Hidup Ini Bukan Milik Ku
Assalamualaikum WBT..
Kita punya banyak impian, dan sama sekali tidak salah untuk punya impian. Namun kena lihat semula, di mana kita paksikan impian kita? Dan kena ingat impian ini hadir bersamanya ujian berbentuk pilihan-pilihan yang sukar, laluan yang berliku. Lalu bersediakah kita melaluinya?
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Dalam kehidupan ini, sebagai manusia, banyak cita-cita dan impian kita. Namun, segala pencapaian itu tidak lebih bermakna dari impian mendapat kedudukan sebagai hamba ALLAH yang soleh. Itulah impian insan-insan yang istimewa di atas muka bumi ini. Demikianlah yang ALLAH beritakan dalam kitabNYA.
Walaupun adakalanya kita rasa berat sangat untuk pilih laluan yang satu ini, meski kita tahu secara hujah dan fakta, laluan inilah yang mendekatkan aku pada impian yang utama (menjadi hambaNya yang baik), yang mendekatkan aku pada Penciptaku.
Dan kena ingat, selalulah bersangka baik dengan Allah SWT. Allah tak uji kita melebihi kemampuan kita :)
Jadi, walaupun pilihan itu sukar, pilihlah ia, kerana pilihan inilah yang akan membawa engkau lebih dekat dengan Tuhanmu. Laluilah dengan berlapang dada dan bersangka baik, kerana tiap-tiap selepas kesulitan akan datang kemudahan...
Pilihan yang sukar itu juga adalah sebagai ujian buat kita.
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Maka mulai saat ini...
Hidup Ini Milik Nya, Impian Ini Kerana Nya, Pilihan Ini Ke Arah Nya... telah aku serahkan seluruh hidup ku untukMu Ya Rabbi... Aku hamba Mu. Semoga Engkau redha akan setiap langkah ini...
Nur
Alhamdulillah.. saat ini hati terbuka untuk melihat dan memahami. Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa untuk menulis sebuah pengajaran yang di kutip sepanjang perjalanan dalam hidup ini. Dalam perjalanan ke perpustakaan hari ni, terdetik sebaris ayat ini dalam hati "Hidup ini bukan milik ku".
Hmm...bila fikir-fikir, betul juga hidup kita ini bukanlah milik kita. Apa yang kita ada saat ini bukanlah milik kita melainkan cuma pinjaman dari Nya. Teringat sebuah lagu 'Mana Milik Kita: Rabbani'
Mana Milik Kita
by Rabbani
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa...
Sebelum ini aku sangka aku faham hakikat ini... Aku salah, aku xfaham atau aku belum terima dengan sepenuh hati. Saat ini barulah aku faham dengan sebenar-benarnya akan hakikat dalam hidup ini, tiada milik kita, semua milikNya.
Maka telah ku tentukan arah...
Impian dan pilihan dalam hidup ini haruslah disandarkan pada Pemilik hidup ini. Impian ini adalah kerana Allah SWT dan Pilihan ini adalah untuk membawa aku lebih dekat dengan Allah SWT.
Maka telah ku tentukan arah...
Impian dan pilihan dalam hidup ini haruslah disandarkan pada Pemilik hidup ini. Impian ini adalah kerana Allah SWT dan Pilihan ini adalah untuk membawa aku lebih dekat dengan Allah SWT.
Hidup ini milik Nya
Impian ini adalah kerana Nya
Pilihan ini seharusnya menuju ke arah Nya
Impian ini adalah kerana Nya
Pilihan ini seharusnya menuju ke arah Nya
![]() |
| Niagara Falls - 21st May 2019 |
Kita semua pasti punya impian, dan kita semua berhadapan dengan pelbagai pilihan dalam hidup... Ada pilihan yang jelas dan mudah, dan laluannya pun mudah dilalui. Ada pula pilihan yang tersirat dan sukar, dan laluannya pula tentu penuh dengan ujian. Lalu bagaimana respon kita saat berhadapan dengan pilihan yang tersirat dan sukar ini, bagaimana harus kita lalui laluan yang sukar dan extraordinary ini?
