Intention & Big WHY
Assalamualikum WBT,
Alhamdulillah, syukur nikmat Allah SWT, masih diberikan ruang dan peluang, diberikan keberkatan masa untuk menulis sedikit sebanyak pengalaman dan kefahaman yang Allah ilhamkan ke dalam hati. InshaaAllah kali ini nak berkongsi pandangan saya berdasarkan tentang dua elemen yang sangat penting sepanjang perjalanan PhD: "Intention" & "Big WHY". Hmm, sebuah topik yang asas tapi berat dan sangat penting dalam hidup.
Intention (Niat)
Niat seperti yang kita maklum adalah hadith pertama dalam Hadith 40 Imam Nawawi: 'Segala amalan itu bergantung kepada niatnya'.
Perkara yang nampak mudah tapi memainkan peranan yang sangat penting.
Ada 2 golongan, golongan pertama dia ada 1 niat sahaja, maka 1 niat itulah yang dia dapat. Golongan ke dua, ada 1 niat tapi dapat 2. Yang golongan 1 ni, niat hanya untuk dunia, maka dunialah yang dia dapat. Golongan kedua pula, niatnya untuk akhirat, maka dia dapat dua-dua, dapat akhirat dan dunia, malah dunia yang kejar dia.
Niat untuk mendalami ilmu Allah SWT, untuk lebih kenal pencipta ilmu, pemilik ilmu, untuk lebih dekat dengan Allah SWT, jadi hambaNya yang lebih baik, meraih redha, meraih syurgaNya.
Jadi, saat hadapi cabaran research dalam pengajian, ingat semula niat asal adalah nak dalami ilmu dan nak kenal pemberi ilmu, fokus pada mengenal pemilik ilmu, maka x kesah lah, buat experiment x menjadi ke, tersilap langkah ke, fokus nak belajar, menjadikan cabaran kecil kelihatan kecil, sebaliknya nampak hikmat besar, asbab experiment x jadi ni, dapat belajar lebih banyak lagi, bawa ke satu cabang yang baru yang x pernah terfikir.
Ataupun cabaran hidup, sama juga, balik semula pada niat, ok niat asal nak lebih dekat dengan Allah, so berlapang dada dengan cabaran kehidupan tu, pandang dari aspek "ok mungkin ada sesuatu Allah nk ajarkan dri cabaran hidup ini, ini juga salah satu jalan untuk aku lebih dekat dgn Allah, itu kan niat aku mulakan perjalanan ni, so apapun yang datang di sepanjangnya, adalah untuk bawa aku dekat dengan Allah.
Sangatlah rugi andai niat kita hanya semata-mata kerana dunia, dunia ni sementara, sahaja, maka akan sia-sialah semuanya, kalau niat buat sesuatu hanya untuk dunia.
Niat boleh juga di katakan sebagai titik permulaan, yang juga tujuan kita. Sebelum mulakan sesuatu perjalanan, pekerjaan, or apapun, mula dengan niat yang boleh juga digambarkan sebagai tujuan, titik permulaan (A), dan pengakhirannya pula adalah Big WHY (B), big WHY boleh juga di gambarkan sebagai hala tuju. Jadi kita mesti ada niat (tujuan) dan big WHY (hala tuju).
Big WHY
So apa dia big WHY ni? Big WHY ni adalah sesuatu yang besar yang you nak capai, something yang u pahatkan dalam hati, emotionally attached to it, something you really wanted to achieve. Something yang akan drive you when things get rough/tough.
Ada bertanya, how big is the big WHY should be? Macam mana nak measure big WHY aku ni big enough ke x? Salah satu caranya, cuba kita tanya semula diri kita sendiri, saat kita hadapi sesuatu cabaran, cukup kuat x big WHY kita untuk tarik kita ke jalan keluar dari cabaran yang sedang di hadapi? Big WHY should be big enough untuk tampung semua cabaran-cabaran yang bakal di hadapi di sepanjang perjalanan.
