Melukis Sebuah Kehidupan
Assalamualaikum WBT.
Melukis??? Hmm..ok sediakan surat khabar untuk alas, bekas air, berus warna, warna.......
Dan kita boleh mula melukis. Macam tu jugalah hidup kita, sediakan senarai apa yang kita nak buat hari ni? nak ke mana? bagaimana? pakai apa?
Dalam tidak sedar, lima bulan telah berlalu, aku masih sihat alhamdulillah, masih bernafas dan masih boleh senyum, malah tambah berat badan.haha. Perjalanan PhD ini seolahnya seperti apa yang orang kata. Katanya ia sebuah perjalanan yang panjang, kosong, sunyi, dan tiada yang pasti. Namun, adakah kita akan melukis sebuah perjalanan seperti yang digambarkan itu tanpa cuba berusaha melukis sesuatu yang baru? Ianya bukan mudah dan mereka juga telah berusaha yang terbaik. Sekarang giliran kita pula untuk berusaha. Aku percaya, setiap insan punya pilihan bagaimana hendak mencorak kehidupan masing-masing. Aku tidak menolak takdir ketentuan Yang Esa, tapi aku percaya, pada setiap ketentuan, ada cahaya dan ada bahagia menanti. Apa kata kita tukar kepada persepsi yang baru. PhD ini sebuah perjalanan yang penuh warna-warni. Kita yang mencorak jalan kita. Kita mula dengan sebuah lakaran yang hadir dari buah fikiran kita, dan warnainya dengan warna-warna pilihan kita. Ada hari lakaran kurang menarik dan warna yang kita guna sedikit kusam. Ada hari lakaran kita sangat indah dan warna sangat ceria. Seiring waktu berlalu, kita kenal pelbagai corak dan warna. Bila di satukan, sebuah lukisan tersergam indah di hadapan kita. Lukisan yang sangat cantik hingga kita terlupa kita pernah juga ada lukisan yang sangat menyedihkan dan menyakitkan. Lukisan yang cantik perlu ada kombinasi warna, gelap dan cerah. Tugas kita, bila kita jumpa kegelapan, usahalah mencari cahaya yang boleh meneranginya. Tugas kita, bila kita jumpa cahaya, cari cara untuk gunakan cahaya itu untuk menjadikan ia lebih terserlah. Apapun yang datang, datangnya dengan penuh hikmah. Tugas kita untuk merungkainya.
"Life is the art of drawing without an eraser. But how the drawing still looks beautiful? You gotta be more creative and see it from different angles".
Pilihan di tangan kita. Kita pelukisnya. Apa yang kita mahu dan apa yang kita fikir, itulah yang akan kita lukis. Kita yang memilih apa reaksi kita terhadap apa yang kita hasilkan atau apa yang berlaku di sekeliling kita. Satu hari, semua lukisan tidak menjadi, datang pula seorang kawan tumpahkan air kari atas lukisan kita. Apa reaksi kita? OK, that is the end of my life, or OK, I still plenty of papers, I can draw another one, a better one.
Matlamat kita untuk berjaya dan gembira dengan hidup kita. Tapi untuk itu, bukan bermaksud setiap masa kita memilih untuk buat apa yang kita suka, tapi kita perlu buat apa yang kita harus buat walaupun sukar. Well, dunia ni bukan kita punya untuk kita boleh buat ikut sesuka hati.
