Posts

Showing posts from 2022

Jalan Mujahadah

Image
  السلام عليكم Masa terus berlalu sama ada kita membangun seiring peredaran masa atau kita tertinggal di masa lalu, atau terperangkap di masa hadapan. Kebelakangan ini banyak membaca dan mendengar ilmu dari guru, Ustaz Pahrol, mencari pencerahan kepada persoalan-persoalan yang terbuku di hati. Antara intipati yang menarik, Ustaz bertanya, "Adakah di dunia ini, setiap hari kita bangun, menjalani kehidupan, kita benar hidup atau hidup-hidupan?". Hidup-hidupan tu contohnya tumbuhan, haiwan, dll. Hidup-hidupan ini hidup memenuhi keperluan asas makan minum untuk hidup, tidak mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas. Menjalani hidup yang sebenar bermakna kita ada matlamat yang jelas yang dituju. Setiap pagi bangun, setiap langkah diatur untuk mencapai misi dan visi hidup yang jelas. Minda telah tahu misi dan visi yang tepat dan jelas, cuma perlu usaha jadikan hati sepenuhnya mahu ke arah itu dan istiqamah. Selamat memulakan langkah mujahadah dalam landasan ini. 

Hati + Minda = Kehidupan

Image
Assalamualaikum WBT. Selamat Hari Raya Aidiladha. Sudah tiga tahun berlalu, perginya seorang insan yang banyak membentuk diri sewaktu di bumi London ( Uncle, Atuk, and Greatest Teacher ), saat pemergiannya di Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha menyimpan sebuah memori yang membawa diri sentiasa ingat kembali asal usul, perkara yang utama dan hakikat sebenar kehidupan. I decided to follow my heart doing what feels right at that moment, puting aside other things for awile , antara keputusan yang terbaik sepanjang hidup ini. Alhamdulillah. Teringat moment bersama rakan-rakan lain dan arwah hampir sebulan dalam wad, berjaga semalaman dalam wad, menyantuni rakan dan keluarga arwah yang datang melawat, seribu satu pengajaran buat diri.  Melihat kehidupan arwah yang penuh makna, pengakhiran kehidupan yang damai, beliau meninggal di pagi hari setelah dikunjungi imam yang baru selesai memimpin solat Hari Raya Aidiladha di hospital UCL, buatkan saya terfikir,  Bagaimana pula pengakhiran...

Into The Heart of Life

Image
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, jari ini kembali berinteraksi merungkai rasa dalam hati, mentafsir fikiran di minda. Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hati, memujuk diri untuk kembali teguh pada jalannya. Bulan ini, genaplah sudah setahun memasuki alam pekerjaan. Alhamdulillah, pelbagai rasa hadir dalam mengemudi kehidupan baru ini.  Kini diri cuba masuk kembali ke masa itu, melihat dengan kaca mata berbeza, semoga berhasil mengutip hikmah tersirat yang tidak terfahami tika itu.  Dalam kehidupan ini, seperti pesan bonda Prof Muhaya, respon kita pada sesuatu yang hadir menentukan apakah hasil kehidupan kita, keadaan kita jalani kehidupan. Jika positif respon, maka InsyaAllah positif juga kehidupan kita, walau apapun peristiwa yang hadir. Hadam sifir kehidupan ini: Peristiwa + Respon = Hasil Kehidupan (Peristiwa +1) + (Respon +1) = Hidup Positif +2  (Peristiwa +1) + (Respon -1/-2) = 0/-1 Steady / Hidup Negatif  (Peristiwa -1) + (Respon +2) = Hidup Positif +1 ...