Ketenangan Hati

(Sumber: Puan Husna Haron)

Objektif 1: Bagaimana kita nak audit diri untuk nilai bagaimana keadaan hati kita saat ini? Adakah hati tenang atau x? Kalau hati x tenang, apa punca yang menyebabkan hati x tenang?
Dan ingatlah hati hanya akan tenang dengan mengingati Allah SWT.


Surah Ar-Ra’d (13:28)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Ketenangan hati hadir bila hati kita sentiasa berhubung dengan Allah SWT.

Mari audit hidup kita, jika kita ingat Allah, beriman kepada Allah, tetapi hati masih x tenteram juga, cuba cek semula: 
  • Ada problem x dengan cara kita mengingati Allah?
  • Ada sesuatu x yang menyelaputi hati kita?
  • Lihat apa yang kita selalu fikir? Apa yang sering berada dalam fikiran kita akan mempengaruhi ketenangan hati kita.
Bila kita fikir banyak sangat, jantung akan pump laju untuk supply oksigen ke otak, dan keadaan ini akan menyebabkan jantung berdegup kencang, maka hilanglah ketenteraman hati.

Cuba cek apa yang kita fikir dan apa yang selalu menganggu fikiran kita? Bila kita list down kan apa yang kita fikir, semuanya adalah lists of keinginan-keinginan dalam hati kita (cth: nak raya ni, nak kena beli baju raya, nak kena sedia baju raya, nak kena buat kuih raya etc) Semua ini adalah keinginan.

Tanpa kita sedar, kita terlalu fokus pada keinginan-keinginan hati kita, kita berdoa, kita lafazkan Ya Allah aku nak ini, dan nak itu, tapi dalam hati kita xda kebergantungan penuh pada Allah, tapi hanya penuh dengan keinginan2, jadilah hati ini bertuhankan keinginan hawa nafsu semata dan bukannya bertuhankan Allah SWT.

Surah Al Jathiyah (45:23)
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
  
Surah Furqan (25:43)
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

Tanpa kita sedar, keinginan kita menyebabkan kita ter-disconnect dengan Allah.

Cuba audit diri:
  • Apa keadaan hati kita? Tertuhankan Allah atau tertuhankan keinginan (hawa nafsu) kita. Kita lupa Allah SWT, Tuhan kita yang berkuasa, dan sepatutnya letakkan Allah SWT dalam hati kita. Fahami konsep hidup berTuhankan Allah yang sebenar.
  • Bila hati kita bertuhankan keinginan, maka kita mula mengawal kehidupan sendiri dan cuba untuk menunaikan keiginan-keinginan sendiri menggunakan keupayaan sendiri yang tentunya terbatas.
  • Mempunyai keinginan tidak salah, tapi bagaimana kita uruskan keinginan-keinginan ini? Kita sepatutnya sandarkan keinginan-keinginan ini pada kuasa yang tidak terbatas, pada Allah SWT, yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dan tiada yang mustahil bagi Allah.
 Surah Qaf (50:5)
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.

Bila kita letakkan keinginan (hawa nafsu) sebagai tuhan kita, kita telah mendustakan kebenaran, kebenaran bahawa Allah adalah Tuhan kita, kita tidak menjalani hidup berTuhankan Allah.

Kita lafazkan aku beriman kepada Allah, aku seorang Islam, tapi dalam hati kita tiada Allah, hati kita x berTuhankan Allah SWT, tapi bertuhankan keinginan (hawa nafsu).

Maka hati kita pun ter-disconnect dengan Allah SWT, maka hilanglah ketenangan hati, hidup dalam keluh kesah.

Kita tenggelam dalam masalah-masalah dan hawa nafsu. Kita lupa berhubung dengan Allah SWT yang Maha Berkuasa Yang Mengawal seluruh alam ini.