Aku juga percaya setiap yang kita ada, setiap yang Allah SWT hadirkan dalam hidup kita adalah jawapan kepada setiap doa-doa kita sebelum ini, atau doa dari insan-insan disekeliling kita, terutamanya ibu dan ayah. Apa maksudnya? Bila kita renung kembali doa-doa yang pernah kita panjatkan pada Yang Esa, satu persatu doa itu dimakbulkan, tanpa kita sedar, pada saatnya yang tepat bila mana kita sangat perlu padanya. Mungkin saat ini kita bertanya, kenapa jalan hidup ku sesukar ini? Mungkin di masa lalu kita pernah doa pada Allah supaya berikan kita peluang untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, kita doa agar di lorongkan kita ke jalan yang membentuk kita menjadi hamba-Nya yang baik, kita pernah doa supaya Allah langkahkan kaki kita ke jalan yang mendekatkan kita kepadaNya. Allah Maha Mendengar dan Allah janji, "Berdoalah pada Ku, maka Aku akan perkenankan". Maka bersabarlah dengan sedikit ujian itu. Allah SWT sedang mentarbiyah diri kita untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. Allah tidak akan bebankan hambaNya melebihi dari apa yang mampu hambaNya tanggung. Bangkitkan semula semangat dan keyakinan dalam diri kita. Jom laluinya dengan jalan sabar dan solat. Berlapang dada dan bergembiralah, kerana Allah pilih kita, Allah telah makbulkan doa kita.
Allah SWT itu sebaik-baik perancang. Dia Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya. Kita ini cuma hamba. Adakalanya iman kita setinggi langit, dan adakalanya iman kita jatuh ke gaung dalam. Saat iman di dada, doalah bersungguh-sungguh, semoga Allah SWT sentiasa pelihara kita, tetapkan iman kita, lorongkan kia ke jalan yang menuju ke syurgaNya. Kerna kita tidak tahu bila mana iman kian luntur, takut kita hilang dalam dunia ciptaan kita sendiri, hilang kawalan diri sendiri.
"Ya Allah sesugguhnya aku minta kepadaMu keampuanan, penolakan yang berkekalan akan bala bencana terhadap agama, dunia dan akhirat, kemenangan mendapat syurga dan keselamatan dari api neraka"
"Ya Allah, jadikanlah diriku ini suka pada kebaikan dan berilah aku kemudahan-kemudahan untuk sentiasa membuat kebaikan"
"Ya Allah, tunjukkan kami yang benar, dan jadikan pilihan kami mengikut yang benar itu. Dan tunjukkan kami yang tidka benar dan permudahkan kami meninggalkannya"
"Ya Allah, jadikanlah diriku puas hati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau angerahkan kepadaku, dan gantilah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari-Mu"
"Ya Allah, ajarkan apa yang aku tidak tahu tentang isi kandungan Al Quran dan jadikanlah ia cahaya padaku di hari akhirat kelak. Ya Allah,bantulah aku untuk sentiasa ingat padaMu dalam setiap nafasku dan bantulah aku untuk melaksanakan ibadah yang sebaik-baiknya kepdaMu"
Saudara/saudari ku, yang kala ini tengah menghadapi cabaran hebat dalam hidup, sering kali terdetik dalam hati, susahnya..boleh x nak berhenti..nak balik..xnak duduk sini..aku xnak buat ini..setiap pagi jantung berdegup kenyang dek takut menghadapi hari yang panjang..oh, dimanakah kesudahannya??? Adakalanya takut untuk tidur, sebab xnak masuk ke hari esok yang menakutkan. Sekian lama bertarung dengan rasa hati yang berbolak-balik, sampai ke tahap, kita tidak lagi kisah apa yang akan berlaku walaupun ia bererti kita menghancurkan diri sendiri. Allah, Allah, Allah, ingatlah Allah, pulanglah pada Nya. Allah SWT Maha Kuat, Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Minta kekuatan dariNya, minta jawapan dan petunjuk dariNya, larilah sekuat hati mu kepada Allah SWT dari semua permasalahanmu. Jangan kamu lari dari masalah dan masuk ke dunia ciptaanmu, jangan cipta dunia yang selesa hanya untuk engkau melupakan sebentar semua permasalahanmu. Itu sungguh tidak membantu malah mengeheretmu ke jalan yang lebih gelap, jatuh ke gaung yang lebih dalam. Lari hanya kepada Allah SWT dan hadapilah permasalahan itu satu persatu dan bangkit menjadi insan yang lebih tabah. Setiap ketakutan itu sebenarnya adalah sebab untuk kamu terus melangkah dan setiap air mata yang mengalir itu adalah baja pembakar semangatmu,
Sedikit tips bila berhadapan dengan pilihan:
Tips menjadikan hari lebih bermakna:
In shaa Allah...berjaya dunia dan akhirat!!!!
