Menyuntik Semangat Merdeka Pada Permulaan Kembara PhD (Tahun 1)

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum.

Image result for bendera malaysia

Apa maksud merdeka bagi aku tahun ini? Apa yang aku mahu merdekakan diri aku tahun ini?

Esok aku akan mulakan pengajian PhD aku officially di bumi London, UCL. Perasaan? Sedikit gentar namun masih bersemangat. Alhamdulillah, setelah dua minggu mencari hati yang hilang, aku rasa telahmendapatkannya kembali.

1 September 2016 bakal menjadi titik permulaan kepada suatu perjalanan yang penuh warna warni dan pastinya indah dan penuh makna. In syaa Allah, aku mahu cuba yang terbaik, menjadi seorang yang lebih optimist dan akan sentiasa semangat. Saya akan belajar banyak benda, not just about research, it also about life.

Teringat semasa menghadiri BTN BYDPA yang lalu, Dr Zaini cakap, be prepared and be ready untuk jadi orang hebat. Dalam maksudnya. Bersediakah aku? Ada satu masa terlintas dalam fikiran, semasa awal2 dapat biasiswa ni, bersukur sangat, tpi macam xtertanggung tanggugjawab yang harus di pikul. Serabut juga saat itu. Lama-lama aku sedar, x perlu rasa di tekan dengan komitmen, tapi niatlah dan usahalah melakukan yang terbaik sehabis dayamu. Allah bersama kita. Just do your best, take it one by one, and tamatkan dengan sehabis baik semampumu. Pasti Allah akan bukakan jalan, mengiringi kita melaluinya. Aku tidak bersendirian.

Aku akui terasa berat diri ini melangkah masuk ke dunia yang baru. Beratnya tangan melepaskan genggaman tangan mak ayah dan keluarga, beratnya mata melepaskan mereka dari pandangan, beratnya kaki menginjakkan langkah di bumi ini. Akhirnya, hari ini, air mata ini mengalir kerana rasa rindu yang sarat pada mak ayah. Mendengar suara mereka bukan mengurangkan, bahkan menambahkan lagi rasa rindu dan keinginan mengucup tangan mereka, menatapi wajah mereka. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan semangat yang luar biasa untuk aku harungi semua ini.

"Nur Hayati, seindah nama mu, 'cahaya hidup', hidupmu In sya Allah akan sentiasa bercahaya. Jangan bimbang, engkau boleh sempurnakannya. Cuma kali ini, kita perlu pendekatan yang lebih rapi dan teratur sebab kita mahu jadi orang hebat in sya Allah dunia akhirat. Hapuslah air mata mu, ayuh kita kumpul semua kekuatan,semangat dan keyakinan dalam diri. Walaupun payah, engkau kena teruskan kayuh, sebab masa  tidak menunggumu, walaupun seakan buntu jalannya, engkau kena sentiasa optimist, sebab masalah xkan selesai dengan keluh kesah, dan yang paling penting, dalam apa jua keadaan, sentiasa yakin akan jalan dan pilihan yang Allah hadirkan dalam hidup. Pastinya, itu yang terbaik, cuma kita sebagai hamba kadang khilaf dalam menilai. Percayalah pada ketentuan, di perjalanannya nanti pasti indah, kesudahannya pasti manis. Yakin pada Allah SWT"

Setiap insan punya jalan dan cerita kehidupan yang berbeza. Itu semua mencorak apakah persepsi kita dan bagaimana kita dalam menghadapi sesuatu. Mungkin terlihat senang mata memandang melihat mereka memulakan langkah, tapi kita tidak pernah tahu isi hati mereka. Mungkin terlihat payah bagi mereka yang lain, tapi kita xtahu apa yang harus dia korbankan untuk kearah itu. Mungkin sesetengah mereka memilih untuk meletakkan diri di tempat tinggi untuk mengoptimumkan potensi diri, tapi mungkin tidak bagi sesetengah yang lain. Mereka memilih untuk berada di pertegahan dan mungkin memilih untuk berada di gelanggang perintis untuk mengoptimumkan potensi diri. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Oleh itu, jangan pernah ragu pada apa jua langkah mu, yang penting buat pilihan itu berdasarkan fakta dan bukti, bukan alasan, dan bertawakallah kepadaNya. Keraguan yang datang selepas itu hanyalah mainan perasaan yang tidak sihat dan harus di buang jauh-jauh. Kunci mudah, kalimah "syukur selalu".

MASA AKAN TERUS BERJALAN, ITS A MATTER OF WHETHER YOU FOLLOW, LEFT BEHIND OR LEAD THE TIME.

Kita harus memimpin masa dan persekitaran kita.

Bila rasa fikiran dan emosi berkecamuk, jangan rasa, ok aku kena keluar jalan carik ketenangan. Ketenangan itu ada dalam diri sendiri, bukan di luar. Ya, memadai sekadar keluar pandang kelangit, memandang kehijauan pokok dan menghirup udara segar. Kemudian masuk kembali dan cari lagi ketenangan itu. Kena tanya hati, apa yang engkau mahu untuk tenang? Sebenarnya mudah sahaja andai kita tuliskan semua masalah itu dan selesaikan satu2 semua kekacauan dalam fikiran. Jangan biarkan melarat lebih dari 3 hari. Sebenarnya hati tidak tenang kerana ia kosong, jauh dari Sang Pencipta. Renung-renungkan kembali.

