV PhD, dia sungguh baik, siap tolong ko prepare viva master dan buat proposal PhD. Then, ko tamat belajar dan balik Malaysia. Alhamdulillah sekali lagi ko dapat keputusan yang cemerlang master ‘distinction’. Semua rezeki kurnia Allah SWT dengan usahamu yang x kenal erti putus asa. Maka nikmat Tuhan mu yang mana yang kau dustakan?

Konvokesyen Master, May 2017

Ya, memang takut untuk masuk semula area/field Cardiac MRI ni…
Ya, mungkin kita telah underestimate their level of difficulties…
Ya, sekarang memang x nampak jalan lagi, tapi…

Ingatlah, jalan inikan ilham dari Allah SWT?
Ingatlah, jalan inikan jawapan kepada istikharah mu?
Ingatlah, Allah SWT Maha Berkuasa atas segala sesuatu yang ada dia atas muka bumi ini?

Jadi…

Apa yang perlu dirisaukan? Allah SWT kan ada bersama kita?

Ingat lagi x, masa semuanya hampir terkubur?
Bila mana nak naik umrah terasa ragu x pasti…
Bila mana offer letter UniSZA lambat kau terima? 
Bila mana KPT SLAB/SLAI pending?
Bila mana BYDPA seakan sukar di capai?
Namun menaiki umrah selalu ada dalam doamu, 
sambung PhD selalu dalam doamu, dan 
hajat untuk dapat BYDPA ko sematkan jauh dalam lubuk hatimu…

Tidakkah ko saksikan... 
satu-satu doa dan hajatmu Allah SWT makbulkan?
Meski bagimu semua itu hampir mustahil, 
meski semua insan di sisimu meragui, 
Allah SWT tetap tunaikan pada waktu yang terbaik.

Engkau tanya mengapa lambat? 
Tidakkah kau rasa manisnya pergantungan pada Allah SWT? 
Saat penantian itu adalah saat di mana engkau paling hampir dengan Pencipta mu, 
di saat itu engkau temui dirimu semula.

Sebelum engkau hancurkan semua nikmat ini,
Sebelum engkau siakan semua peluang dan masa yang ada ini,
Sebelum semua menjadi terlalu lewat,
Bangkit wahai Cahaya Hidupku, 
Kumpulkan semula kekuatanmu,
Cari semula dirimu yang hilang,
Mulakan dari saat ini, jangan bertangguh lagi!

Walau sebesar mana halangan,
Walau sesukar mana,
Walau selelah mana,
Harus jangan berputus asa,
Jangan lari dari cabaran, 
But ‘Act Now!’

Tidaklah Allah SWT timpakan sesuatu keatas hambaNya,
melebihi dari kemampuan hambaNya.
Jom, kita boleh sempurnakan perjuangan ini. 
Better now or never!
Jangan putus asa, usaha lagi, ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu,
Pasti Allah SWT akan bantu…
Jom aktifkan ‘long term fight mode + istiqamah’
Dengan lafaz bismillah…mari teruskan langkah.


Nur
CABI
16/08/2017

Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013