Jejak Jejak Hijrah

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah..hari ini, jari ini kembali menaip di ruangan ini.. meluahkan rasa yang tersimpan dalam hati.. Alhamdulillah sebulan yang panjang penuh dengan kesibukan tugas-tugas PhD ku.. Aku sedikit terleka dengan kesibukan dunia.. Alhamdulillah Allah SWT The Most Merciful, tarik aku semula ke jalan Nya.. Kembali memegang janjiku padaNya..

Ya Rabbi.. sukarnya menegakkan agama dalam diri ini. Tahun lepas, saat ini sudah setahun seminggu sejak aku mengerjakan umrah bersama Kak Rose dan sahabat-sahabat lain dari UK. Sebuah memori yang sangat indah dan cukup bermakna buat aku. Satu titik yang menjadi penguat kepada hijrah ku yang ku impikan sekian lama.. 

Sepanjang di Kota Mekah dan Madinah, hadir sebuah ketenangan yang luar biasa dalam hati.. Indahnya perasaan itu, sejak itu aku berazam itu berusaha kekalkan rasa itu dalam hati.. Sewaktu di sana juga, aku rasakan ketakutan yang amat sangat pada hari perhitungan buat pertama kalinya.. Ya Allah, bagaimanakah keadaan ku di hari perhitungan nanti? Bagaimanakah keadaan keluarga ku saat itu nanti? Layakkah kaki ini melangkah ke syurga Mu? Selamatkah diri ini dari api nerakaMu? Terlalu banyak dosa-dosaku..betapa mata hati ini tertutup dalam mengejar agamaMu..

Alhamdulillah,,I will be forever grateful that Allah SWT has opened my heart to now see what I can't see before and feel what I can't feel before. Inilah hidayah yang x ternilai hadiah dari Allah SWT. Bercampur baur rasa dalam hati - terharu, syukur, sedih, gembira. Alhamdulillah.. Aku xsanggup kehilangan hidayah ini, bimbang bila ia tidak dijaga, ia akan pergi dan x kembali lagi.. Aku sangat takut untuk jauh dari Allah SWT tanpa aku sedar.. Izinkan aku untuk sentiasa dekat denganMu Ya Allah, hingga sampai saat aku menghembuskan nafas ku yang terahkir di dunia ini..

Yes..that was the time, that was a called for Hijrah sepenuh hati yang telah lama aku impikan.. It's now or never..

Setahun berlalu dengan cukup pantas..pelbagai ujian melanda, alhamdulillah.. Allah SWT sedang memperkuatkan aku, dari segenap aspek kehidupan - soal hidup & mati, soal tanggungjawab ibu bapa pada anak-anak, soal hubungan kita sesama manusia, soal tangunggjawab kerja, soal jodoh. Ujian-ujian inilah satu bentuk pembelajaran (tarbiyyah) terus dari Allah SWT. Bila aku reflek semula respon ku saat di uji, naif nya diri ini..masih banyak yang perlu aku pelajari dan perbaiki,,aku masih perlukan latihan agar lebih sabar dan kuat saat di uji.

Mari kita audit diri,,di mana progres kita dalam hijrah kita..

Setiap kali ujian datang,,respon pertama pastinya aku akan rasa sedih, berat, serabut..namun setiap kali itu juga, aku akan dapati seribu hikmah dalam ujian itu.. Ya Allah, sungguh diri ini masih kurang sabarnya, masih kurang pergantungan dan kepercayaan padaMu. Aku perlu lebih sabar dan lebih tenang dalam mengahadapi ujian selepas ini, bimbang nanti dalam keserabutan kita menghadapi ujian, lahir keluhan dan rungutan atas ujian itu, sedangkan redha yang perlu kita tampilkan saat di uji. 

But alhamdulillah..aku semakin tenang dalam menguruskan perkara yang berkaitan keluarga dan orang sekeliling ku. Aku semakin tenang menguruskan urusan kerja dan peribadi seharian meskipun sepanjang tahun ni memang cukup sibuk. Cuma aku dapati ada satu sisi yang aku masih kurang arif dalam mengandalikannya. Yes, soal hati - soal jodoh. Aku x pernah merasa keserabutan sebegini selama ini, aku xpernah rasa sesukar ini membuat pilihan.. Sungguh hebat tahap tawakal ini diuji.. 

Alhamdulillah,,setelah aku bertanya pada hati dan setelah aku yakin pada bisikan fatwa hati ini..aku akhirnya membuat sebuah pilihan, aku xpasti adakah pilihan ini tepat, namun akau pasti ini yang terbaik buat agamaku.. Sungguh, menegakkan agama dalam diri ini tidak mudah. Semoga Allah redha dan semoga Allah tunjukkan aku jalan-jalan selepas ini. Andai aku tersilap langkah, semoga Allah bantu aku untuk memperbetulkan semula kesilapan ku. Ianya sebuah keputusan yang sungguh sukar.. Namun ia juga sebuah pilihan yang menghadirkan semula ketenangan hati yang telah lama terbenam jauh dalam lubuk hati..

Allah..sungguh sukar untuk ku fahami sifat hati ini..sungguh berbolak balik hati ini.. Namun inilah ujian, untuk menguji kita, kita sering cakap jodoh itu di tangan Allah SWT, ia akan datang pada masa dan dengan orangnya yang sesuai.. Allah lah yang menggerakkan hati-hati hambaNya.. Dan adakah kita hanya akan dibiarkan menzahirkan kata-kata ini tanpa di uji adakah kita benar-benar percaya dan berpegang pada hakikat ini?

Ya Allah..aku berserah diri padaMu.. Ya Hayyu Ya Qayyum, uruskanlah urusan jodohku ini untuk ku.. Tidaklah aku layak mempersoal jodoh yang mana yang terbaik.. Aku memilih untuk fokus pada memperbaiki diri.. Allah tahu pasangan yang terbaik buat kita.. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..  'Indeed..Allah has a plan for my life, I pray that Allah will show me the direction to follow His plan, I pray that Allah will give me patience to wait for it and I pray that Allah will give me knowledge to know when it comes'.

Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku.. Jika ditakdirkan tiada jodoh di dunia ini, In Sha Allah jodoh terbaik menanti di Syurga..




Cafe Nero, East Finchley
18:06
Nur


Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013