"HOW ARE YOU?"

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah, syukur nikmat Allah menghadirkan ilham ke dalam hati dan membuka minda untuk berfikir untuk mencari ibrah, mencelikkan mata hati untuk memahami hikmah, semoga dengannya, dapat kita mencorak sebuah kehidupan, menjalani kehidupan yang dekat dengan Pencipta kita.

Bila lihat sepanjang minggu ni, mencari tema refleksi, hadir sebaris ayat ni "HOW ARE YOU?". Kadang-kadang dalam kesibukan hidup, kita terlupa untuk mengungkapkan sebaris ayat ini kepada insan-insan yang kita sayangi, insan-insan yang hampir dengan kita, dan yang paling utamanya, kadang kita terlupa bertanya pada insan di dalam cermin di hadapan kita, "how are you?". Look at yourself in the eye, smile, and ask "how are you, my dear?".

Then I look at the mirror in front of me, and started to ponder, 

  • "adakah aku disibukkan dengan perkara utama yang sewajarnya dan selayaknya diusahakan dalam hidup sebagai insan di muka bumi?" 
  • "di manakah paksi kehidupan aku saat ini?"
  • "apakah formula kehidupan aku saat ini?"
  • "apakah hidup aku siap untuk masuk ke medan perang setiap hari?"
Sungguh diri ini yang tunjangnya hati, sifatnya sentiasa berbolak balik.

  • Adakalanya diri ini, alhamdulillah mashaaAllah, so full of energy, full of creativity, in our mission to raise the Ummah, to contribute in every possible way I could think off. 
  • Adakalanya diri ini, feel sooo hopeless, I feel pain inside my heart and the least I can do is to pray for the Ummah.
  • Adakalanya diri ini, merasa sungguh beratnya bahu memikul tugas sebagai insan di atas muka bumi

Aku fikir, inilah lumrah kehidupan. Hidup ini ibarat roda, adakalanya berada di atas, adakalanya di bawah. Hidup ibarat berada dalam gerabak, adakalanya kita jadi pemandu, adakalanya kita jadi penjaga tiket, dan adakalanya yang mampu kita buat hanya duduk di dalam gerabak menjadi penumpang, namun tetap kekal berusaha untuk berada di dalam gerabak yang bergerak dalam landasan yang benar, menuju destinasi abadi, menemui Pencipta ku.

Teringat doa yang di ajarkan kepada kita. Semoga hati ini tetap dan sentiasa diteguhkan dalam agama yang benar, semoga hati ini tetap teguh dalam ketaatan kepada Allah swt.

Sumber:https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2273-irsyad-al-hadith-siri-ke-244-status-doa-ditetap-hati

SOALAN 1

Berbalik kepada persoalan tadi, "adakah aku disibukkan dengan perkara utama yang sewajarnya dan selayaknya diusahakan dalam hidup sebagai insan di atas muka bumi?". Apakah perkara utama ini? Di sepanjang perjalanan hidup yang hampir mencapai separuh usia Rasulullah saw, ku fahami ada 4 perkara yang perlu ku pahatkan kedalam hati: 

Kenal Diri dan Pencipta = Dari mana kita datang?

Saya sangat terkesan saat mengikuti seminar 'Mihrab Coaching 5.0 - Ma'rifatullah dalam pedoman Al Quran' yang disampaikan oleh Ummi Ustazah Norhafizah Musa. Ustazah kupas tentang hakikat diri kita yang sebenarnya dalam Surah Al Insaan (Surah 76), ayat 1-2. Sama-sama kita tadabburi dan pelajari tafsir dua ayat ini. Hakikatnya, kita dahulu tidak pernah wujud, tidak pernah di sebut-sebut pun, tetapi Allah yang telah menciptakan kita bermula dari air mani, maka lahirlah kita ke dunia sehinggalah sekarang kita telah dewasa. 

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
[Al-Insaan 76:1]

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
[Al-Insaan 76:2]

Tujuan Hidup = Apa tujuan sebenar kita hidup di muka bumi? 

Maka setelah kita dewasa, setelah kita mampu berdiri atas kaki sendiri, apakah kita faham tujuan sebenar, apakah kita telah menjalankan tugas sebenar wujudnya kita di atas muka bumi ini? Teringat pesan muraabi, lahirnya kita di dunia ini untuk menjalankan dua kod kehidupan yang utama: sebagai khalifah dan untuk beribadah kepada Allah swt. Hidup di dunia ini cuma sebentar, di dalam kotak kehidupan kita masing-masing. Sama-sama kita pelajari dan tanamkan Surah Al Baqarah, ayat ke-30 [2:30] dan Surah Adz Dzaariyaat, ayat ke-56 [51:56] ke dalam hati dan terjemahkan ke dalam kehidupan seharian kita.



