Are we taking good care of our mind and heart? Ourselves?
Assalamualaikum...
Walaupun lewat 3 hari, but alhamdulillah, aku menulis juga di ruangan ini, melunaskan misi untuk menulis blog seminggu sekali. Well done you!
Hmm, kenapa agaknya aku letak tajuk ni, dari perspektif apa agaknya aku mentafsir sebaris ayat ini: 'Are we taking good care of our mind and heart? Ourselves?'
Dua perkara telah mencuri fokus aku minggu ini:
1. Sejauh mana aku pandu/didik apa yang aku fikir dan apa yang hati inginkan?
Aku terfikir hebatnya Allah ciptakan minda dan hati kita, rasa takut pada apa yang minda fikirkan dan apa yang hati inginkan. Kerana dua benda ini ada pengaruh yang besar pada kehidupan kita saat ini dan saat akan datang, juga memberi pengaruh pada persepsi kita pada masa lalu. Sebagai seorang muslim, kita yakin dan percaya, segala yang telah berlaku dan akan berlaku semuanya adalah dalam kekuasaan Allah SWT. Justeru setiap kali kita punya keinginan, kita sandarkan pada Allah SWT, kita mohon doa pada Allah SWT. Saat minda kita terdetik sesuatu dan saat hati teringinkan sesuatu, secara x sedar kita sedang memohon doa pada Allah untuk mendapatkan apa yang difikirkan dan diinginkan. Aku langsung tersedar akan pentingnya mendidik-mengawal minda dan hati supaya sentiasa berfikir yang baik-baik dan berkeinginan pada yang baik-baik. Aku teringat pada satu hadis:
"Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " قَالَ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Aku berada pada persangkaan hamba Ku kepada Ku.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7505]
Lalu saat kita berhadapan dengan sesuatu, atau saat kita merancang sesuatu, atau saat kita sedang usahakan sesuatu, pastikan kita pantau apa keadaan minda dan hati kita? Adakah kita fikir dan sangka yang baik-baik? Adakah hati kita inginkan yang baik-baik? Saat minda dan hati masuk ke dalam zon negatif, saat tersilap langkah, saat terasa malas, lelah, hilang.... pause seketika, reflek, ingat Allah, reset minda dan hati. Itu lebih baik daripada membiarkan minta terus berfikir di luar kawalan dan membiarkan hati tertipu dan hanyut pada keinginan yang palsu yang tidak baik buat diri mu. Jangan terburu-buru membuat kesimpulan, dan jangan juga hanyut dalam sangkaan sendiri yang unguided and not based on fact. Lebih baik ambil masa dari hilang lebih jauh. Kesan membiarkan sahaja fikiran dan hati do what they like, unguided, mungkin tidak kelihatan sekarang, tapi kemudian hari. Jika tidak mampu tambah kebaikan jangan tambah kejahatan, lebih baik berdiam diri dan reflek seketika.
Setiap perkataan kita doa, setiap yang kita fikirkan juga doa, setiap yang kita inginkan juga doa. Perhatikan apa yang kita kerap fikirkan dan inginkan dalam hati, itu cerminan masa hadapan mu. Maka pandulah minda dan hati agar sering berfikir dan inginkan kepada yang baik-baik yang mendekatkan kita pada Pencipta kita, fikir dan berkeinginanlah pada perkara yang akan mengikat kita erat pada tali Allah SWT.
2. Tanggungjawab tertinggi setiap insan ialah dirinya sendiri
Kita berpijak di bumi yang sama bertuhankan Tuhan yang sama, namun kita berbeza. Melihat insan-insan disekeliling, punya cara berbeza, keinginan berbeza, matlamat berbeza. Tapi yang penting kita kena tahu apa kehendak diri, kemana dan apa matlamat yang ia hendak tuju, cara yang bagaimana yang dia perlu? Aku insan seperti apa saat ini dan mahu jadi insan seperti apa?