Melukis??? Hmm..ok sediakan surat khabar untuk alas, bekas air, berus warna, warna.......
Dan kita boleh mula melukis. Macam tu jugalah hidup kita, sediakan senarai apa yang kita nak buat hari ni? nak ke mana? bagaimana? pakai apa?
![]() |
| Sebelum kita sambung, nak kongsi sikit hasil lukisan saya :) |
Dalam tidak sedar, lima bulan telah berlalu, aku masih sihat alhamdulillah, masih bernafas dan masih boleh senyum, malah tambah berat badan.haha. Perjalanan PhD ini seolahnya seperti apa yang orang kata. Katanya ia sebuah perjalanan yang panjang, kosong, sunyi, dan tiada yang pasti. Namun, adakah kita akan melukis sebuah perjalanan seperti yang digambarkan itu tanpa cuba berusaha melukis sesuatu yang baru? Ianya bukan mudah dan mereka juga telah berusaha yang terbaik. Sekarang giliran kita pula untuk berusaha. Aku percaya, setiap insan punya pilihan bagaimana hendak mencorak kehidupan masing-masing. Aku tidak menolak takdir ketentuan Yang Esa, tapi aku percaya, pada setiap ketentuan, ada cahaya dan ada bahagia menanti. Apa kata kita tukar kepada persepsi yang baru. PhD ini sebuah perjalanan yang penuh warna-warni. Kita yang mencorak jalan kita. Kita mula dengan sebuah lakaran yang hadir dari buah fikiran kita, dan warnainya dengan warna-warna pilihan kita. Ada hari lakaran kurang menarik dan warna yang kita guna sedikit kusam. Ada hari lakaran kita sangat indah dan warna sangat ceria. Seiring waktu berlalu, kita kenal pelbagai corak dan warna. Bila di satukan, sebuah lukisan tersergam indah di hadapan kita. Lukisan yang sangat cantik hingga kita terlupa kita pernah juga ada lukisan yang sangat menyedihkan dan menyakitkan. Lukisan yang cantik perlu ada kombinasi warna, gelap dan cerah. Tugas kita, bila kita jumpa kegelapan, usahalah mencari cahaya yang boleh meneranginya. Tugas kita, bila kita jumpa cahaya, cari cara untuk gunakan cahaya itu untuk menjadikan ia lebih terserlah. Apapun yang datang, datangnya dengan penuh hikmah. Tugas kita untuk merungkainya.
"Life is the art of drawing without an eraser. But how the drawing still looks beautiful? You gotta be more creative and see it from different angles".
Pilihan di tangan kita. Kita pelukisnya. Apa yang kita mahu dan apa yang kita fikir, itulah yang akan kita lukis. Kita yang memilih apa reaksi kita terhadap apa yang kita hasilkan atau apa yang berlaku di sekeliling kita. Satu hari, semua lukisan tidak menjadi, datang pula seorang kawan tumpahkan air kari atas lukisan kita. Apa reaksi kita? OK, that is the end of my life, or OK, I still plenty of papers, I can draw another one, a better one.
Matlamat kita untuk berjaya dan gembira dengan hidup kita. Tapi untuk itu, bukan bermaksud setiap masa kita memilih untuk buat apa yang kita suka, tapi kita perlu buat apa yang kita harus buat walaupun sukar. Well, dunia ni bukan kita punya untuk kita boleh buat ikut sesuka hati.
