Saat Fatwa Hati Bebisik dan Minda Ber Sangka-sangka

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, Allah SWT beri keberkatan masa untuk duduk berfikir dan refleksi diri, semoga pada setiap hari yang baru, fikrah kita juga diperbaharui kearah yang lebih baik and wiser, InshaaAllah.

Seorang insan hebat mengajak aku berfikir tentang soul and mind, hati dan minda, dua entiti yang sukar di fahami dan sukar di kawal, dan hingga ke saat ini masih tidak kita temui bukti secara saintifik atau penjelasan logik yang jelas apakah yang mengawal hati dan minda. And I also have been struggling to align my heart with my mind and use then to help shape my actions wiser each day. 

Hence, the title:

'Saat Fatwa Hati Bebisik dan Minda ber Sangka-sangka'
Hati mengawal Minda atau Minda mengawal Hati?



Nak mulakan tulisan kali ni dengan sebuah lagu dari Nowseeheart 'Fatwa Hati'


Fatwa Hati

Di saat langkah kebingungan
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan
Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan
Fatwa hati.

Di saat langkah kebingungan
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan
Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan
Pintalah fatwa dari hatimu
Bersama dijujungan
Huu. fatwa hati.


Hati

Yang jelas, hati ini milik Allah SWT, Dia Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati ini dan Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui segala isi hati ini. Nescaya kita diajarkan untuk selalu berdoa semoga Allah SWT tetapkan hati kita pada agamaNya sehingga sampai saat kita kembali padaNya.

Doa dibawah ini adalah doa yang boleh dibaca semoga hati kita (qalbu) tetap tegar dan istiqamah diatas agama yang benar.


يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik’

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR> Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525,
Lihat Sholih Sunan Tirmidzi III No. 2792)


يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك

‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta’atik’

Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu” (HR.Muslim, No. 2654)


اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

‘Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho’atika’

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim).


Unik sungguh Allah SWT ciptakan hati ini. Semakin lama aku menjalani hidup ini, semakin aku kagumi keindahan ciptaan yang satu ini. Kerana aku seorang yang sangat suka berfikir (well sometimes or maybe often overthingking) dan mencari makna dalam setiap kejadian, aku dapati, saat diri terasa lemah tidak berdaya, hati ini jugalah yang menyuntikkan kekuatan untuk tetap teguh dalam perjuangan. Saat aku sudah tidak tahu lagi ke arah mana harus aku langkahkan kaki ini, gerakan hati inilah yang sering menyelematkan, membisikkan jawapan-jawapan pada setiap kebingungan. 

Apabila kita mendapati diri kita seolah bersendirian berada di tengah lautan yang luas, fitrah hati kita untuk mengadu dan bergantung pada sesuatu, saat itu lah kita akan bergantung dan berharap hanya pada Allah SWT Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala isi hati kita. Kita tersedar akan hakikat, tiadalah yang lebih memahami apa yang kita lalui melainkan Allah SWT, Dia Maha Mengetahui tiap jatuh dan bangun kita, dan saat kita tersungkur, Allah SWT Melihat betapa kita berusaha untuk bangkit semula. Kita tersedar, Dia lah sebaik-baik tempat mengadu, sebaik-baik tempat bergantung harap, dan sebaik-baik penolong. 

Maka, setiap kali kita masuk ke alam keresahan dan kebingungan, mengadulah padaNya dalam tahajud dan mintalah petunjuk dariNya dalam istikharah. Nescaya akan kita temui ketenangan dan jalan keluar dari kebingungan itu.

Maka saat keresahan dan kebingungan datang menyapa, aku akan tetap sabar menanti bisikan fatwa hati ini. Kerana di sana ada sumber kekuatan dan jawapan. Semoga aku akan sentiasa bertemu ketenangan dan jawapan yang dicari. 

Hadis ke-27 
(Sumber: Hadis 40 Imam An-Nawawi)

ن النواس بن سمعان t عن النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك )) حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. 

Hadis riwayat al-lmam Muslim. 

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.


