Refleksi Tahun Ke-3 Kembara PhD
Assalamualaikum WBT…
Hari ni terpanggil untuk baca semula post2 blog lama, 6 tahun yang lepas. Aku suka baca tulisan2 lama, zaman muda mudi, lebih-lebih lagi bila hati dan fikiran tengah bercelaru atau tengah hilang arah seketika. Yang menariknya bila baca semula tulisan yang lalu, ketika aku berumur 23/24 tahun, terasa ‘oh, is that me? Is that how I was?’. Ia mengingatkan aku kembali siapa aku? apa impian ku, dan apa prinsip ku?
Sekarang alhamdulillah aku sudah pun melangkah ke tahun ketiga dalam perjalanan PhD ku, hanya berbaki 6 bulan dan genaplah 3 tahun aku di medan ini. Geli hati dan dalam masa yang sama kagum bila baca post semasa aku tengah membina semangat sebelum memulakan perjalanan PhD ini. Terserlah personaliti ku yang selalu ‘overthingking’ dan kompleks. Dulu sangat susah untuk aku atasi perangai ku yang satu ini. Namun, alhamdulillah, sekarang aku lebih berlapang dada dengan perangai ni. Aku memilih untuk memandangnya dari perspektif yang lebih positif dan menggunakannya sebagai senjata untuk kebaikan diri. Bagaimana? Nanti lah saya ulaskan. Sekarang nak cerita pasal perjalanan PhD dulu.
Hmm…aku dapati banyak sangat perubahan berlaku dalam diri dalam tempoh 2 tahun 6 bulan ini. Alhamdulillah, dan InshaaAllah kearah yang lebih baik. Teringat the old me yang penuh dengan kerisauan, penuh dengan perfectionism, unrealistic expectations dan a bit rigid when it comes to work-related issue. Sifat-sifat ini lah yang menjadikan aku cepat stress dan kurang keyakinan diri. I attended few workshops (Managing stress, Mentoring, and etc..) to help understand the situation and how should I manage it better? All those workshops were really helpful. Yang penting kita kena sedar yang kita sedang stress dan kita kena segera cari jalan keluar. Sebenarnya ramai orang di luar sana sedia membantu kita, kita cuma perlu buka hati dan benarkan diri di bantu.