Okay, mulai sekarang, kena disiplin, itu langkah pertama untuk kita merdekakan diri dari kemelut jiwa yang tidak merdeka. Misi hari merdaka tahun ini, nak merdeka dari ditekan dengan diri sendiri..hehehe.. Memang fitrah manusia, bila dia buat salah, rasa bersalah akan hadir sendiri dan langsung menekan diri sendiri. Sebab itu, kita kena buat yang baik-baik, jika tersalah langkah, segera betulkan tanpa berlengah, maafkan diri dan usaha untuk tidak ulangi. Itulah lumrah kehidupan. Beri manfaat pada orang. Tangan yang memberi itu lebih baik. Jangan di tekan dengan persekitaran atau pandangan orang, cukup sekadar mengambil pengajaran darinya. Binalah diri yang jiwanya kental dan berpendirian. Setiap apa pun kekurangan kita, acknowledge it. Pada setiap kelemahan, jangan kita ambil ia untuk menghukum diri sebagai insan tidak berguna, sebaliknya coraklah strategi untuk memperbaikinya setelah kita menerima dengan hati yang terbuka apa kelemahan diri.Orang yang berjaya adalah orang yang tahu dan terima kelemahan dirinya dan berusaha memperbaikinya. Di samping itu, cari pula kelebihan diri dan perkemaskan lagi. Semoga menjadi hambaNYA yang terbaik di dunia dan akhirat.

Dunia sememangnya adalah sebuah arena perjuangan, ianya hanya permulaan kepada suatu perjalanan yang masih panjang menuju Syurga yang abadi. Di situ kita akan KEKAL selamanya. Itu adalah matlamat utama kita. Kita mahu memiliki Syurga sebagai tempat kita yang kekal. Bagaimana mencapainya? Jangan sesekali terlupa ini matlamat utama hidupnya kita di dunia ini.

MENGEJAR DUNIA TAPI JANGAN TINGGAL AKHIRAT? ATAU
MENGEJAR AKHIRAT TAPI JANGAN TINGGAL DUNIA?

PERINSIP KITA KELOMPOK YANG MANA?

Pastinya perlu pegang, MENGEJAR AKHIRAT TAPI JANGAN TINGGAL DUNIA. Jadikan dunia ini dan apa jua yang kita usahakan sebagai batu loncatan untuk kita menggenggam syurga, in sya Allah. Maka tenanglah hati, bila yang kita kejar adalah syurga dan bukannya kekayaan atau pangkat atau nama di dunia yang sementara ini.

Namun itu tidak bermaksud kita harus bersambil lewa dan bermalasan di dunia ini. Setiap yang kita lakukan dan apa jua tindakan kita di dunia ini akan dihitung satu persatu di akhirat nanti. Jadi, apapun yang ada dihadapanmu sekarang dan apapun komitmen mu sekarang, mesti lakukan yang terbaik, kerana itu adalah amanahmu yang akan di soal nanti. Setiap harta yang engkau belanjakan akan dihitung. Setiap langkah kaki mu, ke kanan atau ke kiri akan di catat. Tidakkan engkau berfikir? Tidakkah engkau gerun?

So, lets go,, kita mula balik ye. Kita buat elok-elok in syaa Allah, Allah akan bantu.

We have to admit ultimately that we are powerless. Without the help of Allah, we cannot change anything.Therefore, we have to accept Allah in our lives as the only power who can help us. As the Prophet (pbuh) often used to say, "Laa hawla wa laa quwwata illaa billaah (There is no change nor power except by the will of Allah)".

ALLAH CAN CHANGE THE MOST HOPELESS SITUATION INTO THE BEST MOMENT IN YOUR LIFE.

Ok, this is what I gonna do!!!

Tips Prof Muhaya:

  • Checklist harian (Buat selama 40 hari)
  1. Tulis berkara yang kita bersyukur hari ini
  2. Apakah fikiran negatif yang halang cita-cita kita hari ini
  3. Apa tabiat yang perlu kita ubah untuk capai bahagia
  4. Apa tindakan saya hari ini untuk ubah kehidupan
  • Ingat selalu
  1. Tengok kesihatan, makan minum kena jaga
  2. Audit mental, apa status bacaan quran, keadaan rohani bagaimana?
  3. Jaga solat
  4. Hubungan dengan manusia lain
  5. Perbelanjaan kita hari ini untuk Allah tengok atau orang lain tengok?

Kuasa menulis:
  • Boleh stimulate otak kita
  • Kalau ada masalah tulis satu-satu
  • Sebelum tidur, tulis apa perkara nak buat esok

Jaga fikiran setiap minit, jam, hari, dan minggu. In syaa Allah setiap masa akan di gunakan dengan baik.

Okay, cukuplah hari ini, banyak lagi checklist tuk hari ni xsetel.

Hudson Close, London
31 August 2016
Selamat Hari Merdeka
Selamat Memerdekakan DIRI


Mohon doakan saya selalu. :) Assalamualaikum

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013