Setelah membaca hadis-hadis diatas, aku semakin kagum dengan penciptaan hati ini.  Hebat sungguh, tidak tercapai akal ini. Aku selalu mencari dimanakah letaknya hati ini dalam diri?  Aku ingin berkenalan dengannya. Teringat sebuah hadis Nabi SAW:

“Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati” 

(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).


Aku merupakan seorang pengkaji bidang jantung, dan pendapat peribadi ku, aku melihat jantung (heart) seakan-akan kembar kepada hati. Ibaratnya, jantung adalah jasadnya dan hati adalah rohnya. Kerana jantunglah yang menyalurkan darah keseluruh anggota badan kita, yang membawa sumber nutrien untuk organ-organ lain dalam badan menjalankan fungsinya, termasuklah otak kita. Jika jantung rosak maka akan turut terganggu organ-organ yang lain, dan jika terhenti jantung ini berdegup maka terhentilah semuanya. Penciptaan jantung ini juga sangat unik dan kompleks. Dia punya sistemnya sendiri yang diluar daripada kawalan otak kita, sedangkan anggota atau organ lain dibawah kawalan otak ini (tolong betulkan jika salah). Samalah seperti hati, jika baik hati ini, maka baiklah seluruh akhlak kita. Sekali lagi, ini cumalah pendapat peribadi. Dan ini adalah antara sebab utama aku memulakan journey PhD dalam bidang ini untuk mengkaji dan memahami lebih lanjut tentang hati dan jantung (soul & heart).

Semakin aku pelajari tentang jantung (heart), semakin aku kagum dengan kekuasaan Allah SWT, sebagaimana aku kagum dengan sifat hati, ciptaanNya ini sangat hebat. Subhaanallah. 

Selalu x rasa, bila sakit hati, bila berdebar takutkan sesuatu, terasa sakit dan terasa degupan di dada/jantung? Pernah x terfikir bagaimana dua ini selari? Kaitan antara perasaan hati dengan fungsi jantung?

Itulah sedikit sebanyak tentang hati (soul) dan sedikit kaitannya dengan jantung (heart). 

Oklah, cukup setakat itu dulu tentang hati (soul). Aku ingin luahkan tentang minda (mind) pula. Kerana aku fikir, dua makhluk ini saling berkait dan adalah antara elemen penting dalam pembentukan diri kita, at least in my self-betterment journey. Jutseru aku terpanggil untuk mengkaji lebih dalam tentangnya.

Minda mengawal hati atau hati mengawal minda? Dan bagaimana harus kita menguruskan kedua-duanya? Inilah persoalan sedang bermain dalam diri.


Minda

Minda (mind) tentunya tidak sama dengan otak (brain). Otak adalah strukturnya/jasadnya dan minda (mind) adalah rohnya. Cara kita menjaga otak dan minda berbeza. Jika kita ingin memastikan otak kita sentiasa sihat, ada cara-caranya dari sudut medikal. Dan jika kita ingin memstikan minda kita sentiasa sihat (mental health), juga ada cara-caranya dari sudut medikal (psikologi) dan spritiual. Oh, I am getting confuse now, susahnya memahami dua elemen ini. Secara peribadi aku cendurung untuk melihat minda dari perspektif spiritual dan melihat otak dari sudut sains atau medikal. Yang pastinya kedua-duanya (mind and brain) saling berkait.

I am not going to talk about Brain, though I have started to ponder about brain recently since I have been listening to my colleagues talking about it, it's an amazing organ too. But, I am more interested to talk about mind from spiritual perspective and I will leave it to psychologist out there to talk about it from psychological/medical view.

Aku ingin bawa sebuah hadis yang membuatkan aku berfikir tentang 'the power of mind' dan kaitannya dengan kepercayaan kita sebagai insan ber-Tuhan.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، قَالَ : (( يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي ، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي ، وَإِنْ ذَكَرنِي فِي مَلَأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ )) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).” (Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675]

~to be continued...

13.04.2019

After two months, I have been pondering about this topic, I dived into my heart and mind deeper and talk to other people in the hope to find resolutions on this.

I am not going to claim that this is exactly how our heart (soul) and mind works, this is solely my personal view based on my personal experiences and research.

~to be continued (berat sungguh topic ni, and I am still exploring..)



Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013