Pre-VIVA
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, dah selamat hantar tesis pada 9 September 2020 dan akan VIVA pada 20 Oktober 2020, InshaaAllah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak ayah saya, keluarga saya, penyelia saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru saya, Dr Mohd Khairul Nizam, Dr Mardiana Mat Ishak, Team Dr Roket, sahabat platinum dan semua yang tidak pernah jemu mendoakan perjalanan PhD saya. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang persiapan yang saya buat dari sudut emosi, spiritual, hubungan sesama manusia, dan akademik sebelum menghadapi VIVA. Keempat-empat sudut ini sangat penting dan saling berkait antara satu dengan yang lain. Jika mantap persediaan dari 4 sudut ini, detik VIVA akan menjadi suatu detik yang di nanti-nantikan dan menjadi sejarah dan kenangan terindah sampai bila-bila. InshaaAllah, itulah impian saya, mohon doakan.
Dari sudut emosi, perkara pertama yang saya buat
adalah reward and rest. Dalam minggu-minggu dan hari-hari terakhir
sebelum tarikh tesis dihantar, kita telah mengerah seluruh tenaga, emosi dan
fizikal kita hinggalah tesis berjaya di hantar. Jadi, sangat penting untuk
kita reward kejayaan itu dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Bagaimana untuk reward diri dan dapatkan rehat yang
secukupnya? Apa yang saya buat, saya pergi bercuti bersama mak ayah saya
sebagai reward untuk mak ayah saya. Kemudian saya pergi
bercuti sendiri, untuk reward diri, my favouraite moment.
Percutian bersendiri ini sebagai reward dan yang paling
penting untuk beri masa untuk refleksi diri dan rehat secukupnya. Sepanjang
travel, yang paling penting saya akan bawa diary, kamera dan buku (tidak
berkait dengan tesis). Perkara yang perlu saya buat untuk recover and
recharge emosi saya yang pertama adalah dengan menulis. Saya akan
terjemahkan perasaan dan emosi dalam tulisan. Secara tidak langsung kita akan
reflek apa perkara-perkara yang masih perlu diperbaiki dan apa perkara-perkara
yang baik dan perlu diulang-ulang buat. Selain menulis, untuk recharge emosi
saya, ialah dengan buat aktiviti yang buat saya gembira. Dalam kes saya, saya
suka jalan-jalan di tempat baru (kali ni saya telah pergi ke Fraser’s Hill)
perhatikan suasana dan gelagat sekeliling, having a long drive sambil
lihat dan ambil gambar keindahan alam, and end with a hot tea and a
piece of cheesecake in a cossy tea house while reading a book or writing diary.
Berteman rapat dengan alam dan diri akan bantu
install banyak emosi positif dalam diri. Antara perkara lain yang saya turut
lakukan untuk bina suasana yang positif adalah dengan upgrade ruang kerja saya.
Beri nafas baru dari segi susun atur, warna dan hiasan, di samping beri fokus
pada slot Vision Board dan Picture of The Year (dua
elemen ni latih diri saya untuk sentiasa foward thinking). Kita
perlu sediakan emosi yang sangat-sangat positif sebelum hadapi VIVA. Cakap dan
ulang-ulang dalam diri, ini adalah momen yang aku nanti-nantikan dan impikan,
VIVA adalah moment of celebration setelah bertungkus lumus
beberapa tahun membuat kajian. Ini adalah masanya di mana kita boleh bercakap,
berkongsi, dan berbincang dengan lebih mendalam tentang hasil kajian bersama
pakar-pakar dalam bidang kita. Ini adalah masanya untuk kita dapatkan maklum
balas secara terus dari pakar-pakar yang telah baca kajian kita dari awal
sampai akhir. Peringatkan diri yang kita telah usaha dan beri yang terbaik. Teringat
kata-kata arwah guru English saya semasa di London, Datuk Dr Mohamed Yunus
Raiss Mohd Isah, “You should looking forward for the VIVA day, it’s
a celebration day, your Big day, the day that you have been waiting for the
past years, treasure and enjoy the moment”. Seperti yang mentor saya, Dr
Roket juga selalu sebut, its VIVA-licious Day. Inilah emosi
dan mindset yang saya persiapkan pada diri sebelum hari VIVA.
Dari sudut spiritual pula, saya peringatkan diri
saya untuk tambahkan kesyukuran, lazimi istighfar dan perbanyakkan solat malam
dan solat hajat. Banyakkan berdoa semoga Allah bukakan pintu hati untuk lebih
faham kajian, semoga Allah lancarkan lidah untuk menyampaikan, semoga Allah
mudahkan dan lancarkan proses VIVA, dan semoga Allah berkati setiap ilmu dan
usaha sepanjang pengajian PhD. Banyakkan membaca Al-Quran dengan sebutan dan
tajwid yang betul. Sebenarnya bila kita mengaji dengan makhraj yang betul dan
bertajwid, ia akan secara tidak langsung melatih vocal, otot mulut dan
pernafasan kita, dan menjadikan percakapan kita lebih baik dan jelas. Semoga
dengan itu akan membantu sewaktu menyampaikan kajian kita dalam VIVA nanti dan
percakapan seharian kita juga.
Dari sudut hubungan sesama manusia pula, saya
cuba maksimakan lagi habit mudahkan urusan orang lain, banyakkan memberi,
gembirakan hati insan-insan sekeliling terutamanya mak ayah. Selalunya sebelum
menghadapi peperiksaan atau detik-detik penting seperti VIVA, saya akan mesej
dan minta maaf atas segala salah silap yang sedar atau tidak sedar pada kenalan
dan sahabat-sahabat saya. Mohon restu dari mak ayah dan penyelia.
Akhir sekali, persediaan akademik. Tiga minggu
sebelum tarikh dijadualkan VIVA, saya mula susun jadual untuk mock VIVA,
bermula dengan sesi perkongsian tips VIVA bersama postdoc. Disebabkan tesis
saya merangkumi 4 aspek iaitu, basic science, pre-clinical, clinical, dan
cardiac MRI physics, maka saya atur untuk adakan mock VIVA bersama penyelia
dan pensyarah yang arif untuk setiap aspek tersebut. Kemudian saya mulakan
ulang kaji tesis dengan buat mind map keseluruhan tesis supaya saya lebih faham
dan ingat key tesis saya, hadamkan table of content supaya
saya jelas tentang flow tesis saya, baca tesis dari awal sampai habis
sampai hadam sambil buat nota dan tanda pada temmpat-tempat penting dalam
tesis. Di samping itu saya slot-in tonton vedio-vedio pembentangan
dan perhatikan cara panel soal dan cara speaker menjawab pelbagai jenis
soalan (direct question, speculative question, etc.) (buat nota phrase yang
digunakan untuk menjawab soalan). Selain itu, saya juga luangkan masa untuk
hadiri seminar-seminar umum dan follow media sosial jurnal berkaitan bidang
saya untuk mendapatkan maklumat terbaru dan gambaran dari konteks yang lebih
besar tentang bidang kajian saya.
Setakat ini sahaja perkongsian dari saya, semoga
memberi manfaat pada setiap yang membaca. Akhir kata, dalam apa pun yang kita
ingin kecapi, keempat-empat elemen ini (emosi, spiritual, hubungan sesama
manusia, dan matlamat) perlu bersatu dan sentiasa di bajai. Semoga Allah SWT
perkenankan hajat dan impian yang baik-baik buat kita. Mohon doa dari sahabat
semua.
Nur
01.10.2020
Felda Sahabat

Alhamdulillah,tahniah yati
ReplyDelete