Kita punya banyak impian, dan sama sekali tidak salah untuk punya impian. Namun kena lihat semula, di mana kita paksikan impian kita? Dan kena ingat impian ini hadir bersamanya ujian berbentuk pilihan-pilihan yang sukar, laluan yang berliku. Lalu bersediakah kita melaluinya?
Kali ini aku nak kupas tentang dua elemen ini; harapan/impian dan pilihan...
........................................................
Harapan/Impian
Salahkah aku punya impian yang besar? Layakkah aku bina impian setinggi ini? Potensi manusia sebenarnya sangat luas, kita mampu capai apapun yang mampu kita fikir, selagi mana kita percaya pada diri. Jika kita mampu program minda dan hati kita untuk percaya yang kita mampu capai, InshaaAllah kita mampu capai... Bukankah Allah bersama sangkaan hambaNya? Dan bukankah Allah telah berfirman, berdoalah padaKu dan Aku akan perkenankan?
FirmanNya,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina“.
(QS. Ghafir: 60)
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah S.W.T tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.
[Riwayat al-Tirmizi (3479) – Hadis ini dinilai hasan]
Lalu mengapa tidak boleh punya impian yang besar? Selalunya peluang itu terbentang luas, kejayaan itu sebenarnya setia menanti dihadapan. Cuma kita yang menghadkan keupayaan diri kita sendiri. Kita yang menyerah dulu sebelum mencuba. Kita cuma bergantung pada keupayaan diri, kita mula mengawal impian kita sendiri dan cuba untuk mencapai impian menggunakan keupayaan sendiri yang tentunya terbatas. Sedangkan kita lupa pada Kuasa Yang Tertinggi, Kuasa Yang Agung tiada batasan. Mempunyai impian tidak salah, tapi bagaimana kita uruskan impian ini? Kita sepatutnya sandarkan impian ini pada kuasa yang tidak terbatas, pada Allah SWT, yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dan tiada yang mustahil bagi Allah. Binalah impian tapi sandarkan kebergantungan padaNya, di samping usaha yang bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kita tidak perlu takut, binalah impian, selagi mana impian itu diniatkan kerana Allah SWT, Allah akan sentiasa bersama kita, kita punya Allah Pemilik segalanya, mintalah pada Allah Ar Rahman. Lalu apa yang perlu di risaukan? Ucaplah Bismillah... dan mulakanlah langkah ke arah impian itu. Jangan undur lagi, tapi laluinya dengan keyakinan dan kepercayaan penuh pada Allah. Yakinlah jika impian ini terbaik buat kita, maka Allah pasti akan permudahkan dan akan bantu kita mencapainya.
Dan ingatlah adakalnya kita sangka impian ini yang terbaik, tetapi Allah lebih Mengetahui, impian yang satu ini lebih baik. Jadi, jika kita x dapat sebagaimana yang diharapkan, ketahuilah sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan. Setidaknya kita sudah cuba, dan setiap usaha kita x pernah sia-sia, Allah lihat setiap usaha dan kesungguhan kita.
Dan ingatlah adakalnya kita sangka impian ini yang terbaik, tetapi Allah lebih Mengetahui, impian yang satu ini lebih baik. Jadi, jika kita x dapat sebagaimana yang diharapkan, ketahuilah sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan. Setidaknya kita sudah cuba, dan setiap usaha kita x pernah sia-sia, Allah lihat setiap usaha dan kesungguhan kita.
Cuma sebelum kita bina impian-impian itu, kita kena faham apa tujuan hidup kita di dunia ini? Apa yang kita harapkan dari hidup di dunia ini?
Apa priority dan paksi impian kita?
Impian kita haruslah selari dengan tujuan asal kita diciptakan di dunia ini...
Apa priority dan paksi impian kita?