Big WHY ni ada banyak, ada beberapa level dan aspek. Sebaik-baik big WHY adalah yang di luar dari dunia, untuk akhirat, untuk meraih syurga Allah yang kekal abadi.
Ada masa kita akan berhadapan dengan cabaran yang menyebabkan kita nampak sekeliling kita gelap, dunia semua hitam x nampak apa-apa, tapi apa yang akan menarik kita kembali, adalah big WHY kita yang di luar dari dunia, yang kita bina untuk akhirat, cahaya dari big WHY akhirat ni lah yang akan menarik kita kembali ke jalan yang lurus.
Bagaimana nak kekal di landasan Niat dan Big WHY? - THE JOURNEY
Niat akan menolak kita ke hadapan, dan big WHY akan menarik kita untuk teruskan langkah sampai ke big WHY. Apa tindakan di tengah2 antara dua ni? Sebenarnya, dalam apa jua perkara pun, kita semua adalah pengembara yang sedang dalam perjalanan dari satu titik ke titik yang lain. Di sepanjang perjalanan ini, kita akan grow, diri kita berevolusi dari aspek emosi, spiritual, knowledge dalam bidang yang kita ceburi, dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Tapi, syaratnya, untuk evolve, kena ada dua, ilmu dan circle (insan dan persekitaran).
................................................................................
Start here: 07.11.2020
Kita pergi elemen pertama ilmu/guru. Ilmu ni kita sedia maklum memang sangat penting, in fact, the 1st reveleation is Iqra', kita di suruh membaca, tuntut ilmu. Cara nak cari ilmu, mungkin saya boleh kecikkan kepada dua cabang, Berguru dengan cara hadiri majlis2 ilmu, yang kedua baca buku. Kedua-duanya pula boleh pecah kepada banyak cabang. Contoh, ada mentor, berguru dan pergi kelas yang pelbagai untuk beri input kepada pelbagai jenis aspek, sisi diri kita atua hidup kita yang kita nak grow kan. Contoh, ilmu agama dan ilmu sains, jadi, pastikan setiap minggu ada dua2 aspek ni, bukan hanya tertumpu pada satu sahaja, kena balance. Sama juga dengan buku, buku kena pelbagai.
Ilmu = Main Resorces = Quran & Sunnah = Caranya = Guru + Buku
................................................................................
Elemen kedua, circle. Persekitaran, dengan siapa kita duduk, akan beri impak yang besar kepada evolusi diri kita. Saya boleh kecilkan skop kepada 3: 1) IDOLA - Surround yourself dengan insan2 hebat, inspiration/idola hebat dari segi agama, sains, health, etc., kena kenal rapat idola, so that kita boleh follow steps dia, 2) COMRADE - surround yourself dengan rakan2 yang sama2 seeking/learning, sama minat dan aim yang sama, contoh untuk timba ilmu agama, ilmu medical imaging, health, travel, etc. 3) COMMUNITY - Circle yang kita boleh memberi/contribute. Kita gunakan apa yang kita belajar tadi, untuk aplikasikan ke luar daripada circle comrade kita.
Walaupun sebenarnya, dalam ketiga-tiga jenis circle tu, ada dua hala, memberi dan menerima. Tetapi yang 1 dan 2, lebih banyaknya proses menerima ilmu. Jadi untuk more self-satisfaction, kita perlukan yang ke-3, circle yang ada wightage memberi lebih, dan aplikasi kan apa yang kita belajar kepada sesuatu yang di luar dari kebiasaan. Yang ke-3 akan jadi pelengkap, lekatnya ilmu dan jadi booster motivation.
Circle = Support System = ada 3 tangga Circle - Idola (Nabi Muhammad SAW) > Comrade (Para Sahabat) > Community (Makhluk bumi).
....................................................................................
OK, this is the interesting part, kalau kurang jelas tolong bgitahu, saya cuba explain sampai jelas, hehe:
Next step, macam mana kita nak gabungkan dan susun dua elemen ni (ilmu dan circle), untuk kekal dalam landasan niat dan big WHY kita.