Hakikat Mati 

Selepas kita fahami tujuan sebenar kita hidup di atas muka bumi ini, jangan pula kita lupa atau seakan lari dari hakikat kematian. Jika di lihat dari kotak kehidupan di atas, usia/jangka hayat kehidupan kita ini cuma dalam kotak itu sahaja, dari tarikh kita lahir sehinggalah tarikh kematian kita yang telah di tetapkan sejak azali lagi. Teringat penceritaan Ustazah Norhafizah Musa dalam Seminar Husnul Khatimah, tentang hakikat mati dan peringkat-peringkat kematian. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)"(Al-Jumu'ah 62:8)
Pengisian: Seminar Husnul Khatimah
Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa


Saya tertarik juga dengan tulisan Tariq Ramadan dalam buku beliau yang bertajuk 'The Quest For Meaning'. Ketika beliau mengupas tentang 'Time'. Bila kita mula sedar tetang sifat masa, yakni, masa tidak akan datang kembali, masa akan terus berlalu sama ada kita sedar atau tidak. Saat masa belalu pergi, jangka hayat kita juga berlalu pergi, bererti kita semakin menghampiri kematian, bererti kita semakin menghampiri penghujung kotak kehidupan kita. Saat kita sedar dan yakini hakikat suatu hari nanti kita akan mati, kita akan mula mencari makna dalam kehidupan, kita akan mula bertanya 3 persoalan utama: What can I know? What should I do? What may I hope for?. Jawapan kepada persoalan-persoalan ini, makna pada kehidupan ini ada pada Yang Memiliki Seluruh Kehidupan ini. yakni Pencipta manusia, Pencipta alam semesta, 'if we know where we come from, we know our way'.

Bila mana kita telah tahu dari mana kita datang, bila kita telah kenal Pencipta kita, maka akan kita temui cara sebenar dan terbaik untuk menjalani kehidupan di dunia ini.

Ke Mana Selepas Ini?

Setelah kita fahami tujuan kehidupan dan hakikat kematian, yang terakhir sekali, kita perlu fahami hala tuju kehidupan, yakni ke mana selepas ini? Ke mana selepas kematian? Kita semua adalah pengembara di atas muka bumi, dalam perjalanan menuju Pencipta kita, Allah SWT. Teringat pesan Ustaz Amin dalam perkongsian beliau baru-baru ini dalam slot catch up with Dr Syafiq yang bertajuk 'Anxiety & Quran'; "Jangan bazirkan walau sesaat pun masa kita untuk melakukan perkara-perkara yang tidak membawa kita dekat kepada Allah swt". Kerana hakikat hidup ini, kita sedang berjalan menuju Allah SWT, menuju ke penghidupan yang kekal abadi. Teringat kata-kata guru saya semasa di London, Syeikh Marwan: "Kita kita dapat menjalani hidup ibarat hidup di dalam syurga dunia, maka InshaaAllah syurga juga tempat kita di akhirat nanti", saya tertanya apakah syurga dunia?, jawapannya "Saat kamu kamu menjalani hidup dengan hati yang tenang, itulah syurga dunia". 

Langsung saya teringat kepada 4 ayat kegemaran yang menjadi salah satu misi utama kehidupan, dalam Surah Al Fajr:

"Wahai jiwa yang tenang! (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhai-Nya (28) Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (29) Dan masuklah ke dalam syurga-Ku (30)
[Al Fajr: 27-30]

Sama-sama kita tadabburi dan pelajari tafsir ayat-ayat ini dan sematkan kemas dalam hati kita.


SOALAN 2

Persoalan kedua, sambil melihat kedalam cermin, aku bertanya, "di manakah paksi kehidupan aku saat ini?" Di sepanjang perjalanan kehidupan jatuh bangun bertahun-tahun ini, ku dapati, hidup ini akan sentiasa terpelihara saat aku paksikan seluruh kehidupan kepada 3 perkara utama yakni Niat, Solat, Amalan Harian.

Niat

Niat adalah paksi utama. Dari bonda Prof Dr Muhaya, niat ada 6 tahap: Duit - Nama - Diri Sendiri - Taqwa - Syurga - Redha Allah swt. Ku dapati, selagi mana seluruh hidup ku aku paksikan kepada niat untukmencari redha Allah swt, segalanya yang datang, segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk ku. Ku yakini, selagi mana niat aku ikhlas untuk mencari Allah, kerana Allah, pasti Allah hadirkan bantuan yang tidak di sangka-sangka, pasti Allah lorongkan aku ke jalan-jalan yang baik yang lebih mendekatkan aku pada Nya

Solat

Nak tahu sama ada hidup kita di landasan yang baik atau tidak? Cek kualiti solat kita? Adakah Solat menjadi paksi kepada aktiviti seharian, atau aktiviti seharian kita menjadi paksi kehidupan? Teringat pesan Ustaz Nouman Ali Khan, jadikan waktu solat sebagai paksi kehidupan seharian kita cuba atur jadual kehidupan mengikut jadual waktu solat (cth: Selepas Solat Zohor aku akan lakukan aktiviti/kerja ini). Bukan waktu solat mengikut jadual kerja harian (cth; Selepas habis kerja ini lah baru aku solat). Beza kan?

