Hati + Minda = Kehidupan
Assalamualaikum WBT.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Sudah tiga tahun berlalu, perginya seorang insan yang banyak membentuk diri sewaktu di bumi London (Uncle, Atuk, and Greatest Teacher), saat pemergiannya di Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha menyimpan sebuah memori yang membawa diri sentiasa ingat kembali asal usul, perkara yang utama dan hakikat sebenar kehidupan. I decided to follow my heart doing what feels right at that moment, puting aside other things for awile, antara keputusan yang terbaik sepanjang hidup ini. Alhamdulillah. Teringat moment bersama rakan-rakan lain dan arwah hampir sebulan dalam wad, berjaga semalaman dalam wad, menyantuni rakan dan keluarga arwah yang datang melawat, seribu satu pengajaran buat diri.
Melihat kehidupan arwah yang penuh makna, pengakhiran kehidupan yang damai, beliau meninggal di pagi hari setelah dikunjungi imam yang baru selesai memimpin solat Hari Raya Aidiladha di hospital UCL, buatkan saya terfikir,
Bagaimana pula pengakhiran kehidupan aku nanti?
Mampukah aku melalui, mengemudi sebuah kehidupan yang baik
dengan pengakhiran yang baik?
Bagaimana memaknai kehidupan ini?
Kehidupan yang dijalani adalah cerminan keadaan hati dan minda. Keputusan dan pilihan dalam hidup adalah hasil dari bisikan hati yang suci dan tafsiran minda yang bijaksana. Memelihara hati dan minda menjadi asas utama dalam menjalani kehidupan.
Hati + Minda = Kehidupan
Damailah hidup ini,
bila hati basah menghadap-Nya menanti fajar,
bila hati berdamai dengan takdir,
bila hati memahami hikmah.
Bahagialah hidup ini,
bila minda ingat pada-Nya saat berdiri, duduk, dan baring,
bila minda mantadbir mengikut takdir,
bila minda acuan ulul albab.
Bermaknalah hidup ini,
bila hidup untuk mencari redha-Nya,
bila hidup dipandu pada paksi hamba dan khalifah,
bila hidup cara Islam sebenar.
Melaksanakannya...satu perjuangan sepanjang hidup, mujahadah yang hanya akan berakhir saat roh kembali menemui Penciptanya. Andai jatuh, bangun kembali, andai rebah bangkit kembali, andai hilang arah reset semula tujuan hidup. Yang utama, tetap jujur dengan hati, tetap berani berhadapan dengan hakikat dan realiti kehidupan walau terasa pahit dan peritnya, sungguh menelan pahit-perit itu lebih baik bagimu dari menidakkannya. Jika rasa pahit-perit, lazimi taubat, refleksi dan maafkan diri. Jika rasa manis, tingkatkan syukur. Pesan guru dan sahabat, kekuatan hadir dari solat dan tahajud di malam hari.
Jalan kehidupan setiap insan berbeza. Unik bertepatan dengan kelebihan dan kelemahan diri yang dalam tarbiyah. Maka lihatlah kedalam perjalanan kehidupan diri, pelajari hikmah dan atur strategi untuk terus kehadapan tanpa undur selangkah. Setiap yang datang berhikmah dan ada keberkatan dalamnya. Terus sucikan hati semoga menjadi cahaya penyuluh hidup dan asah minda menjadi ulul albab semoga bijak analisa baik dan buruk perkara. InsyaAllah selamat sejahtera perjalanan hidup ini menuju ke kehidupan yang abadi.
Dalam hidup, yang dinginkan, untuk hari ini lebih baik dari semalam, untuk diri ini jadi lebih baik dari semalam. 5 pesan Syeikh Omar Sulaiman yang perlu dilakukan setiap hari untuk mengubah hidup (5 Things You Should Do Everyday):
- Eliminate the poisons in your life that are not allowing you to change.
- An ounce of prevention is better than a pound of cure - don't go any further with the sin that it becomes a bad habit that can kill your du'a.
- Keep it simple Sunnah - find something small that you're capable to do and stick to it.
- Think progress, Islam is progressive - Don't think backward.
- On your way to becoming a good Muslim (Upgrade akhlak), do not become a crappy human being (jerk, disliked by others)
Untuk diriku, kehidupanmu, medan mu letaknya di bumi engkau berpijak saat ini. Pandang yang datang, sebagai yang terbaik untukmu dan yakini engkau mampu laluinya. Perbaharui niat dan Big WHY. Bulatkan hati, berdamai dengan takdir, tadbir ia dengan bijaksana dan hati yang merendah. Menjadi hamba yang lebih baik setiap hari. Memberi yang lebih baik setiap hari.
Katakan pada hati mari mulakan tindakan, mulakan sikit-sikit, mulakan dengan yang asas. Mula dengan baiki kualiti solat. Pesan Ustaz Pahrol "Untuk mengubah dunia, ubah manusia, untuk ubah manusia, ubah hatinya, untuk ubah hati, baiki solat" "Fikir dan belajar bagaimana aku hendak sempurnakan solat ku seperti solat Rasulullah SAW". Mula dengan baiki rutin hidup seharian - waktu solat, waktu tidur, waktu makan, waktu kerja, waktu bersukan, etc. Carilah dan hadirkan keberkatan masa dalam hidup. Ikuti pesan Syeikh Omar Sulaiman - 7 Ways to Increase Barakah in Time
- Be a morning person (after fajr) are blessed by Mohammad ﷺ ‘s Dua by the Mercy of Allah SWT
- Avoiding sins (implement taqwa [God consciousness])
- Spending time with family (starts with parents)
- Acts of gratitude (sadaqa is gratitude of wealth , volunteerism is the gratitude of time and health
- Daily recitation of Quran, specially Surah Baqarah
- Incorporate zikr (remembrance of Allah) in daily routine
- Keep the company of productive righteous people
Semoga berhasil hijrah sebenar yang diimpikan. Amiiiin.
Yang belajar sepanjang hayat,
Nur


Comments
Post a Comment