Gratitude Journal - Apa Pilihan Kita?

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah hari ni bangun pagi, masih punya makanan yang lazat untuk bersarapan pagi, masih punya tempat untuk berteduh dari kesejukan musim sejuk, dan masih punya kesempatan menikmati keindahan sinar sang matahari di pagi hari. Andai kita memilih untuk melihat sisi positif dan setiap aspek kehidupan kita, andai kita memilih untuk mencari hikmah dalam setiap cabaran yang datang, nescaya penuhlah hati kita dengan rasa kesyukuran, nescaya hati kita akan selamat dari kedukaan.

Beberapa hari ini aku hanyut dalam fikiran yang sedikit kurang positif tentang masa lalu dan aku hanyut dalam rasa cemas akan masa hadapan. Kedua ini adalah pencuri terbesar masa sekarang. Akhirnya masa berlalu begitu sahaja, menambahkan lagi kekesalan masa lalu, menyuramkan lagi masa hadapan. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah berhenti seketika, lihat dan fokus pada masa sekarang. Apapun yang telah berlaku, pilih untuk ambil hikmahnya dan syukuri, dan apa yang menanti di hadapan, pilih untuk bersangka baik.

Untuk masa sekarang, ku akui, adakalanya cabaran yang kita perlu lalui sangat asing dan berat bagi kita. Kadang apa yang kita harus lalui bukan seperti yang kita inginkan. Kadang kita merasa tidak mampu dan tidak layak memikul cabaran ini. Tapi ingatlah, kita hidup dalam pernacangan Allah, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita dan sentiasa beri yang terbaik untuk kita. Apa yang kita perlu buat adalah pilih untuk bersangka baik dan fokus lihat sisi positif pada setiap perkara yang datang dalam hidup kita.

Ku melihat diri ku sedang lari dari perkara yang sangat memerlukan perhatian ku. Aku tanya diri, 'Kenapa lari, Nur? Ini perkara yang engkau impikan, jalan ini yang terbaik untuk engkau, apa yang engkau perlu buat adalah tukar cara engkau melihat isu-isu ini, pilih untuk sahut cabaran dan pilih untuk lebih bersyukur.'

Aku sekarang hidup sendiri tumpang rumah sahabat yang sangat baik, dia pergi travel 3 bulan. So sepanjang 3 bulan ini aku tinggal sendiri di rumah yang cantik ni. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana hadirkan insan berhati mulia ini dalam perjalanan PhD aku. InshaaAllah viva bulan 5, so aku ada 2 bulan setengah lagi, sebulan hidup sendiri. Kenapa hidup sendiri sukar bagi aku? Kerana sepanajang hayat aku, ini kali pertama aku hidup sendiri selama ini. Sebelum ini aku duduk sekolah asrama, then bila masuk university, duduk hostel dan duduk rumah sewa bersama 7 sahabat yang lain. Masa kerja pun sama, aku ada housemate sampailah aku sambung Master dan PhD, sentiasa ada roomate dan housemate. Hehe dan kali ini di penghujung perjalanan PhD, aku duduk sendiri di rumah di kawasan yang jauh dari bandar yang sibuk. So, adakalanya, sepi mengetuk pintu hati mencari tempat bergantung, sedangkan sebaik baik tempat bergantung adalah Allah SWT.

Alhamdulillah, sebenarnya inilah yang aku inginkan dan perlukan untuk menyempurkan proses transformasi diri ku. Aku perlu uji iman ku saat aku sendiri. Aku perlu uji rutin ku saat aku sendiri. Allah beri kesempatan ini untuk aku membentuk diri agar beribadah hanya kerana takutkan Allah dan bukannya disebabkan perhatian orang sekeliling. Ini saatnya kita bina rutin diri yang berpandukan Quran dan Sunnah, bukan orang sekeliling. Ya, aku x nafikan kita disarankan untuk berada dalam jemaah, agar perjuangan itu lebih mudah. Namun mungkin aku perlukan saat sendiri ini agar aku lebih mengenali diri ku sebelum aku berjuang di medan jemaah nanti. Allah sedang persiapkan aku untuk satu perjuangan yang lebih besar tapi tentunya lebih baik buat agamaku. So, now is the training time! We need and we will survive and came out stronger.

Ya Allah, permudahkanlah proses hijrah ku ini. Ilhamkan ke dalam hati ku ini untuk sentiasa memilih untuk melihat sisi positif pada apa pun yang datang dalam hidup ku dan ilhamkan aku untuk sentiasa memilih untuk bersangka baik pada perancangan Mu untuk ku.

Walau sesukar mana, walau aku asyik jatuh, aku akan tetap memilih jalan Mu, dan aku akan tetap memilih untuk bangkit kembali walau seberapa lama masa yang aku ambil untuk bangkit, walau sedalam mana luka. Aku akan pilih untuk tetap teruskan langkah ini menuju Mu. Semoga aku mengehembuskan nafas terakhir dalam kedaan aku dekat denganMu. InshaaAllah. Aku percaya Engkau akan sentiasa bersamaku dalam perjuangan ini sehingga ke penghujung hayat ku.

Ada masa aku melihat diri ini hanyut, namun aku syukur sebab aku masih sedar dan akui aku hanyut. Ada masa aku melihat diri ini kaku, bertahan (holding in), walaupun tiada progress, namun aku xberundur, aku bertahan mengumpul kekuatan untuk meneruskan langkah. So, my friend, it's ok if all you did today was surviving, as what Aida mentioned in her Tuesday Letter today, insan yang aku kagumi, dia juga punya episod ini.



Saat kita hampir hilang dan hanyut dalam fikiran dan sangkaan-sangkaan ciptaan sendiri, jangan lari, jangan biar otak kita berfungsi dalam mode survival yang membuatkan kita masuk ke zone kesenangan sementara dan lari dari menyelesaikan masalah sebenar. Tapi pilih untuk berdebat dengan all those thoughts, tulis satu-satu kecelaruan itu, dan selesaikan satu per satu. Cakap pada diri, yes kita mampu Nur, jom pilih untuk lebih berani (have more courage) and face the fears. Acknowledge the fears and face it. If it feels too scary too hard for you, cry as much as you need to Allah. As Mizi Wahid siad;



So, Nur, tugas kita sekarang adalah refresh semula matlamat kita, sempena Ramadhan yang bakal tiba ini, mari susun semula apa transformasi yang kita harapkan.

1. Bangun tahajud setiap hari
2. Khatam Quran sebulan
3. Solat Sunat Rawatib 12 rakaat
4. Puasa Isnin & Khamis
5. Kurangkan lihat dan dengar benda yang melalaikan
6. Jaga makanan - makanan sihat dan tidak terlalu kenyang
7. Kita atur masa bukan masa atur kita
8. Istiqamah - ada rutin harian dan mingguan yang tersusun

Jom kita mulakan hari ini, jangan bertangguh lagi.

Ya Allah, bantulah juga aku dalam perjuangan PhD ku ini, perjuangan yang aku pilih kerana aku percaya jalan PhD ini adalah jalan yang mendekatkan aku pada Mu dan jalan ini jalan yang membentuk aku menjadi hambaMu yang lebih baik setiap hari. Berilah aku kejayaan dunia dan akhirat Ya Allah.




Nur

Wallington
09:11



Comments

Popular posts from this blog

Proses permohonan dan temu duga Program Pelajar Cemerlang (PPC) Luar Negara 2014, JPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017

Anugerah Pelajaran DiRaja UiTM 2013