My Quest For Meaning

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah, syukur nikmat Allah SWT, masih diberi kesempatan waktu dan kesihatan untuk jari-jari ini kembali menulis setelah sekian lama kaku. 'Alhamdulillah' sebuah kalimah yang dahulu sering kali lalu cuma di lidah seperti angin lalu kadang hanya sebagai syarat. Kini kalimah ini hadir di hati memberi makna yang cukup dalam: melahirkan rasa terima kasih pada Pencipta, meskipun tidak akan pernah cukup kita berterima kasih pada Tuhan kerana x terhitung nikmatNya pada kita. Dan hari ini, alhamdulillah dapat juga satu hari di hujung minggu untuk aku duduk beberapa jam refleksi diri.

Bulan-bulan lepas sungguh mencabar, melalui sesuatu yang belum pernah aku alami. Aku pun x pasti adakah respon dan pilihan yang aku buat saat itu baik, tepat? Tapi yang pastinya aku telah cuba sebaik dan semampu ku, itu yang lebih penting. Agak lama aku mencari, cuba memahami makna pada setiap yang berlaku. Kerana tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan ada hikmah hadir bersamanya. Selalunya bila aku tengah mencari, bila minda tengah menerawang, aku akan pergi ke rak buku, dan belek satu-satu buku. Hari ini, mata terkunci pada sebuah buku yang di tulis oleh Tariq Ramadan 'The Quest For Meaning'.




An interesting line from this book: "... childhood vanishes as we begin to ask the basic existential question: why life? Why me, here and there? We reach the age of reason as we take the path that leads to maturity. We have to become adults whether we like it or not".

Hmm mungkin saat ini aku sedang melalui fasa kematangan, menjadi lebih dewasa. Beberapa bulan ini aku banyak berfikir mencari makna pada sebuah takdir dari Allah buat ku and this is the journey of 'My Quest For Meaning'. 

Aku x pasti sebenarnya macam mana nak simpulkan. Hitam putih silih berganti bila mengenang kembali memori lalu. Namun hendak abaikan saja, sayang pula, sebab banyak yang aku belajar darinya. Maka hari ini aku rasa aku perlu merentas waktu dan singgah ke memori itu semula. 

Meaning No. 1

Dalam hidup ini, kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai pilihan. Dan selalunya pilihan yang paling susah adalah saat prinsip dan pegangan kita di uji, bila hati dan minda cenderung pada pilihan yang saling bercanggah. Kita mahu ini kita suka ini, tapi ia bercanggah pula dengan prinsip dan pegangan hidup kita. Minda kata A, tapi hati kata B, dan realitinya C. Hai, macam mana tu? Pening kepala kan. Pengetahuan kita sebagai hamba sering kali terbatas. Apapun pilihan kita, apapun kemahuan kita, biarlah ia membawa kita ke arah yang lebih mendekatkan kita pada Allah. Kena selalu doa semoga Allah tetapkan hati kita pada jalanNya dan kuatkan kita memilih yang hak dari yang batil.



Meaning No. 2

Walaupun sukar, namun ujian ini telah membuatkan aku lebih faham diri aku, lebih jelas ke mana arah hidup ini, lebih arif akan peranan dan pentingnya punya prinsip dan pegangan hidup. Cukupkah sekadar kita mengatakan ini prinsip aku dan ini pegangan aku sebelum diuji? Bila ujian datang, saat itulah kita boleh menilai prinsip dan pegangan kita selama ini betul ke x, paksinya pada keinginan diri atau agama? Kadang prinsip dan pegangan cuma sekadar teori atas kertas dan dalam minda sahaja, x pernah kita praktikkan dan implemen dalam hidup. Saat inilah kita diuji sejauh mana kita berpegang pada keduanya. Kuatkah kita menegakkan prinsip dan pegangan diri? Atau adakah kita menjadi buih membiarkan diri terapung mengikut dan di pukul arus dunia?

Saat ini jugalah kita dapat peluang untuk memperbaiki dan memperkukuhkan lagi prinsip dan pegangan hidup kita. Proses ini x mudah, kita kena berperang dengan prinsip sendiri. And that is the toughest battle! Dan kuncinya kena berlapang dada, kena buang ego jauh-jauh dan bersedia untuk lakukan perubahan. 

Meaning No. 3

Ya, adakalanya kita x faham apa yang sedang berlaku ni. Kenapa berlaku seperti ini? Tapi kena ingat ada benda kita x perlu faham dan x akan faham saat ini. Bila sampai masanya nanti engkau akan faham juga. Buat masa ini lalui sahaja dengan bersangka baik pada Allah. Bersangka baik pada takdirNya. Yakinlah pada istikharahmu. "Only two things will happen, it will come back on the perfect time or something better is waiting for me". Allah tu Maha Penyayang, Dia sayang hamba-hambaNya, Allah sentiasa beri yang terbaik buat hambaNya. I learnt what it's like to have a true submission to Him. My old me said this:



Meaning No. 4 

What’s most important too is to have a conscious mind all the time. Know what you are going through, know what you want, and know where you are heading to. That way, it feels slightly easier. When I was going through that difficult moment, I tanamkan dalam diri, semua ini akan berlalu. Dan bila semua ni dah berlalu, I want to be able to say "Alhamdulillah, I came out stronger". And now, alhmadulillah, yeay, I came out stronger!!! Thank you Allah. Terima kasih pada sebuah tarbiyyah dan pengalaman yang xternilai ini. I can fully and peacefully letting it go now. 

...

My Quest For Meaning:

Someday I will understand why (the hikmah). 
I am OK not to understand it now because I believe, 
Allah is preparing something better for me and 
Allah is protecting me from something that is not good for me. 
Have a true submission to Him.
There are so many things I should be grateful in life. 
I shall focus on that. 
Thank you, Allah. 
You Knows Best and You are The Best Planner. 

...

Saya akhiri dengan pesanan dari my favourite Shaykh, Shaykh Haytham Tamim, sabar ni ada tiga peringkat:

Sabar dalam menjauhi larangan-Nya
Sabar dalam mematuhi perintah-Nya
Sabar dalam menerima takdir-Nya


Nur
18.08.2019
Cafe Nero, East Finchley



Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013