Audit Respon
Semoga kita semua menjadi orang yang mencari solusi bukan tenggelam dalam masalah. Masalah bermula dari cara kita berfikir, maka betulkan cara kita berfikir dan persepsi kita dgn ilmu ugama dan berdoa mendapat hidayah. Masalah bertalu talu datang selagi kita tidak ubah diri dan hidup tidak akan berubah (Prof Muhaya).
~Nur~
Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.
Dunia Ini Terlalu Kecil Untuk Ditangisi. Menurut Allah SWT, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah SWT. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah berlebihan kerana hal dunia semata-mata?
Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.
Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.
~Nur~


Comments
Post a Comment