Assalamualaikum WBT.. Setelah sekian lama, alhamdulillah diberi kelapangan untuk bercerita sedikit tentang proses permohonan PPC Luar Negara, JPA. Setelah selesai tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan, UiTM (2013), saya memang menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih lanjut. Namun, panggilan kerja datang dahulu. Hasrat untuk sambung belajar saya tangguhkan dahulu. Boleh tangguhkan pengajian, tapi untuk setahun sahaja. Dalam setahun tu boleh la merancang dan persediaan sebelum fly. Sebab, kalau ingin mohon biasiswa bawah program PPC ni, mesti dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian dan merupakan bekas pelajar tajaan JPA. Alhamdulillah, sekarang telah pun memulakan pengajian selama setahun disini. Ok, balik pada tujuan asal, di bawah ni saya lampirkan maklumat2 yang perlu untuk permohon dan proses temuduga. Selamat membaca. Ada papa soalan, boleh tinggalkan komen. TQ. 1. PROSES PERMOHONAN Tapi maaf, dah xdapat carik link,...
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT, kaki ini melangkah ke sebuah perjuangan baru yang mulanya seakan mustahil untuk di jejaki, apabila terpilih sebagai salah seorang penerima BYDPA, yang dulunya impian telah menjadi realiti. Saya sekarang tengah menyambung pengajian dalam bidang ‘Cardiovascular Imaging’ di University College London, United Kingdom. Saya mendapat tahu tentang biasiswa ini daripada senior saya yang menjadi salah seorang penerima biasiswa tersebut sekitar tahun 2012. Biasiswa ini di buka untuk permohonan pada setiap tahun sekitar bulan Feb/Mac. Syarat-syarat permohonan dan kelayakan sila follow garis panduan terkini di laman web JPA. Antara persiapan yang perlu bagi calon PhD: (Untuk calon Master, saya pernah juga mohon sebagai calon master sesi 2014/2015, short-listed tapi xde rezeki masa tu..hehe.. boleh tanya sahabat baik saya Afifah Mohamed, saya boleh tolong kenalkan ) Proposal Bagi calon PhD, pada pendapat saya, proposal san...
Dalam kenangan, 23 year old me, semoga sentiasa menjadi inspirasi buatku.. Teks biaodata dalam buku Majlis Konvokesyen UiTM ~Penerima Anugerah Pelajaran Di Raja (Pingat Jaya Cemerlang)~ Royal Education Award (Medal of Excellence) Majlis santapan bersama YDPA selepas Majlis KOnvokesyen Nur Hayati Binti Jasmin merupakan anak kelahiran Sabah yang dilahirkan pada 26 April 1990 di Lahad Datu. Beliau di besarkan di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah. Sejak kecil lagi beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan penyelidik dalam bidang yang beliau ceburi kelak. Kini, anak keempat daripada lima beradik kepada pasangan peneroka Felda, Haji Jasmin Bin Haji Jasman dan Hajah Aminah Bt Haji Sinring itu merupakan seorang pensyarah di Kolej MAHSA, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sahabat 16, Lahad Datu yang kemudian menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah. ...
Comments
Post a Comment