Life

Bismillahirrahmanirrahim..

Saat ni aku menulis setelah beberapa hari dan minggu yang penuh dengan dilema, pergolakan hati, perubahan emosi. Alhamdulillah, ALLAH begitu sayangkan hambaNya yang lemah ini. Acap kali diambang masalah, hilang panduan, ALLAH pasti akan hadirkan ilham dan petunjuk.

Pagi ini, meskipun teras berat membuka mata, terasa payah hendak bangkit menggalas tanggunggjawab sebagai hamba ALLAH dimuka bumi. Aku melangkah dengan fikiran yang masih penuh dan berat seperti sebelum ini. Tapi, alhamdulillah, hari ni terasa sedikit lapang dan ringan.

Aku tersedar tentang satu perkara pagi ini, dan aku merasakan perlunya untuk menulis hari ini. Bila mana kita berhadapan dengan pilihan, dilema, cemburu, ego, dan keinginan yang tinggi ingatlah kembali siapa dan apa yang kita mahu sebelum ini.

Ya, aku juga seorang yg tidak suka untuk menoleh kembali ke masa lalu, atau berfikir serius. Tapi adakalanya perlu dilakukan juga.

Saat ini benteng diri ku hampir saja roboh, ak hampir lemas dengan dunia dan kehidupan. Namun, ak teringat kembali tujuan asal, segala yang pernah ak lalui, dan matlamat hidup ini.

Matlamat jangka panjang:
1. Berubah menjadi muslimah sejati.
2. Bina kerjaya di Sabah.
3. Agar aku dapat berbakti dengan kedua ibu bapa.
4. Sambung pelajaran ke PhD.
5. Kumpul duit naik haji.
6. Membina keluarga

Matlamat jangka pendek:
1. Kumpul duit, berjimat.
2. Hadiri program agama dan majlis ilmu.
3. Jaga mak ayah.
4. Cari peluang kerja jangka panjang di Sabah - UMS (fellowship)
5. Apply for PhD dan Master - deadline feb
6. Amik IELTS - april
7. Apply biasiswa

Hidup ini adalah satu perjalanan untuk sampai ke kehidupan yang kekal di akhirat nanti. Hidup adalah tempat untuk bersusah payah mengumpul bekalan akhirat. Berbuat baiklah dengan sesiapa sahaja dan jangan lupa untuk berbuat baik pada diri sendiri juga.

Jalanilah kehidupan ini dengan sebaiknya, hiduplah dengan gembira, tenang, dan bersangka baik.

Senyumlah walau adakalanya hati sedang menangis, yakinlah walau ada ketikanya harapan kian rapuh, kuatlah meski tenagamu telah tiada, tabahlah dengan seribu ujian menghimpitmu.

Disaat kita merasa peritnyaaaa, sakitnyaaa, aku xlarat lagi, ingatlah semua kesediahan, kekecewaan, harapan, dan ujian yang hadir dalam hidup ini adalah untuk menjadikanmu seorang insan yang lebih baik, lebih matang, dan lebih kuat.

Photo

Senyuman itu buah daripada fikiran yang positif. Bersangka baiklah pada setiap apa yang berlaku. Percaya bahawa semua kesedihan hari ni akan bertukar bahagia akhirnya. Its not the end of life.

Kekuatan dan keyakinan itu sumbernya dari Allah, lahirnya dari hati yang penuh tawakal kepada Allah, yakin pada janjiNya. Mintalah daripadaNya disaat engkau tiada lagi kekuatan dan keyakinan untuk melangkah.

Photo

Ketabahan itu hadir melalui setiap pengalaman yang kita telah lalui. You have been through a lot in your past 23 years life. Surely, you can do well now too.

So now, stop thinking, stop wondering, stop doubting, stop putting yourself in dilemma, just do it. Give your very best. Just live the life you are in now. Be brave for the things you had decided on and choose. Setiap pilihan itu ada baik dan buruknya. Percaya dan kena berani untuk melangkah. If not, you will always in the same place.

Photo

Ingatlah, laluannya memang tidak akan mudah, perlukan kekuatan dan pengorbanan yang tinggi dan konsisten. Bertahan dan hiduplah dengan hati terbuka, buat yang terbaik pada diri dan orang sekeliling, selebihnya serahkan pada Yang Maha Esa untuk tentukan yang terbaik untukmu.

Photo

Important moment in my life:

2002 - UPSR 4A
2003 - dpt masuk sekolah berasrama penuh. Its a preparatory phase before facing the real life alone.
2005 - dpt 8A wlupn percubaan BI dpt C
2007 - dpt 8A, a bit dissapoited, but my life begins here.
2008 - It is my first phase in my life on being an independent person. I perform well during my 1st semester in diploma, though my life here initially quit different and tough for me.
2009 - end of year decided to continue degree.
2010 - my second phase in my life begins. I feel like I need to upgrade myself to fit in with the environment.
2011 - WRD & MISS was a success. My academic also the same.
2012 - my third phase in my life start without I realizing it. I do receive a lot of awards and achievement in my life, but also so much things happens. Now, its not just about achievement, its about learning how to live, learn about life. How you gonna face this real life, problems, friendship, relationship, and etc.
2013 - Life getting tougher. Its a transition time before I enter my fourth phase in my life. FYP, clinical, and work had taught me a lot. I start working on August. I received royal education award on November. Such a meaningful moment. But, my life was a bit unstable.
2014 - I think now, my fourth phase begins.
2015 - ?
2016 - My target is my fifth phase might start here??

Serahkan hidupmu pada ALLAH, but, remember mesti ada usaha, 'Sunnatullah dan syrai'tullah'.

Photo

Comments

  1. yeayyyyyyyyyy..thanks kakak yati..terasa rindu sangat nk cakap dengan awak. macam awak je y paham n tahu apa nk respond pd setiap soalan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpayah bersusah payah mengatur hidup kita. Minta la pada Allah. Allah sebaik-baik pengatur hidup kita, Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk kita. Tapi doa mesti seiring dengan usaha..:)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment