Posts

Hening Rindu

Image
Assalamualaikum... Masa dan cinta Dapatkah kuulangi untuk aku bermimpi? Tiada cinta Yang tak akan kembali lagi Sehangat rasa ini Tak menghalang untuk pergi Hening rindu, mampukah untukku Merengkuh hatimu Walau telah berlalu? Kasih yang kurayu Rindu membatas jasadku Menyentuh cintamu Mungkin ini takdirnya Yang kugenggam hanya duka Sehangat rasa ini Tak menghalang untuk pergi Hening rindu, mampukah untukku Merengkuh hatimu Walau telah berlalu? Kasih yang kurayu Rindu membatas jasadku Menyentuh cintamu Mungkin ini takdirnya Yang kugenggam hanya duka Ha-ah-ah-ah Ho-oh-oh-oh-oh-wo Ho-oh-oh-oh Hening rindu, mampukah untukku Merengkuh hatimu Walau telah berlalu? Kasih yang kurayu Rindu, wo-oh, membatas jasadku Menyentuh cintamu Mungkin ini takdirnya Yang kugenggam hanya duka

Jalan Mujahadah

Image
  السلام عليكم Masa terus berlalu sama ada kita membangun seiring peredaran masa atau kita tertinggal di masa lalu, atau terperangkap di masa hadapan. Kebelakangan ini banyak membaca dan mendengar ilmu dari guru, Ustaz Pahrol, mencari pencerahan kepada persoalan-persoalan yang terbuku di hati. Antara intipati yang menarik, Ustaz bertanya, "Adakah di dunia ini, setiap hari kita bangun, menjalani kehidupan, kita benar hidup atau hidup-hidupan?". Hidup-hidupan tu contohnya tumbuhan, haiwan, dll. Hidup-hidupan ini hidup memenuhi keperluan asas makan minum untuk hidup, tidak mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas. Menjalani hidup yang sebenar bermakna kita ada matlamat yang jelas yang dituju. Setiap pagi bangun, setiap langkah diatur untuk mencapai misi dan visi hidup yang jelas. Minda telah tahu misi dan visi yang tepat dan jelas, cuma perlu usaha jadikan hati sepenuhnya mahu ke arah itu dan istiqamah. Selamat memulakan langkah mujahadah dalam landasan ini. 

Hati + Minda = Kehidupan

Image
Assalamualaikum WBT. Selamat Hari Raya Aidiladha. Sudah tiga tahun berlalu, perginya seorang insan yang banyak membentuk diri sewaktu di bumi London ( Uncle, Atuk, and Greatest Teacher ), saat pemergiannya di Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha menyimpan sebuah memori yang membawa diri sentiasa ingat kembali asal usul, perkara yang utama dan hakikat sebenar kehidupan. I decided to follow my heart doing what feels right at that moment, puting aside other things for awile , antara keputusan yang terbaik sepanjang hidup ini. Alhamdulillah. Teringat moment bersama rakan-rakan lain dan arwah hampir sebulan dalam wad, berjaga semalaman dalam wad, menyantuni rakan dan keluarga arwah yang datang melawat, seribu satu pengajaran buat diri.  Melihat kehidupan arwah yang penuh makna, pengakhiran kehidupan yang damai, beliau meninggal di pagi hari setelah dikunjungi imam yang baru selesai memimpin solat Hari Raya Aidiladha di hospital UCL, buatkan saya terfikir,  Bagaimana pula pengakhiran...

Into The Heart of Life

Image
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, jari ini kembali berinteraksi merungkai rasa dalam hati, mentafsir fikiran di minda. Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hati, memujuk diri untuk kembali teguh pada jalannya. Bulan ini, genaplah sudah setahun memasuki alam pekerjaan. Alhamdulillah, pelbagai rasa hadir dalam mengemudi kehidupan baru ini.  Kini diri cuba masuk kembali ke masa itu, melihat dengan kaca mata berbeza, semoga berhasil mengutip hikmah tersirat yang tidak terfahami tika itu.  Dalam kehidupan ini, seperti pesan bonda Prof Muhaya, respon kita pada sesuatu yang hadir menentukan apakah hasil kehidupan kita, keadaan kita jalani kehidupan. Jika positif respon, maka InsyaAllah positif juga kehidupan kita, walau apapun peristiwa yang hadir. Hadam sifir kehidupan ini: Peristiwa + Respon = Hasil Kehidupan (Peristiwa +1) + (Respon +1) = Hidup Positif +2  (Peristiwa +1) + (Respon -1/-2) = 0/-1 Steady / Hidup Negatif  (Peristiwa -1) + (Respon +2) = Hidup Positif +1 ...

Di mana Tersimpan Kedamaian?

Image
Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah, antara nikmat yang sangat-sangat disyukuri ialah saat Allah SWT gerakkan diri yang penuh kelemahan ini untuk melihat ke dalam hati dengan rasa keinsafan tanpa ada helaian lapisan keegoan yang menghalangi pandangan.  Setiap insan lahirnya dengan jalan kehidupan yang unik dan yang terbaik untuknya.  Namun mampukah diri meraikan keunikan sesama insan, mengukir senyum meski mata hati masih mencari hikmahnya? Mampukan terus mencari kebaikan dalam cabaran dan takdir yang tersedia?  Mampukah diri menghargai nikmat di hadapan mata, menzahirkan syukur di lidah, hati, dan tindakan? Teringat satu doa ni:  Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya (hakikatnya); dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi" - Surah Hud:47 Kisah Nabi Nuh as merayu (merayu nasib anak...

Acceptance vs Procrastination

Image
SELF-REFLECTION: Acceptance and Procrastination Assalamualaikum WBT... Writing has always been the best way to get things off my mind and organized them. And often, writing would be the last ingredient to complete the reflection/recovery phase whenever I got lost in my path.  As I was reflecting over the last few weeks, these two words keep coming to my mind; acceptance and procrastination. The moment I failed to fully accept things in front of me, I started to shift to the procrastination mode. And that's where everything started to go left.  The best advice ever for procrastination, I got from my friend = Speed of execution (contoh kerja yang boleh siap satu hari tapi kita buat dua hari, maka matlamat yang kita nak capai dalam 10 tahun akan jadi 20 tahun), sentap terus dengar, bitter truth! Then, I went back to the 'acceptance' issue. I was pondering, asking myself, why sometimes is it so hard to accept things?  The answer is in the heart. Cek keadaan hati saat itu. Suk...

The Art of Life

Image
Assalamuallaikum WBT, Hey, I missed you! It's been 2 months since I last wrote here. Alhamdulillah, here I am writing, expressing my thoughts and emotions while listening to the song 'How Does A Moment Last Forever' and 'Let it go' (isn't those two titles tell a total opposite message?), sitting next to a kind-hearted man at The Coffee Bean, with my sweet ice hazelnut and a classic scone. It brings back the memories of my life in London. It's been a year since I returned home, yes, I do miss that moment, I now realized the special place London has put herself in my heart, and how much the journey of the last 5 years has transformed me. I have now grown a little wiser than yesterday . Alhamdulillah.  The Coffee Bean at Cyberjaya Today, I found this beautiful quote, that awakens all the memories, and helping me see the lessons a little clearer than before; " the art of life lies in a constant readjustment to our surroundings" from the book 'Omoi...

"HOW ARE YOU?"

Image
Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah, syukur nikmat Allah menghadirkan ilham ke dalam hati dan membuka minda untuk berfikir untuk mencari ibrah, mencelikkan mata hati untuk memahami hikmah, semoga dengannya, dapat kita mencorak sebuah kehidupan, menjalani kehidupan yang dekat dengan Pencipta kita. Bila lihat sepanjang minggu ni, mencari tema refleksi, hadir sebaris ayat ni "HOW ARE YOU?". Kadang-kadang dalam kesibukan hidup, kita terlupa untuk mengungkapkan sebaris ayat ini kepada insan-insan yang kita sayangi, insan-insan yang hampir dengan kita, dan yang paling utamanya, kadang kita terlupa bertanya pada insan di dalam cermin di hadapan kita, "how are you?". Look at yourself in the eye, smile, and ask "how are you, my dear?". Then I look at the mirror in front of me, and started to ponder,  "adakah aku disibukkan dengan perkara utama yang sewajarnya dan selayaknya diusahakan dalam hidup sebagai insan di muka bumi?"  "di manakah paksi kehi...

Intention & Big WHY

Assalamualikum WBT, Alhamdulillah, syukur nikmat Allah SWT, masih diberikan ruang dan peluang, diberikan keberkatan masa untuk menulis sedikit sebanyak pengalaman dan kefahaman yang Allah ilhamkan ke dalam hati. InshaaAllah kali ini nak berkongsi pandangan saya berdasarkan  tentang dua elemen yang sangat penting sepanjang perjalanan PhD: "Intention" & "Big WHY". Hmm, sebuah topik yang asas tapi berat dan sangat penting dalam hidup.  Intention (Niat) Niat seperti yang kita maklum adalah hadith pertama dalam Hadith 40 Imam Nawawi: 'Segala amalan itu bergantung kepada niatnya'.  Perkara yang nampak mudah tapi memainkan peranan yang sangat penting.  Ada 2 golongan, golongan pertama dia ada 1 niat sahaja, maka 1 niat itulah yang dia dapat. Golongan ke dua, ada 1 niat tapi dapat 2. Yang golongan 1 ni, niat hanya untuk dunia, maka dunialah yang dia dapat. Golongan kedua pula, niatnya untuk akhirat, maka dia dapat dua-dua, dapat akhirat dan dunia, malah dunia ya...

My Viva Day

Image
 Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah, syukur nikmat Allah beri, sebuah sejarah baru tercipta pada 20.10.2020. Tarikh yang bakal tersimpan kemas dalam ingatan. Detik yang dinantikan sepanjang 4 tahun ini. Alhamdulillah, saya telah lulus viva PhD saya yang dikendalikan bersama dua panel, Prof Vivek Muthurangu (Professor of Cardiovascular Imaging and Physics) dan Dr Thomas Eykyn (Dr in Biomedical Engineering and Imaging Sciences). Sebenarnya sukar hendak di gambarkan perasaan dan pengalaman viva, tapi InshaaAllah saya akan cuba terjemahkan dalam penulisan ini, semoga memberi manfaat kepada setiap yang membaca. Saya ceritakan serba sedikit tentang perjalanan viva saya. Seperti yang sedia maklum, saya menyambung pengajian di University College London, UCL, UK. Perbezaan zon masa UK dan Malaysia adalah +8 jam. Viva saya dijadualkan bermula pada pukul 1.30pm UK waktu UK bersamaan dengan 8.30pm waktu Malaysia. Alhamdulillah, bagi saya waktu ini sangat baik, memberi saya ruang untuk mem...