Thinking - Perspective
Assalamualaikum.
Lately, I have been spending a lot of my time to write here. This is because I have been thinking so much. A lot of things keep running inside my head that I couldn't take it a little longer. It would be best to write it down. It will benefit me in future or for those who read this (hopefully).
We should never judge anything that happen to your life nor things that happened around you.
You should never try to understand why things happened like this, why not like that? Why this time? Why me? I want it to be like that!
There is always reason for everything that happened. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui rahsia dan hikmah di sebalik tiap yang terjadi.
The most formidable weapon against errors of every kind is reason.
Untuk berjaya, kita kena ubah cara befikir. Kita kena ubah sudut cara kita memandang sesuatu. Sometimes its painfull, but in some situation, that is the only way to keep you going and stay strong in the path.
Kita kena sematkan dalam diri bahawa kehidupan setiap insan di atas muka bumi ini semua berbeza.
Cabaran hidup yang dilalui masing-masing sungguh pelbagai dan ada keunikan tersendiri.
Pada setiap kesusahan yang dilalui oleh orang di sekeliling kita, jangan sesekali kita perkecilkan.
Pada setiap kesusahan yang kita lalui, jangan pula kita meratapi nasib diri.
Pada setiap kesenangan yang dikecapi oleh orang di sekeliling kita, jangan kita pertikaikan haknya.
Pada setiap kesenangan yang kita kecapi jangan sesekali kita bermegah dengannya.
Pada kelemahan insan di sisi kita, jangan kita rendahkan lagi.
Pada kelemahan diri kita, jangan pula menghukum diri.
Pada kelebihan insan di sisi kita, jangan kita iri hati.
Pada kelebihan diri kita, jangan kita alpa.
Kerana kita tidak pernah tahu dan tidak akan pernah tahu,
keperitan yang telah dan bakal dilalui,
dan apa yang telah dan akan dikorbankan dalam perjalanan hidup ini.
Kita tidak perlu jadi pentafsir atau sama sekali jadi penghukum pada kehidupan sendiri atau kehidupan orang lain.
Dunia ini adalah medan perjuangan.
Kita hidup untuk berjuang.
Kita tidak mampu berjuang seorang diri dalam pertempuran di medan yang luas.
Bergerak bersama nyata lebih ringan dan indah.
Sumbangkanlah dan berbaktilah dalam kapasiti yang ada.
Saling menghulur tangan dengan setulus ikhlas hati kita.
Kita bukan siapa-siapa dan kita tidak punya apa-apa.
Semua yang kita ada, bahkan nyawa ini adalah milik Yang Maha Esa.
Dunia ini hanya sementara.
Kita sama-sama tidak ada banyak masa.
Setiap langkah kaki ini akan di hitung satu persatu.
Kita sama-sama sedang mempersiapkan diri.
Membuat pelaburan untuk kehidupan yang kekal abadi.
Bersamalah susun langkah ke arah menjadi hambaNya yang terbaik.
Melunaskan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi.
Sebelum saya memulakan langkah lebih jauh dalam kehidupan yang baru ini.
Mohon maafkan andai ada yang terguris hati pada perlakuan diri ini.
Terima kasih pada yang sentiasa membantu tanpa jemu.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Semoga kalian beroleh Rahmat dari Nya.
Doakan saya dalam menempuh perjalanan mendatang.
Semoga kita bertemu di sana, tempat yang indah dan kekal abadi.
3 Sept 2016
London
22:38
Comments
Post a Comment