Tapi harus di ingat juga.. melalui masalah-masalah yang memnganggu fikiran kita ini, Allah sebenarnya sedang menarik kita semula untuk kembali mengingatiNya, kembali berhubung dengan Allah, kembali menjadikan hati kita berTuhankan Allah SWT.

Ar Ra’d (13:14-15)
( 14 )   Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.

( 15 )   Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

Bila kita baca Ayat 15 Surah Ar Ra’d ni, maksudnya, akhir sekali semua akan sujud kepada Allah sama ada secara paksa atau rela. Sebab itu kita akan terus di uji dengan pelbagai ujian supaya hati kita akan sentiasa kembali berhubung dengan Allah, dan sentiasa berTuhankan Allah.

Objektif 2: Jom kita kenal hati. Bagaimana nak tenangkan hati semula dan pastikan hati sentiasa tenang? Bagaimana nak masuk ke dalam level hati yang paling dalam/bersih?
Hati kita ada 4 lapisan; dari luar Shad’r – Qalb – Fua’d – Lubb. (Saya sertakan sekali penerangan lanjut tentang hati ini dari sumber lain, cuma pembaca disarankan untuk membuat pembacaan dan kajian lanjut berkaitan lapisan hati ini).

Saya nak terangkan secara umum definisi setiap lapisan hati ini dan bagaimana untuk access ke lapisan paling dalam hati dan menjalani hidup dan memandang hidup menggunakan mata hati yang bersih.

4 Lapisan Hati

4 Lapisan Hati


Lapisan hati yang pertama, Shad’r, ini adalah lapisan paling luar hati. Ibaratnya pagar kepada rumah kita. Bila kita membaca, menimba ilmu, baca Al Quran, hafal Al Quran, itu maksudnya kita sudah masuk ke lapisan yang pertama, Shad’r. Kita dah masuk ke dalam pagar rumah.

Kemudian, bila kita mula memahami apa yang kita baca, contohnya tadabbur Quran, kita sudah masuk ke lapisan yang seterusnya, Qalb. Qalb adalah lapisan kedua, ibarat pintu masuk ke rumah. So, bila kita dah memahami pula maksud ayat Quran yang kita baca, kita sudah ada access ke dalam lapisan Qalbu, kita dah masuk ke dalam rumah. 
  • Ketenangan hati terletak pada lapisan kedua, Qalbu. Jadi, untuk kita rasa tenang sentiasa, kita kena ada access ke dalam lapisan kedua ini, Qalbu. 
  • Saat kita mula memhami ayat2 Quran, kita sudah mula connect dengan Quran dan mula berhubung dengan Allah SWT. 
Kemudian, lapisan ketiga, Fu’ad, ibaratnya kita nak masuk pula ke dalam bilik utama rumah di mana tersimpan barang-barang berharga. Setelah kita baca Al Quran, kita dah taddabur, fahami Al Quran, kemudian langkah seterusnya kita amalkan pula apa yang kita faham. Maka saat ini, kita sudah ada access ke lapisan hati ketiga, Fu’ad. Kita dah masuk ke dalam bilik utama rumah.
  • Fu’ad adalah mata hati yang paling dalam. Untuk kita ada access ke dalam Fu’ad, kita kena keluarkan selain daripada Allah dari hati kita. Paksikan seluruh tindakan kita hanya kerana Allah dan kepada Allah.
  • Tadi kita akan peroleh ketenangan hati bila kita berada dalam lapisan kedua; Qalbu.
  • Bila kita berada dalam lapisan ketiga; Fu’ad, kita akan berjaya mengawal akal kita menggunakan roh. Bila akal di kawal oleh Roh/Fu’ad, maka setiap tindakan kita dan keputusan kita, fikiran kita akan berpaksi pada konsep ketuhanan. Kita kan cenderung untuk pilih yang baik berlandaskan agama.
  • Bila akal dikawal oleh roh, beerti Quran sentiasa di hatinya. Jadi, untuk memastikan akal kita sentiasa di kawal oleh roh, kita kena pastikan Al Quran sentiasa di hati kita. Usaha ke arah untuk baca, faham, dan amalkan Quran, barulah Quran ini akan lebih dekat di hati kita dan sentiasa di hati kita. Dan InshaaAllah kita sentiasa berada dalam lapisan hati Fu’ad. 
4 Elemen manusia