Mula dengan: Permulaan yang baik, bersih, jelas.
Niat simple tapi penting, kalau x jelas akan tersasar, maka semua selepas tu jadi sia2. Ingat satu je, mcm prof muhaya selalu cakap, apa-apa pun buat kerana Allah, untuk Allah, sebab nak kenal dengan Allah, sebab nk dekat dengan Allah. Dalam konteks sebagai pelajar, nak dalami ilmu, sebab nk kenal pemilik ilmu, supaya lebih dekat dengan Allah. Ok then tu dah setel.
Tengah2 ada: Journey bagaimana yang kita perlu ada? (BEST PART) fasa kita berevolusi
Ilmu = Main Resorces = Quran & Sunnah = Caranya = Guru + Buku
Circle = Support System = ada 3 tangga Circle - Idola (Nabi Muhammad SAW) > Comrade (Para Sahabat) > Community (Makhluk bumi).
Design Journey = Bagaimana kita nak design journey kita?
Journey itself adalah part yang paling menarik sebenaranya. Part yang paling banyak beri impak kepada diri kita. Inilah fasa kita berhadapan dengan pelbagai cabaran sebagai tarbiyyah untuk kita jadi lebih baik. Setiap cabaran inilah yang akan jadi catalyst kepada evolusi kita, kita grow diri kita jadi insan dan hamba Allah yang lebih baik, nshaaAllah. Baik dari segi agama, bidang kepakaran kita, dan sosial etc.
Jadi bagaimana kita nak design journey yang kita perlukan menggunakan (Ilmu apa yang perlu tambah? circle yang bagaimana kita perlu ada?) untuk capai apa yang kita mahukan (big WHY)?
Untuk kita design journey, kita kena tahu dulu kita nak apa pengakhirannya? Saya pernah terbaca kisah seorang producer yang hasilkan filem box office, saya terlupa siapa, dia di tanya apa tips nk buat filem hebat2 ni? Producer tu jawab kena mula dengan ending, dari ending tu kita corak jalan cerita.
Lagi satu pernha dengar pepatah "begin with an end in mind", kita kena tahu dulu apa dan ke mana kita nak pergi baru boleh design journey.
So, untuk konteks perjalanan kita, sama pengajian PhD ataupun hidup kita, ending kita adalah big WHY kita.
Dari situ kita boleh design ok, ilmu/guru (resources) apa yang kita perlukan tapi masih kurang untuk capai big WHY. Berapa aspek ilmu, yang kita perlu belajar lagi, guru dan kelas yang bagaimana kita perlu hadiri? Buku apa perlu kita baca, berapa banyak?
Then circle (Support system) yg mcm mana kita perlu ada untuk bantu capai big WHY? Siapakah ahli2 circle? Kat mana nak cari? Kenapa? Sebab manusia ni keupayaan kita terbatas, kita susah nk jumpa yang lengkap semua, jadi kena ada beberapa circle yang comlpement each other untuk penuhi yang kita perlukan for our big why. IDOLA, boleh amik Rasulullah SAW (insan paling sempurna pernah di lahirkan). Mcm mana nak tahu - bacalah buku (The Messenger, Tariq Ramadhan atau Dr Kamilin). Selain dari tu kita boleh jg surround diri kita dengan insan2 yang hebat, berkawan dengan ni mahir sains, ni mahir agama, ni mahir sport.
Sama juga, ok based in big WHY nak jadi expert in cardiac imaging, so untuk achieve big why, kena design journey tu, first ilmu = ada guru (SV and expert, learn from them and theirs classess) ada buku (Essential cardiac), ada idola (SV dan expert atau senior2), then comrade (officemate yang same interest), next community (siapa yang benefited from study - cth dekati org tua, dan rakan2 yang bukan dlm bidang cardiac - share awareness nk jaga kesihatan cardiac).