Aku juga percaya setiap yang kita ada, setiap yang Allah SWT hadirkan dalam hidup kita adalah jawapan kepada setiap doa-doa kita sebelum ini, atau doa dari insan-insan disekeliling kita, terutamanya ibu dan ayah. Apa maksudnya? Bila kita renung kembali doa-doa yang pernah kita panjatkan pada Yang Esa, satu persatu doa itu dimakbulkan, tanpa kita sedar, pada saatnya yang tepat bila mana kita sangat perlu padanya. Mungkin saat ini kita bertanya, kenapa jalan hidup ku sesukar ini? Mungkin di masa lalu kita pernah doa pada Allah supaya berikan kita peluang untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, kita doa agar di lorongkan kita ke jalan yang membentuk kita menjadi hamba-Nya yang baik, kita pernah doa supaya Allah langkahkan kaki kita ke jalan yang mendekatkan kita kepadaNya. Allah Maha Mendengar dan Allah janji, "Berdoalah pada Ku, maka Aku akan perkenankan". Maka bersabarlah dengan sedikit ujian itu. Allah SWT sedang mentarbiyah diri kita untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. Allah tidak akan bebankan hambaNya melebihi dari apa yang mampu hambaNya tanggung. Bangkitkan semula semangat dan keyakinan dalam diri kita. Jom laluinya dengan jalan sabar dan solat. Berlapang dada dan bergembiralah, kerana Allah pilih kita, Allah telah makbulkan doa kita.
Allah SWT itu sebaik-baik perancang. Dia Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya. Kita ini cuma hamba. Adakalanya iman kita setinggi langit, dan adakalanya iman kita jatuh ke gaung dalam. Saat iman di dada, doalah bersungguh-sungguh, semoga Allah SWT sentiasa pelihara kita, tetapkan iman kita, lorongkan kia ke jalan yang menuju ke syurgaNya. Kerna kita tidak tahu bila mana iman kian luntur, takut kita hilang dalam dunia ciptaan kita sendiri, hilang kawalan diri sendiri.
"Ya Allah sesugguhnya aku minta kepadaMu keampuanan, penolakan yang berkekalan akan bala bencana terhadap agama, dunia dan akhirat, kemenangan mendapat syurga dan keselamatan dari api neraka"
"Ya Allah, jadikanlah diriku ini suka pada kebaikan dan berilah aku kemudahan-kemudahan untuk sentiasa membuat kebaikan"
"Ya Allah, tunjukkan kami yang benar, dan jadikan pilihan kami mengikut yang benar itu. Dan tunjukkan kami yang tidka benar dan permudahkan kami meninggalkannya"
"Ya Allah, jadikanlah diriku puas hati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau angerahkan kepadaku, dan gantilah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari-Mu"
"Ya Allah, ajarkan apa yang aku tidak tahu tentang isi kandungan Al Quran dan jadikanlah ia cahaya padaku di hari akhirat kelak. Ya Allah,bantulah aku untuk sentiasa ingat padaMu dalam setiap nafasku dan bantulah aku untuk melaksanakan ibadah yang sebaik-baiknya kepdaMu"
Sedikit tips bila berhadapan dengan pilihan:
- Pilih yang baik bukan pilih apa yang kita suka.
- Pilih jalan yang membawa kita berhadapan dengan realiti, bukan jalan 'short-cut' untuk lari.
Tips menjadikan hari lebih bermakna:
- Bangun 15 minit awal dari kebiasaan
- Buat sesutu yang baru walaupun hanya dengan ucapan 'Assalamualikum' kepada orang yang baru kita kenal.
- Tetapkan 3 matlamat apa yang kita mahu capai hari ini.
- Setiap malam tulis 1 perkara yang aku buat hari ini yang paling menggembirakan.
In shaa Allah...berjaya dunia dan akhirat!!!!
Hudson Close,
London,
15/01/2017,
18.20



Comments
Post a Comment