Penyucian Jiwa


Bagaimana membina Impian Ke Kota Mekkah dan Madinah???




Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya, saya diilhamkan untuk menulis kisah perjalanan menjadi tetamu Allah SWT selama 12 hari di Kota Mekkah dan Madinah. Hari ini 20 April 2016, 3.10pm berada di perpustakan Unisza sambil dengar lagu Heliza Helmi (Jom Zikir).

Kadang aku cakap kt diri sendiri, alhamdulillah, betul rupanya aku dah sampai ke tanah suci Mekkah dan Madinah. Bukan lagi dalam mimpi. Alhamdulillah nikmat rezeki terbesar Allah SWT kurniakan kepada aku dan kedua ibu bapaku. Saat ini hati dihimpit rasa yang rindu amat saat-saat berada di Mekkah dan Madinah. Dalam buku Prof Kamil, Prof cakap mengapa rasa rindu? Apa yang kita rindu? Sebenarnya rasa rindu pada ketenangan bila mana kita beribadah sepenuh hati, tanpa ada halangan kerja-kerja duniawi seperti selalunya kalau berada di Malaysia. Dan semestinya rindu melihat Kaabah, rindu berada hampir dengan Makan Rasulullah saw. Terdetik dalam hati, begini rupanya sarat rasa rindu yang ditanggung ibu dan ayah selama 18 tahun. Mak ayah menunaikan haji pada tahun 1998, sepanjang tempoh selepas menunaikan ibadah haji, sering ku dengar keluar kata dari ibu dan ayah menyatakan hasyrat betapa mereka ingin pergi lagi ke Mekah dan Madinah setiap kali melihat azan di TV terlihat Kaabah. Betapa masa itu hati ini sangat naif, tidak mengerti betapa besar hasyrat ibu dan ayah aku, sungguh lama masa aku amil untuk menunaikan hajat mulia itu. Alhamdulillah tahun ini 2016, tahun yang penuh berkat, dijemput Allah SWT menjejak kaki bersama kedua ibu dan ayah selama 12 hari bermula 15 hingga 26 Mac 2016 di Bumi Mekkah dan Madinah.

Ada sahabat bertanya, bila hadir hasyrat dalam diri terpanggil untuk menunaikan umrah? Sungguh semuanya rezeki dari Allah SWT. Bila ingat kembali rasanya niat tu bermula masa aku ingin sambung belajar master di UK. Aku kira-kira banyak elaun dapat, boleh simpan tuk pergi umrah dengan mak ayah. 

Masa study kt London, satu hari mak kol, mak ckp, mak cik2 yang lain tengah rancang nak naik umrah, kawan-kawan kampung pun ada baru balik dari umrah, drg cerita kat mak. Mak ckp "teringinnya nak pergi umrah" dengan nada yang sarat dengan rindu dan keinginan yang sangat mendalam. Masa ni, aku x beritahu lagi yang aku pasti akan bawa mak pergi umrah selepas aku selesai pengajian Master. Sebab masa ni xcukup bajet, bimbang akan memberi harapan palsu pada mak. Saat dengar luahan seorang ibu, mengalir air mata ini, sedih dengar, rasa terhiris hati. Kenapa aku masih xmampu nak tunaikan hajat seorang ibu yang telah banyak berkorban untuk aku. Duit elaun pertama masuk, aku kirim sejumlah wang cukup tuk kos seorang ke umrah, minta mak buka akaun tabung haji dan simpan duit tu. Kalau aku xdapat pegi pun xpalah, yg penting mak ayah dpt pergi dulu.

Pengajian master aku masa ni pun begitu mencabar. Alhamdulillah semua itu membawa aku lebih dekat pada Sang Pencipta, Tuhanku, Allah SWT. Hajatnya bila dapat habiskan master ni nanti nk reward diri. Sebabkan duit xbanyak mana, nk reward diri dengan handbag xmampu (sbb aku punya test handbag ni boleh tahan mahal,,hahaha), nk reward diri travel, tapi banyak kekangan masa dan perlu duit jugak. So, aku decide, kalau aku dapat distinction, sebagai hadiah, aku nak pergi menunaikan Umrah. Masa ni, nak dapat distinction macam impossible. Tapi aku letak je sebagai angan-angan dulu dan terus usaha. 

Sepanjang bulan Ramadhan, aku xputus2 berdoa semoga Allah bagi aku dapat Distinction dan dapat pergi Umrah Tahun 2016 bersama mak ayah. Aku pohon dengan sepenuh hati dan pengharapan. Alhamdulillah, berkat usaha doa dan dorongan rakan-rakan, aku berjaya dapat distinction. Dalam hati, wah, adakah aku dah selangkah untuk menjejak kaki ke Tanah Suci?? Aku percaya pada rezeki. Aku boleh buat. In shaa Allah, setiap dari kita ada bahagian rezeki masing-masing. Selagi niat kita baik dan untuk kedua ibubapa, Allah akan kurniakan rezeki dari sumber yang tidak kita sangka-sangka.

