Apa Asas Prinsip Hidup Kita?
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan menulis di ruangan ini. Dah sebulan lebih aku xberjaya menggerakkan diri menulis. Aku tanya diri, apa puncanya? Selalunya bila banyak persoalan dalam fikiran ni, aku akan menulis untuk meleraikan persoalan-persoalan tu. Namun kali ini, walaupun fikiran dan hati ni sudah terlalu sarat tapi aku masih tidak mula menulis? emm..adakah kekangan masa? Probably a bit, but knowing myself, I will write even I have a lots of things going on, because my top priority is my spiritual and mental health, so I will make time to write as that helps me sort out my problems and maintain a good state of my heart and mind. So I postulated the reason for me taking time to write this time could be because I need longer time to process this thought, looking for answers, accepting and came out with an optimist and inspiring resolutions for all the thoughts and questions that I have in my mind.
And indeed, those thoughts were not an easy one; the principle of life. One that I have been struggling to acquire throughout my life; searching, fixing and embedding the right principle for my life. I asked this questions many times; how do we create our principle for life? do I have my own principle for my life? If I do, how will I know if my principle is right? what is the right principle for life and how do I oblige to it and practice it in daily life, and refer to it in making decisions in my life?
As I dive in the thought, I started to accept the fact that we should have our own principle in life. Yes, I should have my own principle too..a real principle that I will happily follow and stand for it and embrace it and importantly a right principle that based on a strong and correct foundation. From that, I started searching for this “Apa asas prinsip hidup kita?”
p/s: sorry, this entry is mix Malay/English as I am trying to find better way to express my thought properly. Sometimes I feel more comfortable using Malay, sometimes English :) That's what happen when you are no good for both language ;)
Tujuan entri ini bukanlah untuk menghuraikan apakah prinsip2 yang kita perlu ada, aku sungguh kerdil dan sangat cetek ilmu dan pengalaman ini untuk mengulas tentang itu. Entri ini lebih kepada persoalan seorang insan yang baru ingin memahami konsep prinsip hidup dan proses mencari dan membina prinsip sendiri.
Terbaca quotes ni, alangkah indahnya menjadi insan seperti ini. Semoga kita di permudahkan untuk boleh menjadi bunga yang menyebarkan wangiannya.
Apa yang dimaksudkan dengan prinsip hidup?
Definisi prinsip ialah sesuatu yg menjadi dasar atau pegangan dalam memacu hidup kita. Dalam setiap keputusan yang kita buat, ia cenderung kepada prinsip yang kita pegang. Dalam mencari jawapan pada apapun persoalan dalam hidup, perkara pertama kembalilah semula pada Al Quran dan Sunnah Nabi SAW (1-agama) disamping kita (2-pengalaman) bermusyawarah dengan orang yang arif dan tepat dan (3-sumber lain; scientific etc.) baca pula sumber-sumber lain dari cabang ilmu yang bersesuaian dengan persoalan yang sedang dihadapi.
Tiga sumber ini sangat tepat, namun penting untuk kita sedar bahawa tiga cabang ilmu ini luas skopnya. Al Quran dan Sunnah sediakan perlbagai cara, hasil musyawarah juga sediakan pelbagai pilihan, dan sumber-sumber lain yang berasaskan kajian saintifik juga sediakan pelbagai input yang baik dan kesemua cara dan pilihan ini secara teorinya betul. Namun cara dan pilihan yang bagaimana yang akan kita laksakan dan yang paling tepat untuk menyelesaikan permasalahan kita? Dan bagaimana untuk kita nilai cara dan pilihan mana yang tepat ini? Tiga cabang ini memiliki pelbagai alternative yang umum dan khusus mengikut kesesuaian kepelbagaian personaliti manusia dan situasi. Jadi, sangat penting untuk kita kenal personaliti diri kita dan faham situasi kita, barulah akan jumpa jawapan yang paling tepat pada persoalan kita. Dan cabarannya pula adalah bagaimana kita harus selarikan tiga cabang ini? Kerana adakalanya ia bercanggah.
Disnilah pentingnya kita punya prinsip hidup sendiri. Prinsip hidup inilah yang akan membantu kita dan menjadi acuan kita dalam membuat suatu keputusan atau mencari suatu penyelesaian pada permasalahan kita setelah kita rujuk pada ketiga-tiga sumber tersebut.
Kita sering diajar, prinsip hidup mestilah berasaskan Al Quran dan Sunnah bagi kita yang beragama Islam. Bunyinya macam mudah, kita boleh senaraikan semua prinsip-prinsip yg Islam telah gariskan, dan ya..inilah prinsip hidup aku. Adakah semudah itu? Berhasilkah jika kita paksa diri ikut semua senarai tu tanpa kita kaji kesesuaian prinsip itu pada personaliti diri? Aku selalu fikir, adakah aku overthinking lagi? Kenapa susah sangat aku nak tetapkan prinsip aku? Bila dah tetapkan pula (yang aku rasa ini kot prinsiip aku) kenapa bila berhadapan sesuatu situasi, aku rasakan ada sesuatu yg tidak kena pada prinsip aku ni? Pernah x rasa macam ni, berada dalam dilema, berperang dengan diri, antara mempertahankan prinsip diri atau lakukan apa yang secara zahirnya betul tapi bercanggah dengan prinsip diri?
Principle versus Practicality
...to be continued...

Comments
Post a Comment