Dan seterusnya: Saya suka attend attend bnyk jenis kelas, dan baca bnyk jenis buku yg berlainan aspek - so that akan grow kita punya main resorces. Lagi bnyk resources kita, lagi banyak dan lebih baik, kita boleh evolve and grow kan dalam diri.
Sama juga dengan circle, lagi strong la support system kita, lagi banyak jenis kita interaksi, lagi banyak kita akan belajar.
Cuma, key dia,, kesemua ilmu (jenis kelas dan buku dan guru) dan circle (idola, comrade, dan community) kena ber fokus kan kepada big WHY. Sebab ilmu ni luas, dan circle lautan manusia ni luas, so bila kita baca buku atau attand kelas, kita jelas dan tahu apa kita nk belajar, untuk tujuan ke mana? Kita duduk dalam circle, ni kita tahu apa kita nk bljr, nk grow, dan tujuan duduk dalam circle? Kalau x, kita duk baca-baca lepas hilang, duduk dlm circle elok dh, tapi x gerak2, sebab2 xde hala tuju. Pusing2 dalam tempat/level yang sama.
Ni saya bagi contoh buku2, to give rough idea:
- Religion:
- The Messenger,
- The Beginning of guidance,
- NAK, SOFA
- Career - Cardiac, MRI, MATLAB
- Skills:
- The art of letting God - bila failed, mcm mn nak bangun balik?
- Heliza helmi - mcm mn nk menyumbang kepada community?
- Your silence will not protect you - social communication
- HAMKA - creativity
- Alchemist - life
Dari bigWHY > Care aspek diri kita yang kena improve > Compass PhD/kehidupan > Design ilmu, circle > Time management (TM 168)
End: Pengakhiran yang bagaimana yang kita nak? Yang baik dan jelas.
Big Why pula, seperti yang saya cakap sebelum ni, hala tuju, kena jelas, terperinci.
Big WHY nak mudah dan lebih sistematik, boleh pecah pada contoh: self/family, career, ummah.
Tapi cuba paksikan semula ketiga-tiga ni kepada 1 big WHY > Akhirat > Syurga.
Untuk kita ada big why yang jelas, yang lekat di hati dan bukannya sekadar di tampal di dinding di tulis dalalm diary, kita kena kenal diri, kena tahu apa yang kita nak dalam hidup?
3 IMPORTANT questions:
- DARI MANA AKU DATANG?
- KENAPA AKU DISINI?
- KEMANA SELEPAS INI?
- The Messenger "Understanding the meanings of the Life of Prophet Muhammad SAW" - learn how Rasulullahe responses in a difficult situation (Peristiwa Taif), his aim (dakwah Islam), his strategies (Kisah Hijrah ke Madinah).
- The Quest for Meaning - "Life is there, time passes, and life passes away. The question of time shapes awareness of death. The awareness of death is reflected in and reflects the essence, its origins and future, and the meaning of destiny and hope." - Find a meaning to life, find answers to doubt and question
- The Art of Letting God - Redha (lepaskan kekesalan - kadang down sebab x capai seperti apa yang di harapkan) and let God pegang perkara yang di luar kawalan kita.
I would like to end with my favourite section from one of my favourite book:
"The reason you woke up this morning was because Allah wasn't finished with you yet. He's got something else for you to do. If you're a teacher, then you haven't taught your best lesson yet. If you're a writer, you haven't published your best piece yet. If you're a business owner, you haven't negotiated your best deal yet. Each day, you're one step closer to living your best day yet. Seize every opportunity. The time is right, the conditions are in order. Something amazing is about to happen in your life. Don't let anybody tell you you're not good enough. Don't let them tell you you're too young, or too old. Don't let anybody tell you that you're finished. Every day that you wake up in the morning, it's a sign - the best is yet to come."
..................................................................................
Apa yang datangnya dari Allah, sama-sama kita amalkan, apa yang kurang datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Ambil yang baik-baik sahaja, yang terkurang mohon tegur dan bantu saya perbaiki.
Terima kasih,
Nur
Comments
Post a Comment