Oktober 2015 aku balik Malaysia, cadang nya mau umrah bulan 12, tapi masa ni clash plak, sbb aku perlu sambung belajar di

Perancangan Allah itu sungguh indah. Ingatlah apabila di uji, harus tetap sabar dan bersangka baik. Andai realiti hidup tidak seperti yang kita rancangkan, yakinlah Allah ada perancangan yang terbaik tersedia untuk kita. Cuma, kita ini hamba yang lemah dan tidak mengerti. Allah ada perancangan terbaik untuk kita. Sabar dan teruskan berdoa padaNya. Perancangan asal bulan 12, tapi ada kekangan xjadi, proses sambung belajar aku pun tertangguh ke bulan 4 yang pada awalnya bulan 1. Setiap yang berlaku seakan membuka jalan bagi aku untuk menunaikan umrah bersama mak ayah. Sebab, kalau aku fly awal, maybe aku xdapat join, mak ayah pergi dulu (sebenarnya saat tulis ni pun aku xpasti aku dapat fly ke x? hehe..sabar dan teruskan doa). Selepas lapor diri di Unisza, aku tekad, yes aku nak pergi umrah dengan mak ayah, perancangan awal hanya mak ayah sebab kekangan duit. Macam tu lah, bila kita ada niat baik seringkali rasa ragu dan was-was akan dibisikkan dalam diri. Lepas fikir panjang dan berbincang dengan orang yang rapat dengan saya, saya tekad terus pergi bayar agent umrah. Hehe. In shaa Allah, duit boleh cari, tapi penuhi hasyrat mak ayah itu kita xpasti. Kita xtahu umur kita sampai bila, kematian itu pasti. Tambah lagi bimbang juga mak ayah pergi sendiri, siapa nak jaga kt sana nanti? Lagipun mak sedih bila cakap saya xikut. Xsampai hati pula. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk tekad. Moral of the story, jangan tangguh-tangguh benda untuk buat benda baik. 

Macam tu lah sedikit sebanyak kisah aku sebelum sampai menjejak kaki ke Kota Mekkah dan Madinah. Hasyrat yang bermula pada awal tahun 2014, tertunai akhirnya pada Mac 2016. Penantian selama dua tahun juga rupanya. Tapi xsedar pun. Menuntut sabar yang tinggi, sentiasa bersangka baik, dan doa banyak-banyak pada Allah SWT. In shaa Allah pasti akan tercapai, Allah Maha Pemurah. Gambar di bawah ini, Feb 2015, hati tengah sangat sedih sebab tengah struggle dengan master project. Baru selesai solat, tenung sejadah yang dibeli dari Mekkah, melihat Kaabah pada sejadah ini, teringin sangat untuk sampai ke sana. Mendekatkan diri pada Allah SWT dan menziarahi makam Rasulullah SAW.



So, saya nk pesan pada sahabat-sahabat yang menyimpan hasyrat untuk menunaikan umrah atau bawa ak ayah pergi umrah dan haji, teruskan usaha, sabar dan teruskan doa. Allah pasti akan buka jalan dan pintu rezeki seluasnya melihat betapa hambaNya begitu bersungguh untuk menjadi tetamuNya, menjejak kaki di Kota Mekkah dan Madinah. Jangan takut bermimpi dan perlu yakin sepenuhnya yang hajat kita akan tercapai. Kalau saya dulu, saya doa specific, Ya Allah, kurniakan aku rezeki untuk bawa mak ayah pergi Umrah tahun hadapan (2016), hehehe. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan hamba. In sha Allah, niat yang baik, akan di permudahkan jalan.

Saya cadangkan beli buku ini (Nota dari Madinah) yang di tulis oleh Prof Kamil. Ia akan membuat kita rasa lebih bersungguh dan yakin dan semngat hendak ke sana. Sangat best and highly recommended. Saya doakan adik-beradik, ahli keluarga, semua rakan-rakan, warga pendidik saya, zuriat keturunan saya dan sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini di jemput Allah menjadi tetamu Nya tidak lama lagi. In shaa Allah. Semoga setiap umat Islam di atas muka bumi ini diberi kesempatan menjejak kaki ke Bumi Mekkah dan Madinah sebelum menghembuskan nafas terakhir di muka bumi. Sungguh, berada di Mekkah dan Madinah tidak tergambar nikmatnya, syahdunya, mensucikan jiwa, rasa terpimpin, tidak terungkap dengan kata-kata. Allah SWT telah memuliakan Kota Mekkah, sehingga hati setiap yang pernah berkunjung ke sana pasti akan rasa rindu ingin kembali lagi. Sedangkan yang masih belum pergi turut merasakan rindu yang dalam di hati untuk sampai ke sana. Subhanallah, besarnya kekuasaan Allah SWT.




Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013