Surah As-Sajadah (32:9)
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah Al Waqiah (56:77-78)
( 77 )   Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
( 78 )   Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
( 79 )   Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
( 80 )   Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Dan lapisan keempat pula, Lubb.. lapisan yang paling paling dalam, tahap tertinggi kebersihan hati. Ini adalah keadaan jantung hati para Nabi, para ahli sufi. Setelah kita masuk kedalam bilik utama rumah, dan sekarang di lapisan ke-4, kita mengenal pemilik rumah ini, mengenal pemilik hati ini. Bila kita kenal pemilik hati ini, kita bergantung dan serahkan semua hidup kita kepada Yang Menciptakan hati ini, Yang Maha Berkuasa. Berada dalam lapisan ke-4 ini bererti Allah sentiasa berada dalam hati kita. Bila Allah sentiasa ada dalam hati kita, kita akan boleh access kepada semua benda dalam dunia ni.
  • Untuk sampai ke tahap ini, kena sentiasa bersihkan hati. Banyakkan amalan yang membolehkan kita lepas access ke lapisan pertama (baca), kedua (faham), dan ketiga (amal), dan akhirnya barulah kitab oleh ada access ke lapisan ke-4 ini.
  • Bila kita berfungsi menggunakan lapisan keempat ini; Lubb, Allah akan bantu keluarkan potensi diri kita yang positif. Kita aka nada access kepada semua perkara. 
  • So fokus cari Allah dahulu, dan semua yang ada di dunia ini akan datang padamu.
  • Nak tahu hubungan dengan Allah? Cek hubungan dengan Quran. 

...

Maklumat Tambahan:

Sumber: https://djuneardy.blogspot.com/2013/02/tingkatan-hati-menurut-at-tirmidzi.html

Lapisan pertama, SHAD'R adalah inti dari tindakan. Ia tempat interaksi antara kepribadian kita dan alam spiritual kita. Kita memerlukan kepribadian untuk beraksi, namun kita juga membutuhkan bimbingan kearifan yang dalam dari hati. Didalam dada, kita dapat mengubah kecenderangan negatif kita menjadi positif, sebuah pekerjaan besar kimia psikospiritual.

Lapisan kedua, QALB adalah tempat pengetahuan yang lebih mendalam dan ke-iman-an terhadap ajaran spiritual dan keagamaan yang murni. Ia juga tempat kesadaran kita akan kehadiran Tuhan; sebua kesadaran yang mengarahkan kita pada transformasi pemikiran dan tindakan.

Lapisan ketiga, FU'AD, berkedudukan lebih dalam lagi, tetapi sangat dekat hubungannya dengan hati. Ia tempat pengetahuan langsung. Hati, secara intelektual memahami bahwa kita berada dibawah pengawasan Tuhan, namun pada tingkat lubuj hati terdalam, kita merasakan kehadiran Tuhan dengan sangat jelas, seakan-akan kita melihat Tuhan berada dihadapan kita.

Lapisan keempat, LUBB, kita memasuki wilayah yang Mahaluas. Ia berada diluar jankauan kata-kata, teori-teori dan pemikiran-pemikiran. Di tingkat ini, orang-orang suci memasuki dunia puisi, bukan lagi prosa.

Semakin dalam kita menyelam kedalam hati kita, semakin dekat kita kepada Allah - Sang Maha Baik dan Maha Benar. Semakin kita dekat dengan-Nya, semakin kita menyerap dan memancarkan kebaikan dan kebenaran bagi semesta. Karena itu, apa yang menahan kita untuk menjelajahi kedalaman hati kita?

...


Nur
Malaysia Hall
21.06.19
17:00

Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013