Impian kita haruslah selari dengan tujuan asal kita diciptakan di dunia ini...
...
Teringat nukilan oleh Dr MAZA:
Dalam kehidupan ini, sebagai manusia, banyak cita-cita dan impian kita. Namun, segala pencapaian itu tidak lebih bermakna dari impian mendapat kedudukan sebagai hamba ALLAH yang soleh. Itulah impian insan-insan yang istimewa di atas muka bumi ini. Demikianlah yang ALLAH beritakan dalam kitabNYA.
Kedudukan, harta, nama dan jawatan di dunia ini terhad. Tidak semua kita akan dapat menggapai itu semua. Namun, kedudukan sebagai hamba ALLAH yang soleh terbuka untuk semua. Namun, tidak ramai yang berusaha menggapainya.
Ingatlah doa Nabi Yusuf a.s setelah beliau mendapat kedudukan yang tinggi dalam hidupnya. Ini seperti yang ALLAH ceritakan dalam al-Quran dalam Surah Yusuf ayat 101:
(۞ رَبِّ قَدۡ ءَاتَیۡتَنِی مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِی مِن تَأۡوِیلِ ٱلۡأَحَادِیثِۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِیِّۦ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ تَوَفَّنِی مُسۡلِمࣰا وَأَلۡحِقۡنِی بِٱلصَّـٰلِحِینَ)
(makasudnya) "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan masukkanlah daku bersama orang-orang yang soleh".
Itulah kemuncak pengharapan Nabi Yusuf. Semoga itulah juga kemuncak pengharapan dan impian kita.
...
Sebelum kita bina pelbagai impian dalam hidup ini, pastikan yang utama, dan priority impian kita adalah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Dan paksikan seluruh impian-impian yang lain pada impian yang utama ini. Maka setiap impian dan cita-cita kita adalah untuk membawa kita kearah menjadi hamba Allah yang soleh/solehah. Barulah akan lebih tenang hidup ini, kerana kita tahu apa pun yang kita usahakan pasti tidak sia-sia, setiap masa dan keringat yang kita curahkan adalah keranaNya, walau sesukar manapun jalanya, mari kita harungi.
Kerana kita tahu, semuanya adalah kerana kita ingin sampai kepada impian yang utama, menjadi hamba Allah SWT yang soleh/solehah.
Kerana hidup ini bukan milik ku, hidup ini harus aku abdikan kearah menjadi hamba Allah yang baik, bukannya aku abdikan untuk mencapai keinginan-keinginan dunia semata-mata.
Jadi, mari betulkan priority dan paksi impian kita. Dan berusahalah kearahnya dengan gembira dan bersungguh-sungguh...
Pilihan
Sekarang kita sudah punya sistem impian yang jelas; ada priority dan paksi yang betul. Alhamdulillah, bukan mudah untuk membina impian, perlukan keberanian yang tinggi juga. Kerana mempunyai impian bererti kita juga perlu bersedia berhadapan dengan cabaran-cabarannya. Impian dan cabaran tu kan satu pakej.
Dalam kita mengejar impian, kita x kan pernah boleh lari dari membuat pilihan. Setiap pilihan-pilihan ini membawa kita sama ada selangkah hampir pada impian atau selangkah menjauh dari impian. Inilah ujian terbesar kita; memilih untuk tetap berada di jalan yang benar iaitu juga jalan ynag membawa kita pada impian utama kita walau sesukar manapun laluan yang di pilih itu.
Pesan Dr MAZA 4 tahun lepas: "Pilihlah apa yang berasaskan hujah dan fakta...tinggalkan andaian tanpa alasan dan bukti".
![]() |
| Jan 2015 - Melur [Saat tengah lost, esok nak 1st paper exam...Alhamdulillah Allah aturkan pertemuan ini...terasa kembali terarah dan bersemangat] |
Walaupun adakalanya kita rasa berat sangat untuk pilih laluan yang satu ini, meski kita tahu secara hujah dan fakta, laluan inilah yang mendekatkan aku pada impian yang utama (menjadi hambaNya yang baik), yang mendekatkan aku pada Penciptaku.