Kita selalu dengar kata-kata: mind your own bussiness, jangan jaga tepi kain orang, ukur baju di badan sendiri, and so on. All of these are telling us to focus on ourselves. Work on improving yourself, be a better person each day. Jadi, jangan biarkan diri terganggu disebabkan insan lain atau persekitaran. Jangan biarkan diri dipengaruhi oleh insan atau persekitaran. Kita pacu diri kita sendiri, kita bentuk diri kita sendiri mahu jadi apa. Insan-insan positif dan persekitaran yang positif adalah bonus untuk journey self-improvement kita, tapi diri kita sendiri perlu jelas dengan apa yang kita mahu dan perlukan. Fokus pada pegangan kita, prinsip kita, dan matlamat kita. Itu sahaja, jangan menyimpang dek perkara yang tidak perlu, tetapkan mata ke hadapan dan jalan terus.
Tapi kena faham, saat kita fokus pada diri sendiri, bukanlah bermaksud kita pentingkan diri sendiri. Sebab itu, dalam kita fokus pada diri sendiri, penting untuk kita tahu insan bagaimana yang kita mahu jadi, dan pastikan kita di jalan yang benar, then baru fokus untuk jalan terus dan capai matlamat tu. Contoh, mahu jadi insan yang banyak memberi dan paling bermanfaat pada insan sekeliling. Insan seperti ini, semangatnya tidak akan patah walau apapun halangannya, meski orang tidak menghargai, meski orang berpaling darinya saat dia susah atau senang, dia tetap terus memberi dan berbakti, kerana itu matlmat nya, kerana dia mahu dirinya jadi insan yang banyak memberi (sedekah).
So, jangan lemah dan jangan buang masa pada emosi yang terganggu dek insan lain atau persekitaran. Tugas mu, fokus mu dan tanggungjawab utama mu adalah diri mu, pada proses tarbiyyah diri untuk jadi insan dan hambaNya yang lebih baik. Berdirilah di atas kaki mu sendiri, kelak engkau akan di pertanggungjawabkan atas tiap-tiap yang engkau lakukan. Dan saat itu tiada siapa yang dapat membantu dan membela melainkan diri mu sendiri dan amalan-amalan diri mu. Maka fokus pada diri mu, tindakan mu, respon mu, amalan mu, pastikan ia akan menjadi pembela mu di akhirat nanti, sebagai saksi engkau seorang muslim sejati. InshaaAllah.
Sesungguhnya cabaran terbesar dalam hidup ini adalah diri sendiri. Setiap pagi kita bangun, kita punya 24 jam, setiap saat kita yang pilih untuk fikir apa, untuk buat apa dengan masa dan hidup kita. Cabaran terbesar adalah untuk mendidik hati supaya sentiasa mahu fikir kebaikan, inginkan kebaikan dan buat kebaikan.
Yang paling menakutkan adalah saat kita tidak sedar kita lari jauh dari jalanNya. Tindakan kita, respon kita, sangkaan kita tidak lagi seperti apa yang kita pernah impikan, semuanya diluar kawalan. Kadang kita tidak sedar kadang kita sedar. Saat sedar, kita hanya mampu melihat diri sendiri hancurkan diri sendiri namun tiada kekuatan mengubahnya.
Ku dapati, diri ini hanya akan sentiasa selamat bila berpegang erat pada tali Allah SWT. Saat tali itu dilepaskan, saat itulah, fikiran dan tindakan tidak lagi selari dengan matlamat sebenar, semuanya di luar kawalan. Semuanya menjauh dari yang baik-baik.
Walau sebesar mana pun cabaran hidup yang sedang engkau lalui, walau engkau tidak lagi tahu hendak kemana dan hendak buat apa, yang paling penting untuk tetap menjaga minda, hati dan diri dengan baik, pastikan buat amalan yang wajib dan amalan-amalan yang Allah SWT suka, walau dalam keadaan paksa atau rela. Kerana itu usaha mu yang terakhir untuk pastikan you are taking good care of your mind and heart and yourself. Untuk pastikan engkau kekal di jalan yang benar, InshaaAllah jika minda dan hati baik, maka setiap tindakan dan respon yang terhasil akan baik-baik juga.
Nur
04.08.200
Home Sweet Home

Very well written dear :)
ReplyDeleteThanks my dear friend ;)
Delete