And now for my self-betterment, I have started reading this book by Tariq Ramadhan. Dengan mengahayati sirah Nabi SAW, kita akan lebih kuat menghadapi cabaran dalam hidup ini. Sangat banyak membantu.
![]() |
| Mr. Cactus ni teman saya kat office dan buku ni skg jadi teman saya dalam tube pergi balik office:) |
Sepanjang tempoh 2 tahun setengah ni, alhamdulillah, Allah SWT sentiasa hadirkan insan-insan silih berganti di samping ku, bersesuaian sengan keadaan semasa untuk membantuku melalui saat-saat mencabar dalam hidup ini. X pernah Allah SWT biarkan hambaNya yang bergantung padaNya sendirian. Dan tidak pula dihadirkan sesuatu ujian buat hambaNya melebihi kemampuannya.
...
Allah SWT tidak menjanjikan dunia ini mudah, tapi Allah SWT janji akan sentiasa ada bersama kita dan membantu kita melaluinya.
![]() |
| Nov 2018: Serabut sungguh masa ni, berhujung minggu di office. Alhamdulillah sahabat baik saya ni datang bawa dinner to help cheer me up :) |
Alhamdulillah, sekarang aku telah hampir memasuki fasa penulisan, aku perlukan sebulan dua lagi untuk habiskan proses pengumpulan data dan analisis. April ni InshaaAllah aku ingin mulakan dan tumpukan hanya pada penulisan. InshaaAllah nak submit Oct dan viva hujung tahun ni. Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini. X sangka kan, kita dah hampir ke penghujung. Telah banyak cabaran kita telah berjaya lalui.
Dan tahun ni alhamdulillah, Allah SWT hadiahkan aku sesuatu yang aku xpernah sangka aku mampu kecapi. Yang dulunya aku lihat sangat mustahil. Tapi sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah SWT. My abstract has been accepted for oral presentation at ISMRM Canada, konferens yang paling aku takut nk present ;) Alhamdulillah. 1 mission accomplished. Now, I need to focus on finishing my data collection and analysis and writing for publication. I must submit one paper before I start my thesis writing. And InshaaAllah second paper after I submitted my thesis, while waiting for my viva date. InshaaAllah, Ya Allah permudahkanlah. Rezekikan aku untuk tamatkan pengajian hujung tahun ini.
InshaaAllah, aku akan cuba yang terbaik. Ya Allah bantulah aku untuk uruskan masaku sebaiknya dan kurniakan lah kepadaku keberkatan masa. Kerana aku ada misi besar yang harus aku mulakan usaha kearahnya, yang perlukan perhatian penuhku. Untuk itu, aku kena lunaskan tugasku di kota London ini secepat mungkin. Bantu aku Ya Allah, berkati setiap langkah ini, dan jadikanlah usahaku ini sebagai ibadah di sisiMu. Semoga Engkau redha.
Dan saat ini, aku sedar, satu hakikat yang utama dan yang sangat membantu aku untuk sentiasa positif dan terus berusaha dalam journey PhD ini adalah keyakinan pada Allah SWT, dalam apa jua keadaan. Tetap kembali mengadu dan meminta dariNya setiap kali keresahan datang menyapa. Setiap kali berhadapan sesuatu yang kita rasakan kita xcukup keyakinan dan kemampuan, mintalah pada Yang Maha Berkuasa dan Maha Kuat. Allah SWT Maha Pemurah pasti akan perkenankan andai itu yang terbaik untukmu. Harus yakin pada hakikat ini. Mungkin x nampak sekarang tapi akan datang pasti engkau akan temui 1000 hikmah dalam pergantungan dan tawakal mu pada Yang Maha Esa. Harus tanamkan fikrah ini dalam diri. Maka engkau akan dapati hidupmu kembali terarah, ketenangan meresap ke dalam jiwa, dan fikiran mu lebih optimist. Engkau akan lihat tiada yang mustahil untuk kau capai, dan setiap permasalahan ada jalan keluarnya.
Kita sering kali terleka dalam menilai dan merebut peluang yang terbentang di depan mata dek kerana asyik mengira-mengira rungutan pada sesuatu yang bukan milik kita. Sedangkan di hadapan kita terbentang luas peluang-peluang yang lebih baik buat kita. Adalah lebih baik kita mengira-mengira nikmat yang telah kita kecapi, semoga kita sentiasa beringat untuk bersyukur dan terus mencuba yang terbaik dengan apa yang ada di genggaman. Harus yakin, selagi kita berusaha, pasti Allah SWT akan bagi ganjaran yang setimpal usaha kita. Jangan runsing tentang masa hadapan kita, tapi risaulah apa yang sedang ada di gengaggaman kita, tapi kita x mampu usahkan dan syukuri sebaiknya. Semoga kita terpelihara dari menjadi hamba yang kufur nikmat dan semoga kita akan kecapi kejayaan di dunia dan akhirat.
Tolong doakan pengakhiran perjalanan PhD ini akan baik-baik sahaja, lulus cemerlang, hujung tahun ini, InshaaAllah. Terima kasih Tuhan. Terima kasih semua.
Nur
CABI
12/02/2019
![]() |
| Jan 2019: My new desk, semoga semangat nak masuk fasa penulisan 2 bulan lagi :) |

| Jan 2019: Tengah usaha habiskan data collection by Mac ni, InshaaAllah |
![]() |
| Feb 2019: Pre clinical MRI 9.4T |
Nur
CABI
12/02/2019

Comments
Post a Comment