Ya Allah, aku tahu apapun yang Engkau takdirkan pastinya adalah yang terbaik buat ku... Tidaklah layak aku menilai dengan keupayaanku sendiri, jalan mana yang lebih baik, masa mana yang lebih baik, siapa yang terbaik? Contohnya dalam soal jodoh...adakah si dia yang terbaik untukku? Adakah telah sampai masanya untuk aku serius kearah berumah tangga? Jika kita sandarkan keputusan pilihan pada manusia atau pada minda kita semata-mata, nescaya keserabutanlah yang akan melanda.
Pengetahuan kita sebagai manusia ini terbatas. Kita x kan mempu mengurus kehidupan kita sendiri. Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita merancang, Allah juga punya perancangan, dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.
Pengetahuan kita sebagai manusia ini terbatas. Kita x kan mempu mengurus kehidupan kita sendiri. Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita merancang, Allah juga punya perancangan, dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.
Bila berhadapan dengan pilihan yang sukar, jangan lari... ingatlah kembali tujuan hidup kita di atas muka bumi ini... Bukankah telah kita serahkan seluruh urusan hidup ini untukNya? Dan jangan bimbang, walaupun ianya sukar tapi yakinlah ini yang terbaik. Pasti ada sesuatu yang indah sedang menanti di hadapan sana. Jika tidak engkau temui di dunia, di akhirat pasti yang terbaik menanti; syurgaNya.
Teruskan doa dan doa pada Nya... Mintalah pertolongan dari Allah. Semoga sentiasa di beri kekuatan dan kemudahan melalui setiap ujian dalam hidup ini.
Teruskan doa dan doa pada Nya... Mintalah pertolongan dari Allah. Semoga sentiasa di beri kekuatan dan kemudahan melalui setiap ujian dalam hidup ini.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".
(Al-Baqarah [2]: 153)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah [2]: 214)
Dan kena ingat, selalulah bersangka baik dengan Allah SWT. Allah tak uji kita melebihi kemampuan kita :)
Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
![]() |
| 30 June 2019 - Summer @ East Finchley |
Jadi, walaupun pilihan itu sukar, pilihlah ia, kerana pilihan inilah yang akan membawa engkau lebih dekat dengan Tuhanmu. Laluilah dengan berlapang dada dan bersangka baik, kerana tiap-tiap selepas kesulitan akan datang kemudahan...
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(QS. Al-Insyirah: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(QS. Al-Insyirah: 6).
Pilihan yang sukar itu juga adalah sebagai ujian buat kita.
Firman Allah SWT:
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah 2:156)
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
[صحيح مسلم , كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ , بَاب " الْمُؤْمِنُ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ ", حديث رقم2999]
Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Hmm seronokkan bila kita telah faham hakikat hidup ini. Tiada yang perlu di risaukan selagi kita hidup untuk Nya.
................................................
Maka mulai saat ini...
Hidup Ini Milik Nya, Impian Ini Kerana Nya, Pilihan Ini Ke Arah Nya... telah aku serahkan seluruh hidup ku untukMu Ya Rabbi... Aku hamba Mu. Semoga Engkau redha akan setiap langkah ini...
Jom dengar sebuah lagu oleh Rabbani 'Nun Di Sana'...
Nun Di Sana
by Rabbani
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Didunia ini bukan tempat tinggal
Disini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Quran dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar
Disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegeralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup didunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatilah dia minta ampun padanya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambil lah ikhtibar kalau mahu sedar
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Didunia ini bukan tempat tinggal
Disini hanya sebentar tidak kekal
Jangan sampai kita tidak bersedia
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambil lah ikhtibar kalau mahu sedar
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Didunia ini bukan tempat tinggal
Disini hanya sebentar tidak kekal
Nur
UCL
01.07.2019




Comments
Post a Comment