Amalan Harian

Ku dapati juga, amalan harianlah yang selalu membantu mendukung aku saat iman sedikit tergelincir, saat hati sedikit berbolak balik. Seperti mana kita ada ibadah yang wajib, sunat, harus, etc, seperti itu jugalah, kita perlu juga ada amalan yang kita telah tetapkan dalam diri yang tidak boleh kita tinggalkan walau selemah mana pun keadaan jiwa, walau sesukar mana pun keadaan kehidupan yang dialami saat itu. Cuba design mutabaah amal untuk diri selari dengan garis panduan yang telah di ajarkan kepada kita, contohnya membaca set masa dan target bacaan Al Quran, baca Al Ma'thurat (zikir pagi dan petang), amalan baca Surah Al Mulk sebelum tidur, amalan baca Surah Al Kahfi setiap hari jumaat, amalan solat tahajud, solat sunat rawatib, solat dhuhaistighfar, selawat, dan banyak lagi. Amalan-amalan harian inilah yang perlu kita bentuk agar ia menjadi rutin harian. Saat ia menjadi rutin harian, maka InshaaAllah dalam apa jua keadaan pun, kita akan tetap lakukan amalan rutin ini, kerana ia telah sebati dalam jiwa. Antara lain yang diajarkan oleh bonda kita Prof Dr Muhaya, gratitude journal, amalkan 7S (syukur-sedar diri-sucikan diri-silaturahim-sayang-sabar) setiap hari.

SOALAN 3

Aku bertanya lagi, "apakah formula kehidupan aku masih tepat saat ini?". Apa yang aku maksudkan dengan formula kehidupan? Dalam kita memacu kehidupan di dalam kotak kehidupan, menuju Pencipta, dalam kita berusaha memaksikan kehidupan kita pada paksi yang benar, ku dapati diri ini sering keliru dalam menentukan priority hidup dalam membuat pilihan. Setiap saat, minit, jam, dan hari, kita perlu membuat pilihan. Dan pilihan-pilihan inilah yang mencorak keadaan kehidupan kita. Aku cuba jalani hidup dan mengatur priority hidup dalam kerangka formula kehidupan yang ku pelajari dari Bonda Prof Dr Muhaya dan Pak Ary.

1% [Fizikal] + 99% [Roh]

Maka aku memilih untuk fokuskan usaha lebih kepada membangun kekuatan dalaman.

1% [Inspirasi] + 99% [Kerja Keras/Rutin]

Maka aku memilih untuk kerja keras, mujahadah, dan berusaha membina rutin harian yang terbaik. Antara rutin harian yang dikongsikan Pak Ary: Qiamullail, Zikir asmaul husna, 1 jam senaman, rencana kerja harian setiap malam sebelum tidur.

2% [Sabar] + 98% [Syukur]

Maka aku memilih untuk besarkan syukur, peringatkan diri akan segala nikmat yang banyak yang Allah telah kurniakan. Ujian yang datang itu hanya sedikit di banding nikmat yang Allah beri - ada yang kita tahu dan tidak kita ketahui.

Peristiwa (Takdir) + Respon (Takbir diri) = Hasil Kehidupan

Maka aku memilih untuk lebih fokus pada respon ku pada setiap kejadian yang berlaku, pada apapun yang datang dalam hidup ini. Pesan bonda, jika peristiwa yang hadir negatif [-10], jika kita sambut dengan respon positif [+15], maka hasilnya akan tetap positif [+5].

3 Jenis Kehidupan: Secret Life - Private Life - Public Life

Maka saat merasa hidup tidak seimbang, seakan ada yang kurang, cek semula keadaan ketiga-tiga jenis kehidupan. Tingkatkan lagi Secter Life, itulah sumber utama kekuatan kita.


SOALAN 4

Dan persoalan terakhir, "apakah setiap hari hidup aku siap untuk masuk ke medan perang?

Kerana saat kita tidak merancang, bererti kita merancang untuk gagal. Saat kita bersiap sedia, bererti kita membiarkan diri tewas sebelum bertarung.

Ku amati Surah An Nas, ku cuba fahami tafsir Fi Zilal, kini aku lebih mengenal musuh ku ini, yang bernama syaitan. Ku sedari hakikat bahawa syaitan ini telah mengishriharkan perang yang berterusan kepadaku, satu pertarungan yang tidak akan tamat sehingga hari Qiamat menjelma. Kini aku lebih kenal dan sedar bahawa bisikan syaitan ini sungguh halus, bisikan yang tidak kelihatan di mata ku, namun dapat ku rasakan kesan-kesannya di dalam jiwa dan hidup ku saat ia berhasil menguasaiku. Namun aku juga telah kenal bahawa bisikan syaitan ini punya kelemahan, sifat tenggelam dan timbul. Syaitan ini sentiasa menunggu-nunggu peluang untuk menyerang. Maka aku perlu persiapkan diriku setiap masa agar menutup segala peluang dan ruang untuk syaitan ini masuk ke dalam diri. 

Bagaimana caranya? Pencipta Ku, Tuhan ku yang aku sayangi, telah sediakan jalannya, Allah tidak membiarkan kita mengharungi perjuangan peperangan melawan syaitan ini sendiri. Kita dia ajar supaya sentiasa siap dengan 3 perkara: Iman - Zikir - Doa. 

  • Iman adalah perisai - bagaimankah tahap iman aku saat ini?
  • Zikir adalah kelengkapan perang - apakah sudah cukup zikir ku?
  • Doa adalah senjatanya - di manakah hati ku saat berdoa? 

Maka menjadi tugas ku sebagai insan, untuk sentiasa mempertingkatkan iman, memperbanyakkan amalan-amalan yang meneguhkan iman, tugasku untuk terus menerus berzikir mengingati Allah, tugas ku untuk tidak putus berdoa pada Allah memohon perlindungan, dan tugasku untuk menjadikan Surah ini sebagai pendinding ku. Kerana syaitan ini apabila dilawan, mereka akan berundur menyembunyikan diri, sebagaimana yang digambarkan Rasulullah saw:

Sumber: Tafsir Fi Zilal, Juzuk 30, Surah An Nas

Pada setiap pertanyaan "How Are You?" pastinya kita mahu sambut dengan jawapan yang bersemangat, tersenyum bahagia dengan rasa penuh kesyukuran "Alhamdulillah, I am Great, hidup yang Allah pinjamkan untuk aku ini sungguh indah". 

Tapi ku fahami wahai diri, saat engkau bertanya pada diri "How Are You?", ada pula masa-masanya sungguh berat untuk engkau hadirkan hati menzahirkan lafaz "Alhamdulillah, I am Great, hidup yang Allah pinjamkan untuk aku ini sungguh indah". Andai engkau berada pada keadaan itu, don't beat yourself too much, but instead choose to love yourself, forgive yourself and slowly audit diri, semak satu persatu 4 soalan tadi:

  • "adakah aku disibukkan dengan perkara utama yang sewajarnya dan selayaknya diusahakan dalam hidup sebagai insan di muka bumi?" 
  • "di manakah paksi kehidupan aku saat ini?"
  • "apakah formula kehidupan aku saat ini?"
  • "apakah hidup aku siap untuk masuk ke medan perang setiap hari?"

In shaa Allah akan engkau temui jawapannya. Berdamailah dengan kelemahan diri, raikanlah kekuatan diri, dan terus mulakan langkah perbaiki diri satu persatu. Akan engkau dapati, laluan dihadapan kembali cerah dan terarah, dan hati mu berbisik "Alhamdulillah, I am Great, my life is Amazing". 

Dan saat diri tidak berada pada tahap optimum seperti yang di harapkan, ku perhatikan ada 4 perkara yang membantu ku:

  • Quiet Time - Quite time luar dalam dalam minda. Kadang bilik/rumah dah senyap sunyi, tapi dalam minta kita banyak noise. Cara terbaik dapat kan quite time adalah di pertengahan malam, saat hanya ada kita bersama Pencipta kita
  • Run - Bila kita tidak mampu shift emosi/psychology, shift fizikal (gerakkan fizikal kita), ini akan bantu kita shake and shift emotion
  • Nature - Tadabbur alam, dampingi 4 unsur alam, tanah (cuba pijak tanah tanpa pakai kasut, atau baring atas rumput), air (lihat dan dengar bunyi ombak, air terjun, etc), angin (cari udara segar di sebalik pohon-pohon, gunung-ganang, lihat langit, rasai angin sepoi2 menyapa ketenangan dalam hati), api (biar tubuh kita terkena cahaya matahari)
  • Food - Cari makanan dalaman (baca/dengar Quran, zikir) dan luaran (happy and healthy food)

Wahai diri, dari semasa ke semasa, pergi ke cermin, dan katakan pada insan di hadapan mu, "HOW ARE YOU?"




Sekian,

Nur

06.02.2021

Desa Kencanna








Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013